Friday, January 11, 2013

DIAMLAH WAHAI UHUD

Dalam suasana pengepungan dan kekacauan, seseorang masuk hendak membunuh Khalifah Uthman bin Affan. Orang ini datang dan menarik janggut Uthman. Uthman dengan tenang berkata, "Jangan sentuh janggutku kerana sesungguhnya ayahmu dulu menghormati janggut ini"

Kemudian pemberontak itu melepaskannya karena dia ingat bahwa bukan hanya ayahnya yang menghormati, tapi juga Rasulullah s.a.w dan setiap orang menghormati Uthman. Uthman pun berkata mengingatkan: "Wahai fulan, di antara aku dan dirimu ada Kitabullah!"

Diapun pergi meninggalkan Uthman, hingga datang orang lain dari Bani Sadus. Dan ketika Uthman r.a melihatnya datang, dia segera mengencangkan tali pengikat seluarnya, kerana dia tidak ingin auratnya terlihat di saat-saat terakhirnya.

Dengan penuh keganasan, dia mencekik leher khalifah yang telah tua itu hingga sesak dada beliau dan tersemput-semput nafasnya, lalu dia tebaskan pedang ke arah Uthman bin Affan. Amirul Mukminin melindungi diri dari pedang dengan tangannya yang mulia, hingga terputus bercucuran darah. Saat itu Uthman berkata: "Demi Allah, tangan (yang kau potong ini) adalah tangan pertama yang mencatat surah-surah mufashshal"

Namun ucapan Uthman yang sesungguhnya nasihat bagi orang yang memiliki hati tidak lagi dihiraukan. Darah mengalir pada mushaf tepat mengenai firman Allah: "Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui" (Al-Baqarah: 137)

Kemudian isterinya, Nailah berlari untuk melindungi Uthman. Bukan hanya itu, jari jemari Nailah bintu Furafishah terpotong saat melindungi suaminya dari tebasan pedang kaum bughat. Subhanallah, cermin kesetiaan istrri solehah menghiasi tragedi berdarah di negeri Rasulullah.
Kemudian dia menikam dalam perut Uthman r.a dengan pedang! Lalu salah satu pemberontak menendang dada Uthman r.a dan menusuknya 6 kali! Dengan demikian wafatlah Ustman r.a pada usia 83 tahun.

Terwujudlah sabda Rasulullah s.a.w puluhan tahun silam. Ketika itu, Rasulullah s.a.w bersama dengan Abu Bakar, Umar dan Uthman di atas Bukit Uhud, tiba-tiba Bukit Uhud bergoncang. Rasulullah s.a.w pun bersabda: "Diamlah wahai Uhud, yang berada di atasmu adalah seorang nabi, seorang shiddiq dan dua orang syahid"

Allahu Akbar! Berbukalah Utsman bin Affan bersama Rasulullah sebagaimana mimpinya di malam itu. Tabir mimpi pun tersingkap sudah. Wafatlah khalifah Ar-Rasyid, di hari Jumaat, dalam usia 83 tahun. Pergilah manusia termulia saat itu menemui redha Allah dan ampunanNya. Menuju jannahNya.

Selesai pembunuhan, berteriaklah lelaki hitam pembunuh Uthman, mengangkat dan membentangkan dua tangannya seraya berkata "Akulah yang membunuh Natsal!!"

Beberapa lama setelah Utsman dibunuh, para pemberontak tidak membenarkan seorang pun untuk menguburkan jenazahnya. Pada akhirnya, isteri Rasulullah s.a.w, Umayya Habiba menaiki tangga masjid Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai pemberontak! Jika kalian tidak mengizinkan kami untuk mengubur Uthman r.a, maka aku isteri Rasullulah s.a.w, aku kehendak Rasulullah s.a.w, aku kekasih Rasullulah s.a.w, aku ibu orang-orang beriman, akan turun ke jalan Madinah tanpa menutupi rambutku dan aku sendiri yang akan menguburkan Uthman!"

Dia tahu bahawa tidak ada satu pemberontak pun yang berani terhadap isteri Rasulullah s.a.w. Kaab ibn Malik r.a meriwayatkan: "Demi Allah, jika Umayya ibn Habiba r.a turun ke jalanan Madinah tanpa menutupi rambutnya, maka Allah akan menurunkan hujan batu dari langit!"

Dan ketika para pemberontak mendengar ancaman dari istri Rasulullah s.a.w, mereka membenarkan jenazah Uthman dikuburkan oleh empat orang: Hasan r.a, Hussain r.a, Ali r.a dan Muhammad bin Talha r.a dan ketika mereka membawa jenazah Uthman untuk dikuburkan, para pemberontak mulai membaling batu ke jenazah Uthman r.a.

Amrita bin Arta meriwayatkan, "Ketika aku dan Aisyah r.a pulang dari berhaji, kami melihat Al-Quran dimana darah Uthman terjatuh ke atasnya pada ayat ‘Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui.” (Al-Baqarah: 137)"
Akibat dari kematian Ustman begitu besar, sehinggakan Hasan (cucu Rasulullah s.a.w) meriwayatkan: "Aku melihat datukku (Rasulullah s.a.w) di dalam mimpi, dan dia berdiri di hadapan Arsy Allah s.w.t dan inilah pertama kalinya aku melihatnya dalam mimpi dimana dia terlihat khuatir. 

Kemudian Abu Bakar r.a datang dari belakangnya dan dia meletakkan tangannya di bahu Rasulullah s.a.w, kemudian Umar r.a datang dari belakangnya dan dia meletakkan tangannya di bahu Abu Bakar r.a. Tidak lama setelahnya, Uthman r.a datang dan wajahnya yang berlumuran darah. Tangannya menggenggam kepalanya dan dia berkata ‘Wahai Rasulullah, tanyakan kepada mereka kerana dosa apakah mereka menjagalku seperti seekor lembu?’ Ketika Uthman r.a berkata seperti ini, Arasy Allah mulai bergetar! Kemudian dua sungai darah mengalir dari Arsay Allah SWT"

Pada hari kiamat, ada banyak orang yang gugur sebagai syuhada. Untuk para syuhada itu, tanah tempatnya meninggal dunia akan bersaksi, namun untuk Uthman bin Affan, Al-Quran yang akan menjadi saksinya, karena dia meninggal dunia tepat di hadapan sebuah Al-Quran!

Asyhadu anla ilaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah! Sabda Rasulullah s.a.w bahawa Uthman akan meraih jannah dengan cubaan yang menimpanya benar-benar terjadi. Abu Musa Al-Asyari mengatakan bahwa: "Rasulullah s.a.w memerintahkan Abu Musa untuk memberi khabar gembira kepada Uthman dengan jannah dan dengan ujian yang akan menimpanya"

No comments:

Post a Comment