Saturday, February 15, 2014

ZAKAT

Sumber: Kitab Fathul Qarib AlMujib, Al-Allamah Abu Abdillah Muhammad ibn Qasim Al-Ghaziy Al-Syafiey. Definisi: Secara bahasa, zakat bererti tumbuh berkembang. Secara syariat, zakat adalah istilah utk harta khusus yg diambil dari harta tertentu berdasarkan pertimbangan tertentu dan disalurkan hanya kpd pihak2 tertentu.

Lima Jenis Harta Wajib Zakat: 

Zakat diwajibkan kpd 5 (lima) jenis harta org muslim: (i) Haiwan ternak, (ii) Barang berharga, maksudnya adalah emas dan perak, (iii) Tanaman, (iv) Biji-bijiandan (v) Barang perdagangan. Ttg ke lima jenis harta tersebut akan kami perincikan nanti. Adapun haiwan ternak, maka zakatnya wajib atas 3 (3) jenis haiwan iaitu unta, sapi/kerbau dan kambing. Maka Tiada kewajiban zakat atas kuda, hamba dan haiwan hasil persilangan antara kambing dgn kijang, misalnya.

Syarat Wajib Zakat: Ada 6 (enam) persyaratan, iaitu:

1) Islam, maka tidak wajib zakat atas org2 kafir asli (kafir asli adalah org yg terlahir sbg org kafir krn kedua org tuanya kafir dan tidak pernah masuk Islam). Adapun org ng murtad, maka yg terbenar dari berbagai pandangan ulama adalah hartanya mauquf (disita oleh pemerintahan Islam). Jika ia kembali masuk Islam, maka zakat wajib atasnya, jika ia ttp dlm kemurtadannya, maka Tiada kewajiban apapun atasnya.

2) Merdeka, maka zakat tidak wajib atas seorg budak. Adapun seseorg yg memiliki dua status secara bersamaan, iaitu merdeka dan hamba, maka zakat diwajibkan kpd hartanya yg berstatus merdeka. 

3) Milik sempurna, maksudnya adalah dimiliki secara penuh. Maka, kepemilikan yg blm sempurna tidak wajib zakat, semisal seseorg yg membeli brg, namun ia blm menerima barang tersebut. Ini selaras dgn qaul qadimnya Imam Syafie. Namun qaul jadidnya Imam Syafie menyatakan ttp wajib zakat walaupun barang tersebut blm ia terima. (Qaul Jadid atau perkataan baru, maksudnya adalah semua pandangan dan fatwa Imam Syafie yg dikemukakan semenjak beliau tinggal Di Mesir hingga akhir hayatnya).

4) Nishab dan Haul. Jika seseorg memiliki sesuatu harta, namun blm mencapai jumlah nishab atau blm smpi satu tahun (12 bln), maka Tiada zakatnya. Padang bebas. Ini khusus haiwan ternak. Maksud adalah haiwan ternak yg digembala kan di padang bebas atau di hutan yg Tiada biaya dlm hal tersebut. Haiwan ternak yg demikianlah yg ada kewajiban zakatnya. Maka, jika ada ternak yg digemukkan di dlm kandangnya dlm hampir sebhg besar waktunya selama satu tahun, maka Tiada zakatnya. Namun jika dikandangkan selama 6 bln atau kurang sedikit dan digembalakan selama 6 bln, maka tidak apa-apa jika ia menunaikan zakatnya atau tidak membayarnya.

5) Brg berharga, maksudnya adalah emas dan perak, akan kami perincikan kemudian. Adapun persyaratan wajib zakat emas dan perak ada 5 iaitu Islam, Merdeka, Milik Sempurna, Nisab dan Haul. Ttg ini, akan kami perincikan kemudian.

6) Adapun tanaman, maka yg dimaksud adalah biji-bijian spt gandum, adas dan beras. Demikian juga spt jewawut dan kacang hijau. Wajibnya zakat atas tanaman, harus menuhi 3 syarat, iaitu:

- Ditanam oleh manusia, maka jika ia tumbuh dgn sendirinya, spt terbawa oleh air atau angin lalu ia tumbuh di lahan tersebut, maka Tiada zakatnya.

- Berupa biji-bijian yg boleh disimpan lama. Maka, tanaman yg bukan biji-bijian dan tidak boleh disimpan, tidak wajib zakat.

- Mencapai nisab, iaitu 5 (lima) wasaq (termasuk zakatnya) dan sudah bersih siap dimakan. Pada sebhg naskah disebutkan: Harus mencapai 5 wasaq tidak termasuk zakatnya.

Adapun buah2an, maka ia wajib zakat atas 2 jenis buah iaitu kurma dan buah anggur. Syarat wajib zakat atas buah2an ada 4 iaitu Islam, merdeka, milik sempurna dan smpi nisab. Maka, bilapun buah2an tidak memenuhi salah satu dari 4 syarat tadi, maka tidak wajib zakat. Adapun barang dagangan, maka kewajiban zakatnya ditentukan berdasarkan persyaratan yg berlaku pada zakat barang berharga (emas dan perak) sbgmn sudah kami sebutkan terdahulu. Dan perdagangan maksudnya adalah mendayagunakan harta, memutar modal dgn tujuan utk mendptkan keuntungan.

Nisab Unta: 

Awal nisab unta adalah 5 ekor, zakatnya seekor kambing dha’n (kambing yg memiliki bulu lebat/domba) yg berumur satu tahun dan masuk tahun ke dua atau kambing yg berumur dua tahun dan masuk tahun ke 3.

- 10 ekor unta, zakatnya dua ekor kambing
- 15 ekor unta, zakatnya 3 kambing
- 20 ekor unta, zakatnya 4 ekor kambing
- 25 ekor unta, zakatnya 1 bintu makhadh
- 36 ekor unta, zakatnya 1 bintu labun
- 46 ekor unta, zakatnya 1 hiqqah
- 61 ekor unta, zakatnya 1 jaza’ah
- 76 ekor unta, zakatnya 2 bintu labun
- 91 ekor unta, zakatnya 2 hiqqah
- 121 ekor unta, zakatnya 3 bintu labundan seterusnya.

Ini sgt mudah, tidak perlu lagi akan penjelasan. Bintu makhadh adalah unta yg berumur 1 tahun dan masuk tahun ke dua. Bintu labun adalah unta yg berumur 2 tahun dan masuk tahun ke 3. Hiqqah adalah unta yg berumur 3 tahun dan masuk tahun ke empat. Jaza’ah adalah unta yg berumur 4 tahun dan masuk tahun ke lima. Dan pada setiap kelipatan 40 ekor, stlh 121, zakatnya 1 ekor bintu labun dan setiap kelipatan 50 ekor stlh 121, zakatnya 1 hiqqah. Maka, jika unta 140, zakatnya 2 hiqqah dan 1 bintu labundan jika unta 150, zakatnya 3 hiqqah. Demikian.

Nisab Sapi/Kerbau: 

Awal nisab sapi adalah 30 ekor, maka ia sudah wajib zakat. Pada sebhg naskah, disebutkan zakatnya 1 tabi’, iaitu sapi (jantan) yg berusia 1 tahun dan masuk tahun kedua. Disebut tabi’ krn pada usia itu ia masih ikut kemanapun induknya pergi. Namun, jika ia menunaikan zakatnya 1 ekor tabi’ah (betina), sah. 40 ekor sapi, zakatnya 1 musannah, iaitu yg berusia 2 tahun dan masuk tahun ke 3. Disebut musannah krn pada usia ini, giginya sudah lengkap. Namun, jika ia menunaikan zakatnya 2 ekor tabi’ (jantan) maka sah, menurut pandangan yg terbenar dari pandangan ulama. 120 ekor sapi, zakatnya 3 ekor musannah (betina) atau 4 ekor tabi’ah (betina).

Nisab Kambing: 

Awal nisab utk kambing adalah 40 ekor, baik berupa dha’n (kambing yg memiliki bulu lebat/domba). Zakatnya 1 ekor jaza’ah domba (usia 6 bln) atau kambing biasa yg berusia 1 tahun. 121 ekor kambing, zakatnya 2 kambing. 201 ekor kambing, zakatnya 3 kambing. 400 ekor kambing, zakatnya 4 kambing. Dan setiap kelipatan 100, zakatnya 1 ekor kambing. Ini demikian mudah dan tidak memerlukan penjelasan lagi.

Jika Dua Pemilik Bercampur Dlm Penggembalaan: 

Jika dua org bersyarikat dlm sebuah ternak sebnyk 80 ekor kambing, masing2 40 ekor, maka zakatnya 1 ekor. Jika dua org berserikat dlm sebuah ternak sebnyk 40 ekor kambing, masing2 20 ekor, maka zakatnya 1 ekor kambing. Atau jumlahnya tidak sama, spt dua org yg berserikat dlm 60 ekor kambing, satu org memiliki sptganya (20 ekor) dan seorg lagi memiliki 2/3 nya (40 ekor). Atau jumlahnya sama atas masing2 dari 2 org tersebut, spt 200 ekor kambing, masing2 memiliki 100 ekor. Kesemuanya, zakatnya dihukumi sbg satu kesatuan.

Syarat dlm persyarikatan ini ada tujuh, iaitu:

1) Marah waidah. Satu lahan gembalaan

2) Masrah wahidan. Satu tmpt tinggal ketika di mlm hari

3) Ra’iy wahidan. Digembalakan oleh satu org dan satu jenis haiwan.

4) Fihl wahidan. Satu jenis haiwan. Jika beragam, spt antara domba dan kambing kacang, maka boleh secara masing-masing.

5) Syarab wahidan. Satu tmpt minum, baik sumur, sungaiatau danau atau yg lainnya.

6) Haalib wahidan. Satu dlm pemerah susunya dan ini adalah salah satu dari dua pandangan ulama. Yg terbenarnya adalah Tiada syarat harus satu dlm pemerahan susunya.

7) Maudhi’ul halab. (difatahkan lam). Dan satu wadah/tmpt perahan susu. Imam Nawawi menghikayatkan bahawa halb (dgn disukunkan lam) ertinya adalah nama utk susu yg sudah diperah. Para ulama lainnya juga menjelaskan hal yg sama dgn Imam Nawawi.

Nisab Barang Berharga: 

Nisab utk emas adalah 20 misqal, dgn ukuran misqal penduduk Mekkah. Zakatnya adalah seperempatnya iaitu sama dgn setengah misqal. Dan jika jumlahnya lebih dari 20 misqal, walaupun sedikit, maka zakat nya juga seperempatnya (2.5%). (Ukuran 20 mitsqal/20 dinar dgn ukuran skrg adalah 85 gram emas murni (24K/99%) dan nisab utk perak adalah 200 dirham, zakatnya 2.5%, iaitu sama dgn 5 dirham. Jika lebih dari 200 dinar, walaupun sedikit, maka cara penghitungannya sama, iaitu 2.5% nya. Tiada kewajiban zakat atas maghsyusy, baik emas maupun perak, jika tidak smpi mencapai nishab (Maghsyusy ertinya emas atau perak yg tidak murni). Dan tidak wajib zakat atas perhiasan yg diperbolehkan. Adapun perhiasan yg diharamkan spt emas pada lelaki dan yg berjenis kelamin ganda, maka ada zakatnya.

Nisab Tanaman dan Biji-bijian: 

Nisab utk tanaman dan biji2an adalah 5 wasaq. Lima wasaq sama dgn 1600 ritel Iraq atau Baghdad. Jika jumlahnya lebih dari 5 wasaq maka penghitungannya adalah sesuai dgn nya. Dan ritel Baghdad, menurut Imam Nawawi, adalah sama dgn 128 dirham dan 4 saba’. Tanaman dan biji-bijian itu adalah jika diairi dgn air hujan dan air sungai, maka zakatnya adalah seper10nya (10%). Dan jika pengairannya dgn menggunakan haiwan, utk mengangkut air tersebut dari sungai atau sumur, baik sapi atau unta, maka zakatnya adalah 5%. (5 wasaq dlm ukuran kg adalah 900kg atau 9 kwintal, sbb 5 wasaq sama dgn 300 sha’, sdgkan satu sha sama dgn 3 kg).

Nisab Barang Dagangan, Mineral dan Rikaz: 

Dan barang dagangan harus dihitung pada akhir tahun (haul), baik mencapai nisab atau blm. Maka, jika ternyata pada akhir tahun, mencapai nisab, ia harus dizakatidan jika tidak smpi nisab maka tidak dizakati. Zakatnya adalah 2.5%-nya. Dan Ma’aadin/barang mineral/galian yg dieksplorasi dari dlm bumi, baik berupa emas atau perak, jika mencapai nisab, maka zakatnya adalah 2.5%-nya pada saat ia diperoleh jika org yg melakukan eksplorasinya adalah org yg termasuk wajib zakat (maksud nya adalah muslim). Ma’aadin adalah bentuk jamak dari ma’dan, yg ertinya adalah tmpt atau lahan kosong atau lahan milik seseorg dimana Allah menciptakan harta-benda atau barang berharga padanya. Adapun rikaz, iaitu harta karun peninggalan org kafir pada zaman dahulu, iaitu keadaan spt keadaan bangsa Arab seblm dtgnya Islam, spt tidak tahu akan Allah, Rasul-Nya dan berbagai syariat Islam, maka rikaz tersebut ada kewajiban zakatnya, iaitu seperlimanya (20 %) dan disalurkan kpd 8 ashnaf, menurut pendpt yg masyhur dari kalangan pada ulama. Sebhg ulama lainnya berpandangan disalurkan kpd mustahiq fai’, sbgmn disebutkan dlm ayat ttg fai’.

No comments:

Post a Comment