Saturday, February 1, 2014

ZIKIR TAUBAT DAN ISTIGHFAR

Zikir Taubat dan Istighfar Dari Ibnu Umar r.a, katanya: “Kita semua pernah menghitung Rasulullah saw dlm sekali majlis mengucapkan istighfar sebnyk 100 kali, iaitu: Rabbighfir li wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rahim”. Ertinya: Ya Tuhan, ampunilah saya serta terimalah taubat saya, sesungguhnya Engkau adalah Maha Penerima taubat lagi Penyayg. Diriwayatkan oleh Imam2 Abu Daud dan Tarmizi dan beliau mengatakan bahawa ini adalah Hadis sahih. (Riyadhus Solehin). 

Dari Ibnu Abbas r.a, katanya: “Rasulullah saw bersabda: “Brgsiapa yg ttp secara langsung beristighfar kpd Allah, maka Allah menjadikan utknya suatu jln keluar dari setiap kesempitan yg ditemuinya, juga diberi kelapangan dari setiap kesusahan yg dirasakannya, serta memberi nya rezeki dari jln yg tidak pernah dikira-kira olehnya.” (HR Abu Daud)

Dari Ibnu Masud r.a katanya: “Rasulullah saw bersabda: “Brgsiapa yg meng ucapkan: Astaghfirullah hal-lazi lailaha illa huwal hayyal qayyuma wa atubu ilaih (Saya beristighfar kpd Allah yg tiada Tuhan selain Dia yg Maha Hidup lagi Berdiri Sendiri dan saya bertaubat kpdNya), maka diampunkan lah semua dosanya sekalipun ia benar2 pernah melarikan diri dari barisan yg sdg berperang.”

Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tarmizi dan Hakim dan Hakim berkata bahawa ini adalah Hadis menurut syarat Imam Bukhari dan Muslim. Dari Ibnu Umar r.a bahawa Nabi saw bersabda: “Hai semua golongan kaum wanita, bersedekahlah engkau semua dan perbnykkanlah beristighfar, sbb sesungguhnya saya melihat bahawa engkau semua itu adalah sebnyk2nya ahli neraka.” Kemudian ada seorg wanita dari yg hadir di waktu itu berkata: “Mengapa kita kaum wanita merupakan jumlah terbnyk dari para ahli neraka?” 

Baginda saw menjawab: “Engkau semua itu suka memperbnykkan melaknat serta menutupi kebaikan suami. Saya tidak melihat org2 yg kurang akal dan agama nya di kalangan makhluk yg berakal yg lebih ghalib (yakni lebih bnyk) dpd engkau semua itu.” Wanita tadi berkata lagi: “Apakah kekurangan akal dan agama kita?” Baginda saw menjwb: “Persaksian dua org perempuan adalah sama nilainya dgn persaksian seorg lelaki (inilah satu tanda kekurangan akalnya) dan pula wanita itu diam berhari2 tanpa melakukan solat sbb haid, nifas dan sbgnya dan inilah tanda kekurangan agamanya”. (Riwayat Muslim) dari kitab Riyadhus Solehin.

No comments:

Post a Comment