Saturday, February 1, 2014

KUMPULAN HADIS TENTANG TAUBAT

1). Anjuran utk bertaubat dan bergembira dgnnya. 

Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra.: Ia berkata: Aku pernah mendgr Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh Allah akan lebih senang menerima taubat hambaNya yg beriman dpd seseorg yg berada di tanah tandus yg berbahaya bersama haiwan tunggangan yg membawa bekal makanan dan minumannya. Lalu dia tidur kemudian ketika bangun didpti haiwan tunggangannya tersebut telah menghilang. 

Dia pun segera mencarinya smpi merasa dahaga kemudian dia berkata dlm hatinya: Sebaiknya saya kembali ke tmpt semula dan tidur di sana smpi saya mati. Lalu dia tidur dgn menyandarkan kepalanya di atas lengan smpi mati. Ttpi ketika ia terbangun didptinya haiwan tunggangannya telah berada di sisinya bersama bekal makanan dan minuman. Allah lebih senang dgn taubat seorg hamba mukmin, dpd org semcm ini yg menemukan kembali haiwan tunggangan dan bekalnya” HR Muslim.

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: “Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah akan lebih senang menerima taubat hamba-Nya ketika ia bertaubat kpdNya dpd (kesenangan) seorg di antara kamu sekalian yg menunggang untanya di tengah padang luas yg sgt tandus, lalu unta itu terlepas membawa lari bekal makanan dan minumannya dan putuslah harapan nya utk memperoleh kembali. 

Kemudian dia menghampiri sebatang pohon lalu berbaring di bwh keteduhannya krn telah putus asa mendptkan unta tunggangannya tersebut. Ketika dia dlm keadaan demikian, tiba2 ia mendpti untanya telah berdiri di hadapan. Lalu segera ia menarik tali kekang unta itu sambil berucap dlm keadaan sgt gembira: Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah TuhanMu. Dia salah mengucapkan krn terlampau merasa gembira:. (Sahih Muslim No.4932)

2). Ttg besarnya kasih syg Allah Taala yg sentiasa mendahului murka Nya.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahawa Nabi saw. bersabda: “Tatkala Allah menciptakan makhluk, Allah telah menuliskan dlm kitab catatan-Nya yg berada di sisi-Nya di atas Arasy bahawa sesungguhnya kasih syg-Ku mengalahkan murka-Ku”. (Sahih Muslim No.4939)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Aku mendgr Rasulullah saw. bersabda: “Allah telah menjadikan kasih syg-Nya terbagi dlm 100 bhg. Dia menahan sembilan puluh sembilan bhg di sisi-Nya dan menurunkan satu bhg ke bumi. Dari satu bhg itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor induk binatang mengangkat cakarnya dari anaknya krn takut melukainya”. (Sahih Muslim No.4942)

Hadis riwayat Umar bin Khathab ra.: “Bahawa ia dtg menghadap Rasulullah saw. dgn membawa beberapa org tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorg wanita sdg mencari-cari, lalu jika ia mendptkan seorg bayi di antara tawanan dia langsung mengambil bayi itu lalu mendekapkannya ke perut utk disusui. Lalu Rasulullah saw. berkata kpd kami: Bgmn pendpt kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dlm api? Kami menjawab: Tidak, demi Allah, sdgkan dia mampu utk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hambaNya dpd wanita ini terhadap anaknya”. (Sahih Muslim No.4947)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Terdpt seorg lelaki yg blm pernah melakukan satu kebajikan pun berkata kpd keluarga nya apbi dia mati, maka hendaklah mrk membakar jenazahnya lalu menebar kan setengah dari abunya ke daratan dan yg setengah lagi ke lautan. Demi Allah! Jika sekiranya Allah kuasa atasnya, tentu Dia akan menyiksa nya dgn siksaan yg tidak pernah Dia timpakan kpd seorg pun di dunia ini. 

Kemudian ketika org itu meninggal mrk segera melaksanakan apa yg diperintahkan. Lalu Allah memerintahkan daratan utk mengumpulkan abu jenazahnya yg ditebarkan kpdnyadan memerintahkan lautan utk mengumpulkan abu jenazahnya yg ditebarkan kpdnya. Kemudian Allah berfirman: Mengapa kamu melakukan ini? Org itu menjawab: Krn takut kpdMu wahai Tuhanku padahal Engkau sendiri lebih mengetahui. Lalu Allah mengampuni org tersebut”. HR Muslim.

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.: “Dari Nabi saw. bahawa seorg lelaki di antara umat seblm kalian telah Allah kurniakan harta kekayaan dan anak keturunan, lalu ia berpesan kpd anak2nya: Kamu sekalian harus melakukan apa yg aku perintahkan kalau tidak maka aku akan mengalihkan harta warisan ku kpd org lain. Jika aku telah meninggal nanti, maka bakarlah jenazah ku. 

Sejauh pengetahuanku org itu juga berkata: Kemudian tumbuklah smpi halus (abu sisa pembakaran itu) lalu tebarkanlah ke arah hembusan angin krn aku sama sekali tidak menyimpan satu kebajikan pun di sisi Allah padahal Allah berkuasa utk menyiksaku. Lalu org itu mengambil perjanjian dgn mrk. Demi Tuhan, mrk pun melaksanakan perintah itu. Allah bertanya kpd org itu: Apa yg membuatmu berbuat demikian? Org itu menjawab: Rasa takut terhadapMu. Jadi, alasan perbuatannya itu tiada lain hanyalah krn takut kpd Allah”. (Sahih Muslim No.4952)

3). Diterimanya taubat dari segala dosa, meskipun dosa dan taubat diperbuat berulang kali.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra: Dari Nabi saw. ttg yg beliau riwayatkan dari Tuhannya, beliau bersabda: Seorg hamba melakukan satu perbuatan dosa lalu berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosaku”. Allah Taala berfirman: HambaKu telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yg akan mengampuni dosa atau akan menghukum krn dosa itu. Kemudian org itu mengulangi perbuatan dosa, lalu berdoa lagi: Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku. 

Allah Taala berfirman: HambaKu telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yg akan mengampuni dosa atau menyiksa krn dosa itu. Kemudian org itu melakukan dosa lagi, lalu berdoa: Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yg akan mengampuni dosa atau menghukum krn dosa itu serta berbuatlah sesukamu, krn Aku benar2 telah mengampunimu. Abdul A`la berkata: Aku tidak mengetahui apakah Allah berfirman “berbuatlah sesukamu” pada yg ke3 kali atau keempat kali”. (Sahih Muslim No.4953)

4). Ttg kecemburuan Allah Taala dan larangan perbuatan keji.

Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Tiada seorg pun yg lebih menyukai pujian dpd Allah maka oleh krn itulah Dia memuji ZatNya sendiri. Dan Tiada seorg pun yg lebih cemburu dpd Allah maka krn itu Allah mengharamkan perbuatan keji”. (Sahih Muslim No.4955). Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah itu cemburu dan org yg beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah, iaitu jika org mukmin melakukan apa yg diharamkan”. (Sahih Muslim No.4959)

5). Firman Allah Taala: Sesungguhnya perbuatan2 baik itu menghapus dosa perbuatan2 buruk.

Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra.: Bahawa seorg lelaki telah mencium seorg perempuan, lalu org dtg menemui Nabi saw. utk menceritakan hal itu kpd beliau. Maka turunlah ayat: Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan ptg) dan pada bahagian permulaan mlm. Sesungguhnya perbuatan2 baik itu menghapus dosa perbuatan2 yg buruk. Itulah peringatan bagi org2 yg mau ingat. Lelaki itu bertanya: Apakah ayat ini utkku, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. bersabda: Utk siapa saja di antara umatku yg melakukan hal itu. (Sahih Muslim No.4963)

Hadis riwayat Anas ra., ia berkata: “Seorg lelaki dtg menemui Nabi saw. lalu berkata: Ya Rasulullah! Aku telah melanggar hukum hudud, maka laksana kanlah hukuman itu atas diriku! Kemudian tibalah waktu solat dan ia pun ikut solat bersama Rasulullah saw. Stlh menyelesaikan solat, org itu berkata lagi: Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melanggar hukum hudud, maka laksana kanlah hukuman Allah itu atas diriku! Rasulullah saw. bertanya: Apakah engkau ikut melaksanakan solat bersama kami? Org itu menjawab: Ya! Rasulullah saw. bersabda: Kamu telah diampuni”. (Sahih Muslim No.4965)

6). Ttg berita bohong dan diterima taubat org yg menuduh. Hadis riwayat Aisyah ra., isteri Nabi saw. ia berkata: “Apb Rasulullah saw. hendak keluar dlm suatu perjlnan selalu mengadakan undian di antara para isteri beliau dan siapa di antara mrk yg keluar undiannya, maka Rasulullah saw. akan berangkat bersamanya. Aisyah berkata: Lalu Rasulullah saw. mengundi di antara kami utk menentukan siapa yg akan ikut dlm perang dan ternyata keluarlah undianku sehingga aku pun berangkat bersama Rasulullah saw. Peristiwa itu terjadi stlh diturunkan ayat hijab (Al-Ahzab ayat 53) di mana aku dibawa dlm sekedup dan ditmptkan di sana selama perjlnan kami. Pada suatu mlm ketika Rasulullah saw. selesai berperang lalu pulang dan kami telah mendkti Madinah, beliau memberikan aba-aba utk berangkat. Aku pun segera bangkit stlh mendgr mrk mengumumkan keberangkatan lalu berjln smpi jauh meninggalkan pasukan tentera. 

Seusai melaksanakan hajat, aku hendak langsung menghampiri unta tungganganku namun saat meraba dada, ternyata kalungku yg terbuat dari mutiara Zifar putus. Aku pun kembali utk mencari kalungku sehingga tertahan krn pencarian itu. S'mtara org2 yg bertugas membawaku mrk telah mengangkat sekedup itu dan meletakkannya ke atas punggung untaku yg biasa aku tunggangi krn mrk mengira aku telah berada di dlmnya. Ia menambahkan: Kaum wanita pada waktu itu mmg bertubuh ringan dan langsing tidak bnyk ditutupi daging krn mrk hanya mengkomsumsi makanan dlm jumlah sedikit sehingga org2 itu tidak merasakan beratnya sekedup ketika mrk mengangkat nya ke atas unta. Apalagi ketika itu aku anak perempuan yg masih belia. Mrk pun segera menggerakkan unta itu dan berangkat. 

Aku baru menemukan kalung itu stlh pasukan tentera berlalu. Kemudian aku mendtgi tmpt perhentian mrk, namun tak ada seorg pun di sana. Lalu aku menuju ke tmpt yg semula dgn harapan mrk akan merasa kehilangan dan kembali menjemputku. Ketika aku sdg duduk di tmptku rasa kantuk mengalahkanku sehingga aku pun tertidur. Ternyata ada Shafwan bin Muaththal As-Sulami Az-Dzakwani yg tertinggal di blkg pasukan sehingga baru dpt berangkat pada mlm hari dan keesokan paginya ia smpi di tmptku. Dia melihat baygan hitam spt seorg yg sdg tidur lalu ia mendtgi dan langsung mengenali ketika melihatku krn ia pernah melihatku seblm diwajibkan hijab. 

Aku terbangun oleh ucapannya, “inna lillaahi wa inna ilaihi raji`uun” pada saat dia mengenaliku. Aku segera menutupi wajahku dgn kerudung dan demi Allah, dia sama sekali tidak mengajakku bicara sepatah kata pun dan aku pun tidak mendgr satu kata pun darinya selain ucapan “inna lillahi wa inna ilaihi raji`uun”. Kemudian ia menderumkan untanya dan memijak kakinya, sehingga aku dpt menaikinya. Dan ia pun berangkat sambil menuntun unta yg aku tunggangi hingga kami dpt menyusul pasukan yg sdg berteduh di tengah hari yg sgt panas. Maka celakalah org2 yg telah menuduhku di mana yg paling besar berperan ialah Abdullah bin Ubay bin Salul. Smpi kami tiba di Madinah dan aku pun segera menderita sakit setiba di sana selama sebln. S'mtara org2 ramai membicarakan tuduhan para pembuat berita bohong padahal aku sendiri tidak mengetahui sedikit pun ttg hal itu. 

Yg membuatku gelisah selama sakit adalah bahawa aku tidak lagi merasakan kelembutan Rasulullah saw. yg biasanya kurasakan ketika aku sakit. Rasulullah saw. hanya masuk menemuiku, meng ucapkan salam, kemudian bertanya: Bgmn keadaanmu? Hal itu membuatku gelisah, ttp aku tidak merasakan adanya keburukan, smpi ketika aku keluar stlh sembuh bersama Ummu Misthah ke tmpt pembuangan air besar di mana kami hanya keluar ke sana pada mlm hari seblm kami membangun tandas di dkt rumah2 kami. Kebiasaan kami sama spt org2 Arab dahulu dlm buang air. Kami merasa terganggu dgn tmpt2 itu bila berada di dkt rumah kami. Aku pun ber angkat dgn Ummu Misthah, seorg anak perempuan Abu Ruhum bin Muthalib bin Abdi Manaf dan ibunya adalah putri Shakher bin Amir, bibi Abu Bakar Sidik. 

Putranya bernama Misthah bin Utsatsah bin Abbad bin Muththalib. Aku dan putri Abu Ruhum langsung menuju ke arah rumahku sesudah selesai buang air. Tiba2 Ummu Misthah terpeleset dlm pakaian yg menutupi tubuh nya sehingga terucaplah dari mulutnya kalimat: Celakalah Misthah! Aku berkata kpdnya: Alangkah buruknya apa yg kau ucapkan! Apakah engkau memaki org yg telah ikut serta dlm perang Badar? Ummu Misthah berkata: Wahai junjungan ku, tidakkah engkau mendgr apa yg dia katakan? Aku menjwb: Mmgnya apa yg dia katakan? Ummu Misthah lalu menceritakan kpdku tuduhan para pembuat cerita bohong sehingga penyakitku semakin bertambah parah. Ketika aku kembali ke rumah, Rasulullah saw. masuk menemuiku, beliau mengucap kan salam kemudian bertanya: Bgmn keadaanmu? Aku berkata: Apakah engkau mengizin kan aku mendtgi kedua org tuaku? Pada saat itu aku ingin meyakinkan khabar itu dari kedua org tuaku. Begitu Rasulullah saw. memberiku izin, aku pun segera pergi ke rumah org tuaku. 

Sesmpi di sana, aku bertanya kpd ibu: Wahai ibuku, apakah yg dikatakan oleh org2 mengenai diriku? Ibu menjawab: Wahai anakku, tenanglah! Demi Allah, jarang sekali ada wanita cantik yg sgt dicintai suaminya dan mempunyai beberapa madu, kecuali pasti bnyk berita kotor dilontarkan kpdnya. Aku berkata: Maha suci Allah! Apakah tergamak org2 membicarakanku? Aku menangis mlm itu smpi pagi air mataku tidak berhenti mengalir dan aku tidak dpt tidur dgn nyenyak. Pada pagi harinya, aku masih saja menangis. Beberapa waktu kemudian Rasulullah saw. mmggil Ali bin Abu Thalib dan Usamah bin Zaid utk membicarakan perceraian dgn isterinya ketika wahyu tidak kunjung turun. 

Usamah bin Zaid memberikan pertimbangan kpd Rasulullah saw. sesuai dgn yg ia ketahui ttg kebersihan isterinya (dari tuduhan) dan berdasarkan kecintaan dlm dirinya yg ia ketahui terhadap keluarga Nabi saw. Ia berkata: Ya Rasulullah, mrk adalah keluargamu dan kami tidak mengetahui dari mrk kecuali kebaikan. Sdgkan Ali bin Abu Thalib berkata: Semoga Allah tidak menyesakkan hatimu krn perkara ini, bnyk wanita selain dia (Aisyah). Jika engkau bertanya kpd budak perempuan itu (pembantu rumah tangga Aisyah) tentu dia akan memberimu keterangan yg benar. 

Lalu Rasulullah saw. mmggil Barirah (jariyah yg dimaksud) dan bertanya: Hai Barirah! Apakah engkau pernah melihat sesuatu yg membuatmu ragu ttg Aisyah? Barirah menjawab: Demi Zat yg telah mengutusmu membawa kebenaran! Tiada perkara buruk yg aku lihat dari dirinya kecuali bahawa Aisyah adalah seorg perempuan yg masih muda belia, yg biasa tidur di samping adonan roti keluarga lalu dtglah haiwan2 ternak memakani adonan itu. Kemudian Rasulullah saw. berdiri di atas mimbar meminta bukti dari Abdullah bin Ubay bin Salul. 

Di atas mimbar itu, Rasulullah saw. bersabda: Wahai kaum muslimin, siapakah yg mau menolongku dari seorg yg telah smpi hati melukai hati keluarga? Demi Allah! Yg kuketahui pada keluargaku hanyalah kebaikan. Org2 juga telah menyebut2 seorg lelaki yg kuketahui baik. Dia tidak pernah masuk menemui keluargaku (isteriku) kecuali bersamaku. Maka berdirilah Saad bin Muaz Al-Anshari seraya berkata: Aku yg akan menolongmu dari org itu, wahai Rasulullah. Jika dia dari golongan Aus, aku akan memenggal lehernya dan kalau dia termasuk saudara kami dari golongan Khazraj, maka engkau dpt memerintahkanku dan aku akan melak-sanakan perintahmu. Mendgr itu, berdirilah Saad bin Ubadah. Dia adalah pemimpin golongan Khazraj dan seorg lelaki yg baik ttpi amarahnya bangkit krn rasa fanatik golongan. 

Dia berkata tertuju kpd Saad bin Muaz: Engkau salah! Demi Allah, engkau tidak akan membunuhnya dan tidak akan mampu utk membunuh nya! Lalu Usaid bin Hudhair saudara sepupu Saad bin Muaz, berdiri dan berkata kpd Saad bin Ubadah: Engkau salah! Demi Allah, kami pasti akan membunuhnya! Engkau adalah org munafik yg berdebat utk membela org2 munafik. Bangkitlah amarah kedua golongan iaitu Aus dan Khazraj, sehingga mrk hampir saling berbaku-hantam dan Rasulullah saw. masih berdiri di atas mimbar terus berusaha meredahkan emosi mrk mrk hingga mrk diam dan Rasulullah saw. diam. S'mtara itu, aku menangis sepjg hari, air mataku tidak berhenti mengalir dan aku pun tidak merasa nyenyak dlm tidur. 

Aku masih saja menangis pada mlm berikutnya, air mataku tidak berhenti mengalir dan juga tidak merasa enak tidur. Kedua org tuaku mengira bahawa tangisku itu akan membelah jantungku. Ketika kedua org tuaku sdg duduk di sisiku yg masih menangis, dtglah seorg perempuan Ansar meminta izin menemuiku. Aku memberinya izin lalu dia pun duduk sambil menangis. Pada saat kami sdg dlm keadaan demikian, Rasulullah saw. masuk. Beliau memberi salam, lalu duduk. 

Beliau blm pernah duduk di dktku sejak ada tuduhan yg bukan-bukan kpdku, padahal sebln telah berlalu tanpa turun wahyu kpd beliau mengenai persoalanku. Rasulullah saw. mengucap syahadat pada waktu duduk kemudian bersabda: Selanjutnya. Hai Aisyah, sesungguhnya telah smpi kpdku bermcm tuduhan ttg dirimu. Jika engkau mmg bersih, Allah pasti akan member-sihkan dirimu dari tuduhan2 itu. 

Ttp kalau engkau mmg telah berbuat dosa, maka mohonlah ampun kpd Allah dan bertaubatlah kpd-Nya. Sbb, bila seorg hamba mengakui dosanya kemudian bertaubat, tentu Allah akan menerima taubatnya. Ketika Rasulullah saw. selesai berbicara, air mataku pun habis sehingga aku tidak merasakan satu titispun terjatuh. Lalu aku berkata kpd ayahku: Jawablah utkku kpd Rasulullah saw. mengenai apa yg beliau katakan. Ayahku menyahut: Demi Allah, aku tidak tahu apa yg harus aku katakan kpd Rasulullah saw. 

Kemudian aku berkata kpd ibuku: Jawablah utkku kpd Rasulullah saw.! Ibuku juga berkata: Demi Allah, aku tidak tahu apa yg harus kukatakan kpd Rasulullah saw. Maka aku pun berkata: Aku adalah seorg perempuan yg masih muda belia. Aku tidak bnyk membaca Alquran. Demi Allah, aku tahu bahawa kalian telah mendgr semua ini, hingga masuk ke hati kalian, bahkan kalian mempercayai nya. Jika aku katakan kpd kalian, bahawa aku bersih dan Allah pun tahu bahawa aku bersih, mungkin kalian tidak juga mempercayaiku. 

Dan jika aku mengakui hal itu di hadapan kalian, sdgkan Allah mengetahui bahawa aku bersih, tentu kalian akan mempercayaiku. Demi Allah, aku tidak menemukan perumpamaan yg tepat bagiku dan bagi kalian, kecuali sbgmn dikatakan ayah Nabi Yusuf: Kesabaran yg baik itulah kesabaranku. Dan Allah sajalah yg dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yg kalian ceritakan. Kemudian aku pindah dan berbaring di tmpt tidurku. Demi Allah, pada saat itu aku yakin diriku bersih dan Allah akan menunjukkan kebersihanku. Ttp, sungguh aku tidak berharap akan diturunkan wahyu ttg persoalanku. 

Aku kira persoalanku terlalu remeh utk dibicarakan Allah Taala dgn wahyu yg diturunkan. Namun, aku berharap Rasulullah saw. akan bermimpi bahawa Allah membersih kan diriku dari fitnah itu. Rasulullah saw. blm lagi meninggalkan tmpt duduknya dan tak seorg pun dari isi rumah ada yg keluar, ketika Allah Taala menurunkan wahyu kpd Nabi Nya. Tampak Rasulullah saw. merasa kepayahan spt biasanya bila beliau menerima wahyu, hingga bertitisan keringat beliau bagaikan mutiara di musim dingin, krn beratnya firman yg diturunkan kpd beliau. 

Ketika keadaan yg demikian telah hilang dari Rasulullah saw. (wahyu telah selesai turun), maka sambil tertawa perkataan yg pertama kali beliau ucapkan adalah: Bergembiralah, wahai Aisyah, sesungguhnya Allah telah membersihkan dirimu dari tuduhan. Lalu ibuku berkata kpdku: Bangunlah! Sambutlah beliau! Aku menjawab: Demi Allah, aku tidak akan bangun menyambut beliau. 

Aku hanya akan memuji syukur kpd Allah. Dialah yg telah menurunkan ayat Alquran yg menyatakan kebersihanku. Allah Taala menurunkan ayat: Sesungguhnya org2 yg membawa berita bohong itu adalah dari golonganmu jugadan 10 ayat berikutnya. Allah menurunkan ayat2 tersebut yg menyatakan kebersihanku. Abu Bakar yg semula selalu memberi kan nafkah kpd Misthah krn kekerabatan dan kemiskinannya, pada saat itu mengatakan: Demi Allah, aku tidak akan lagi memberikan nafkah kpdnya sedikitpun selamanya, sesudah apa yg dia katakan terhadap Aisyah. 

Sbg teguran atas ucapan itu, Allah menurunkan ayat selanjut nya ayat: Dan jgnlah org2 yg mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kalian, bersumpah bahawa mrk tidak akan memberi bantuan kpd kaum kerabat mrk, org2 miskin smpi pada firman-Nya: Apakah kalian tidak ingin bahawa Allah mengampuni kalian. (Hibban bin Musa berkata: Abdullah bin Mubarak berkata: Ini adalah ayat yg paling aku harapkan dlm Kitab Allah). Maka berkatalah Abu Bakar: Demi Allah, tentu saja aku sga menginginkan ampunan Allah. 

Selanjut nya dia (Abu Bakar) kembali memberikan nafkah kpd Misthah spt sediakala dan berkata: Aku tidak akan berhenti memberikannya nafkah utk selamanya. Aisyah meneruskan: Rasulullah saw. pernah bertanya kpd Zainab binti Jahsy, isteri Nabi saw. ttg persoalanku: Apa yg kamu ketahui? Atau apa pendptmu? Zainab menjwb: Wahai Rasulullah, aku selalu menjaga pendgran dan penglihatanku (dari hal-hal yg tidak layak). 

Demi Allah, yg kuketahui hanyalah kebaikan. Aisyah berkata: Padahal dialah yg menyaingi kecantikanku dari antara para isteri Nabi saw. Allah menganugerahinya dgn sikap warak (menjauhkan diri dari maksiat dan perkara meragukan) lalu mulailah saudara perempuannya, iaitu Hamnah binti Jahsy, membelanya dgn rasa fanatik (yakni ikut menyebarkan apa yg dikatakan oleh pembuat cerita bohong). Maka celakalah ia bersama org2 yg celaka”. (Sahih Muslim No.4974).

No comments:

Post a Comment