Monday, February 23, 2015

AKAN WUJUD 1000 KAMPUNG MADINAH TEMBORO DI SELURUH INDONESIA

Alm Kyai Haji Uzairon hafidzahullah pernah menceritakan bagaimana kisah Jemaah dakwah tabligh sampai di desa Tomboro, pak kyai bercerita bahawa Jemaah pertama yang sampai ke Tomboro ialah Jemaah Ulama 4 bulan jalan kaki dari Pakistan, jika tidak salah pada tahun 80-an.

Kemudian, jemaah itu singgah di Ponpes Al Fatah pimpinan alm Kiyai Mahmud (ayah Kyai Uzairon), waktu itu solat Dhuhor telah pun masuk, dimana alm Kyai Mahmud sendiri menjadi Imam kepada solat berjemaah tersebut, jemaah ini kemudian turut bersolat bersama di belakang Kyai Mahmud (sebagai masbuk).

Kemudian, setelah selesai solat Zuhur tersebut, Kiyai Mahmud waktu itu beliau mursyid Tariqat Naqsabandiyah Al Mujaddadiyah Al Khalidiyah di Indonesia, merasakan sesuatu yg luar biasa dari makmumnya ketika sedang bersolat tadi, (satu rohaniat yang luar biasa). kemudian kiyai memanggil santrinya dan bertanya siapakah yang menjadi makmum kepadanya tadi, kemudian santri beliau menjawab yang menjadi makmun kepada kiyai dalam solat Zuhur tadi ialah Jemaah dakwah tabligh dari Pakistan yang singgah istirahat di pondok mereka, Kyai begitu terkesima, lantas bersilaturrahim dengan dengan mereka, kemudian jemaah di jadikan tamu di pondok kyai. setelah lama berlalu, kyai pun bertanya apakah amalan kamu (Jemaah dakwah) sehingga saya merasakan sesuatu yg luar biasa, (telah berkata Kiyai Ubaidillah, iaitu adik kiyai Uzairon, perkara ini merupakan perkara biasa yang mana kebiasaan kepada ahli zikir kerana dapat merasai rohaniat org lain).

Kemudian, jemaah ini memberitahu bahawa mereka mempunyai maksud besar di mana mereka (Jemaah) ini di utuskan oleh Hadrat ji (Amir Jemaah Dakwah) Maulana Inamul Hassan rah supaya datang ke pondok Kiyai untuk mengajak kiyai bergabung dalam usaha dakwah, kata jemaah ini lagi, sebelum mereka di putuskan ke sini (pondok kiyai), mereka telah diberikan bayan hidayah (penerangan) khas dan amalan khusus dari hadrat ji, katanya (Jemaah) mereka kata hadrat ji telah mengijazah beberapa amalan khas kepada mereka.

Kemudian, kiyai begitu, terkesan, kerana menyangka bahawa yang dirasakan rohaniat yang hebat itu datang dari jemaah ini, dan kiyai beranggapan bahawa pasti yang mengijazatkan amalan ini lagi hebat amalannya, Jemaah pun membuat taskil/ajakan kepada Kiyai Mahmud untuk datang menziarahi sendiri hadrat ji Maulana Inamul Hassan.

Kemudian, setelah keberangkatan Kiyai Mahmud ke Nizamuddin (Markaz Masjid Banglawali), hadrat ji (Maulana Inamul Hasan) telah menyambut kiyai dengan penuh ikrom seakan sudah lama mereka bertemu, sedangkan itu merupakan safar pertama Kiyai Mahmud ke Markaz Masjid Banglawali. Setelah, menetap beberapa lama di markaz, melihat langsung suasana hidupnya amalan masjid nabawi, dakwah, taklim, dzikir ibadah, khidmat.

Kiyai Mahmud pun pulang ke Indonesia dengan membawa amanah besar (kerja tabligh) daripada hadrat ji (Maulana Inamul Hassan). Tak lupa pula beliau taskil anaknya Kyai Uzairon untuk berkunjung ke Nizamuddin belajar Menghidupkan 4 amalan masjid Nabawi tanpa ragu sedikitpun:

1). Hidupkan dakwah
2). Hidupkan taklim wat taklum
3). Hidupkan Dzikir ibadah
4). Hidupkan Khidmat

Bentuk jamaah intiqoli, membina jamaah maqomi, kerjasama menghidupkan agama. muhajirin dan anshor. dengan amal infirodi dijaga. sholat. dzikir. baca quran.

Alhamdulillah, berkat dengan perjuangan alam Kyai Mahmud, yang dilanjutkan ke anaknya alm Kyai Uzairon kini desa Tomboro kian subur di sinari amalan masjid nabawi yang kelihatan begitu umum dalam masyarakatnya. Kita akan begitu terkejut jika, kita berada di sana, kita menaiki teksi atau beca, maka kita akan di dakwah perkara agama iman amal sholeh oleh pemandu teksi atau beca ini. Kawasan ini kini mendapat jolokan perkampungan Madinah.

Begitu juga kemajuan pusat pengajiannya iaitu Pondok Al-Fatah yang kini di uruskan oleh anak Kyai Mahmud sendiri iaitu Kiyai Uzairon At Thaifury, bahkan pondok ini juga mempunyai ribuan santri/pelajar agama dari seluruh pelosok negara di asia tenggara bahkan pondok ini telah melahirkan ilmuan-ilmuan agama yang telah berkhidmat di bidang masing-masing.

Setelah wafat Kyai Uzairon diteruskan adiknya Kyai Fatah. Ulama yang tawadhu. tidak pernah lepas jaga istighosah menjelang subuh. waktu doa doa dimakbulkan. Selepas wafat Kyai Uzairon, bukannya semangat dakwah taklim dzikir ibadah makin kendor. tapi malah semakin melesat perkembangannya.

No comments:

Post a Comment