Monday, February 23, 2015

TULISAN MAULANA ZAHARUDDIN NAWI

Saya mencari passport bila mendengar berita ttg pemergian Maulana Yunus Saharanpuri tempoh hari. Saya tahu rakan-rakan saya yg pernah menjadi anak murid beliau tentu ada yg akan pergi ke sana. Hajat di hati ingin ikut serta tetapi bila melihat tarikh passport dah mati peratus utk pergi pun berkurangan. Bila terfikir banyak kelas akan terlepas peratus utk pergi semakin kurang. Bila melihat buku bank yg jumlahnya tak seberapa maka totally peratusnya hilang. Saya tidak menulis apa-apa di kala itu kerana menumpang membaca berita-berita terkini yang dimuatnaikkan tentang suasana pemergian Maulana di sana.

Mulanya ketika saya di sana tidak banyak saya tahu ttg Maulana Yunus dan Mazahir Uloom kerana sibuk dgn pelajaran kerana masih di kelas bawahan. Yang saya tahu Mazahir tempat Maulana Zakariya dan Maulana Ilyas pernah mengajar. Saya pun jarang ke situ melainkan sekali dua.

Pada pertengahan tahun 1990an beberapa orang pelajar Malaysia yang pernah belajar di madrasah di Pakistan telah mengunjungi Deoband. Hajat mereka ialah untuk bertukar tempat mengaji. Mereka nak mengaji di India pula. Mengaji di Darul Uloom Deoband. Akhirnya antara mereka tu Wan Muhammad Mustafa (nama sebenar Wan Asmadi Rahimi), Abdul Fatah (atau Azman), Abdul Salam dan Hazim memilih utk menetap di Deoband untuk mengaji. Tak lama kemudian, tiba-tiba salah seorang daripada mereka yakni Wan Muhammad Mustafa, berpindah ke Mazahir Uloom kerana ingin belajar hadith dengan Maulana Yunus Jaunpuri kerana waktu itu dia sudahpun berada di kelas atas, kelas Misykat kalau tak silap. Yang lain masih tinggal di Deoband. Akhirnya semua mereka meninggalkan Deoband dan berpindah ke Mazahir uloom. Mulai dari saat itu pelajar Malaysia mula bertapak di Mazahir Uloom. Kehadiran mereka di situlah asalnya menjadi penyebab saya sering ke Mazahir Uloom dan familiar dgn nama asatizah Mazahir Uloom termasuklah nama Maulana Yunus Jaunpuri.

Setelah mereka bertapak, ramai lagi yang datang, Hafiz (Penang), Kamurazaman (Penang), Razif (Kelantan), adik beradik Hafizi dan Afiq (KL) dan akhirnya Wan Muhammad Tohir (Pahang). Ada yang mengaji hafiz. Ada yang masuk tahun bawah. Ada yang terus masuk tahun atas. Mereka menyewa sebuah rumah kecuali Wan Muhammad Mustafa (Asmadi) menyewa bersendirian. Jika saya ke Saharanpur saya akan singgah di rumah mereka yang tinggal ramai-ramia itu. Bila selalu pergi lama-lama kami berkongsi masalah. Saya tidak pernah pergi pula ke rumah Wan Muhammad Mustafa.

Ketika Wan Muhammad Tohir datang kebanyakkan sahabat di Mazahir sibuk dgn pengajian masing-masing. Oleh kerana dia tidak ada asas Arabic dan Urdu maka sukarlah senior hendak menolong dan menentukan masa hadapan utknya. Kebetulan saya ke situ. Mendengar masalah yg dihadapi saya menjemput Wan Muhammad Tohir datang duduk dgn saya utk seketika di Deoband. Saya janji utk ajar Urdu yg merupakan faktor terbesar menghalang utk mengaji di madrasah yg menggunakan perantaraan Bahasa Urdu sebagai medium. Sambil bergurau saya katakan slps belajar Urdu dgn saya nanti bolehlah kalau tak nak belajar di India lagi pun. Tohir beruntung krn dari kecil sudah masuk kelas tahfiz di madrasah kubang Bujuk. 

Tidak sukar saya mengajarnya Urdu. Slps belajar dgn saya beliau kembali ke Mazahir Uloom. Tak lama kemudian beliau dtg lagi utk minta bljr bahasa Arab pula. Waktu itu masa saya amat terbatas kerana sudah naik tahun atas. Kerana tak sampai hati menolak saya izinkan beliau tinggal di bilik saya sehingga tamat mengaji apa yg saya rasa patut utk beliau boleh meneruskan pengajian dgn mudah. Kerana beliaulah saya tergerak utk mengarang sebuah nota tatabahasa Arab utk beliau baca sebagai ulangkaji di kala saya tak ada di bilik kerana ada kelas. Selepas tamat belajar beliau pulang ke Mazahir. Kerana hubungan dgn beliau kekerapan saya pergi ke Mazahir semakin bertambah.

Ketika Wan Muhammad Mustafa naik ke kelas Daurah Hadith beliau mendapat peluang merakamkan pengajian hadith Bukhari Maulana Yunus. Diceritakan pada mulanya Maulana tidak mengizinkan merakamkan pengajiannya. Nak jadikan cerita akhirnya Maulana Yunus mengizinkan juga beliau meletakkan recorder utk dirakamkan pengajian beliau itu. Alangkah bertuah rakaman waktu itu kerana suara Maulana masih gagah dan Maulana mengajar dgn penuh bersemangat. Selesai Daurah Wan Muhammad Mustafa pulang ke Malaysia.

Tahun 2001 tibalah giliran Hazim memasuki giliran Daurah Hadith. Beliau juga mendapat peluang merakamkan pengajian Bukhari Maulana Yunus. Malah Hazim mendapat peluang menjadi khadim Maulana Yunus di kala tiada kelas. Khadim kerjanya membantu Maulana di bilik beliau. Kadang-kadang tolong picit-picit badan. Saya sendiri berkesempatan melihat Hazim memicit badan Maulana yg lenguh-lenguh dek dimakan usia. Selesai daurah Hazim pulang ke Malaysia. 

Saya tidak ingat Abdul Fatah dan Abdul Salam bila masuk Daurah. Adakah bersama Hazim atau selepasnya atau sebelumnya. Yang saya ingat Abdul fatah satu-satunya yang menyambung pengajian “Takhasus Hadith” di Mazahir selepas tamat daurah. Tahun berikutnya Hafiz dan Kamaruzaman masuk daurah. Beliau juga ada membuat rakaman pengajian Bukhari Maulana Yunus. Waktu itu rakaman menggunakan kaset. Satu tahun pengajian Bukhari memakan hampir tiga ratus buah kaset. Hafiz dan Kamaruzaman juga pulang selepas Daurah hadith.

Wan Muhammad Tohir, Hafizi dan Afiq tidak dapat meneruskan pengajian di India kerana masalah visa yang meruncing. Dua beradik itu mengaji hafiz. Tohir baru masuk kelas bawah dalam tahun dua atau tiga. Akhirnya Tohir ke Yaman. Selepas Yaman beliau cuba memasuki India tetapi tidak berjaya. Akhirnya pengajian beliau berakhir di Pakistan. Hafizi dan Afiq menyambung pengajian di Madrasah Seri Petaling.

Kebanyakan lepasan Mazahir yang merupakan anak murid Maulana Yunus pulang menjadi tenaga pengajar. Wan Muhammad Mustafa dan Abdul fatah mengajar di pejabat-pejabat di sekitar Kuala Lumpur. Abdul fatah kemudiannya pulang berkidmat di kampungnya di Johor. Wan Muhammad Mustafa khabarnya ada kelas khusus di rumahnya di USJ. Khabarnya dia juga punyai markaz di Behrang. Razif dan Hazim pulang mengajar di Madrasah Seri Petaling. Hazim masih kekal di Seri Petaling. Razif khabarnya bersama Wan Muhammad Mustafa di Behrang. Abdul Salam mengajar di sekolah Abim di Kajang. Hafiz dan Kamurazaman mengajar di madarasah di Penang. Hafizi dan Afiq mengajar di madrasah di Selangor. Tohir mengajar di madrasah di Shah Alam . Hazim juga kawin dengan kakak Tohir. Mereka jadi ipar.

Saya orang yang terakhir keluar dari India setelah 15 tahun berada di sana. Bila saya pulang saya mencari kaset-kaset rakaman Bukhari yang dirakamkan dahulu. Semuanya agak terabai. Saya mengambilnya daripada Hazim dan Hafiz utk menjaganya. Saya tukarkan kaset-kaset itu kepada mp3. Daripada tahun 2004 hinggalah sekarang saya tidak jemu-jemu mendengar kuliah bukhari Maulana Yunus. Hampir setiap hari saya mendengarnya. Mungkin sayalah orang paling lama mendengar kuliah Maulana di atas muka bumi ini!!!!. Kuliah hadith Bukhari tahun 2001 dan 2002. Malangnya saya tidak berjaya mendapatkan rakaman yg dibuat oleh Wan Muhammad Mustafa. Pada tahun 2009 saya ke India dan memberikan satu salinan mp3 kepada khadim Maulana Yunus di sana dengan harapan mereka boleh membuat kitab kerana di India tenaganya ramai dan mereka punyai waktu yang menyokong kerja-kerja utk mengarang.

Ketika hayat Maulana saya cuba juga upload kuliah Bukhari Maulana di alam maya tetapi mendapat reaksi pro dan kontra dari pelbagai pihak. Akhirnya saya tawaquf daripada berbuat demikian. Bila Maulana pergi pelbagai pihak menulis tentang Maulana. Pelbagai pihak menerbitkan kenang-kenangan dengan Maulana. Ada yang berbentuk artikel. Ada yang berbentuk gambar. Ada yang berbentuk audio. Ada yang berbentuk video. Semua dapat disaksikan di alam maya. Tidak ada lagi yang dapat menyangkal penghormatan kepada Maulana. Malah Maulana semakin dikenali. Mutiara bumi India yang jarang orang mengetahuinya melainkan pencinta-pencinta ilmu. Tidak kira aliran apa orang itu. 

Masing-masing menghirup buah fikiran Maulana mengikut darjah kefahaman masing-masing. Saya juga tidak dapat menahan daripada memberikan penghormatan kepada Maulana. Saya mahu berkhidmat kepada Maulana wlpn saya bukanlah anak murid Maulana yang mengaji terus dgn Maulana. Saya hanya sempat bertemu Maulana semasa hayatnya dan meminta satu dua nasihat utk diamalkan. Alhamdulillah, nasihat Maulana itu saya amalkan sehingga ke hari ini. Antaranya nasihat supaya selalu mendampingi kitab Fathul Bari!!! Hari ini saya telah memuatnaikan semua kuliah Bukhari Maulana dalam bentuk mp3. Saya meminta Hamizi melakukannya. Semoga ia menjadi amal jariah buat Maulana dan saya juga.

(Semua nama yang disebut di atas tanpa gelaran Maulana atau Ustaz krn mempertimbangkan cerita dahulu ketika alam belajar)

No comments:

Post a Comment