Monday, February 23, 2015

MALAM MARKAZ (SABGUZARI)

Kata Almarhum Maulana Innamul Hassan RAH, "Hadir malam sabguzari umpama biji tasbih yg paling besar (pangkal)... Tanpanya, biji-biji tasbih yg lain tidak boleh disatukan..

Begitulah iktikaf di malam sabguzari. Semua amalan2 lain dlm kerja tabligh yg dibuat di mohalla, tidak akan dpt disempurnakan jika tidak disambungkan dgn amalan di tempat sabguzari (markaz)." Pergi ke markaz bukan utk kumpulkan karkun (rakan seusaha) ttp ia adalah utk himpunkan seluruh kerja yg telah dibuat di mohalla kita dalam seminggu. Utk itu, hadir malam sabguzari, sebaiknya dgn ahli jemaah dari mohalla kita sendiri. Bergerak dan hadir secara satu mohalla. Bukan sendiri-sendiri.

Maksud hadir malam sabguzari juga bukan utk dengar bayan semata-mata. Tetapi untuk sambut takazar yg dibentang di markaz. Kerana itu penting utk hadir secara "jemaah masjid" supaya takazar senang dibentang dan disambut. Hanya org yg terlibat dgn amalan 5 amal masjid yg digalakkan hadir ke mlm sabguzari. Yg belum terlibat dgn kerja 5 amal, sebaiknya bawa mereka kpd amalan 5 amal masjid terlebih dahulu supaya mereka faham apa yg dibayan dan ditasykil di markaz.

Untuk itu, tertibkan diri supaya iktikaf di mlm sabguzari. Bukan sekadar hadir dan balik (istrikaf). Kerana mlm sabguzari adalah malam "dakwah dan doa". Ia dianggap sbg mlm utk "re-charge" rohaniyyat kita dlm seminggu. Apatah lagi bila mlm sabguzari kita adalah malam Jumaat. Mlm yg afdhal utk berdoa dan bermunajat. Ia juga ada hubungan rohaniyyat dgn amalan malam sabguzari di Nizamudin, Raiwind dan Kakrail. Markaz-markaz besar dunia ini ada hubungan rohaniyyat yg tinggi dgn Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi.

Dan jangan lupa utk bawa 2 alas...Iaitu alas makan @ saprah (beserta isinya utk makan 2 orang) dan alas tidur (bedding). Jika tidak, kita hanya akan beri 2 alasan...iaitu alasan tak mau datang dan alasan tak mau iktikaf.

No comments:

Post a Comment