Maulana Saad bagi muzakarah untuk memahami 6 sifat sahabat adalah dengan tanda-tanda:
1). Laailaahaillallah Muhamadurrosulullah adalah Ikrarnya seorang Hamba dengan Laailaahaillallah Muhamadurrosulullah akan menghilangkan penyakit syirik, khurafat dan bid’ah. Tanda-tanda Laailaahaillallah Muhamadurrosulullah menjadi sifat seorang hamba semakin hari semakin cinta kepada kampung akhirat. Apabila dunianya bertambah tak merasa bahagia. Apabila dunianya berkurang tidak merasa sedih.
2). Solat khusyu’ wal khudlu’ adalah tanda penghambaan seorang hamba dengan Solat khusyu’ wal khudlu’ akan menghilangkan penyakit fahsya dan munkar. Tanda-tanda Solat khusyu’ wal khudlu’ menjadi sifat seorang hamba semakin hari seluruh anggota tubuhnya semakin takut bermaksiat kepada Allah. Apabila ada masalah diselesaikan dengan solat.
3). Ilmu ma’a zikir adalah tata cara hidup dan perasaan seorang hamba dengan Ilmu ma’a zikir akan menghilangkan penyakit kejahilan, kebodohan dan lalai. Tanda-tanda Ilmu ma’a zikir menjadi sifat seorang hamba semakin hari semakin takut dan harap kepada Allah. Sedikit tertawa, banyak menangis.
4). Ikromul Muslimin adalah pakaian kemuliaan seorang hamba dengan Ikromul Muslimin akan menghilangkan penyakit perpecahan ummat. Tanda-tanda Ikromul Muslimin menjadi sifat seorang hamba semakin hari semakin ingin membantu saudaranya. Musuh menjadi teman dan doa atas hidayah.
5). Tashihun niat adalah hakikat seorang hamba dengan Tashihun niat akan menghilangkan penyakit riya dan sum’ah. Tanda-tanda Tashihun niat menjadi sifat seorang hamba semakin hari semakin istiqamah dalam beramal. Apabila dipuji tidak merasa bangga. Apabila dicaci tidak merasa sakit hati.
6). Dakwah dan tabligh khuruj fii sabilillah adalah sarana tarbiyah ummat untuk mendapatkan sifat-sifat yang dikehendaki oleh Allah secara bertahap-tahap dengan Da’wah dan tabligh khuruj fii sabilillah akan menghilangkan penyakit kesalah fahaman bahawa harta dan diri kita bukanlah milik kita tetapi sudah diganti Allah dengan surga. Tanda-tanda Da’wah dan tabligh khuruj fii sabilillah menjadi sifat seorang hamba 4 bulan setiap tahun, 10 hari setiap bulan dan 8 jam setiap hari.
Apabila semua belum bisa kita amalkan maka dudukkan diri dalam usul-usul dakwah dan azaz dakwah. Hasil dari semua itu adalah sifat dai.
TANDA-TANDA 6 SIFAT SAHABAT MENJADI SIFAT SESEORANG:
1). Semakin hari semakin cinta kepada kampung akhirat, datangnya dunia tak membuatnya senang dan perginya dunia tak membuatnya sedih.
2). Semakin hari seluruh anggota badannya terjauh dari bermaksiat kepada Allah serta seluruh permasalahannya diselesaikan dengan solat.
3). Semakin hari semakin takut dan harap kepada Allah, sedikit tertawa, banyak menangis.
4). Semakin hari semakin ingin menolong saudaranya, lawan jadi kawan, banyak-banyak doa hidayah.
5). Semakin hari semakin istiqamah beramal, tak gembira ketika dipuji, tak marah ketika dicaci.
6). Siap berangkat 4 bulan tiap tahun, 10 hari setiap bulan, 8 jam setiap hari.
(Muzakarah Maulana Sa’ad)
No comments:
Post a Comment