Rasulullah saw bersabda, “Dunia adalah kesenangan sementara Dan sebaik-baik kesenangan adalah wanita (istri) yang solehah."(HR Muslim).
Wanita solehah adalah pilihan Allah di dunia ini. Sifat-sifat mereka telah dipuji oleh Allah di dalam firman-Nya, “Sesungguhnya lelaki dan wanita yang muslim, lelaki dan wanita yang mukmin, lelaki dan wanita yang taat, lelaki dan wanita yang jujur, lelaki dan wanita yang sabar, lelaki dan wanita yang khusyu, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanita yang berpuasa, lelaki dan wanita yang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (QS Al Ahzab:35).
Rasulullah saw bersabda, “Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik di antara kalian akan memasuki syurga sebelum orang yang terbaik di kalangan lelaki. Mereka akan mandi dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suaminya di atas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil. Mereka seperti batu permata yang berkilauan.” (Abu Syeikh)
Wanita solehah adalah anugerah yang luar biasa dari Allah. Rasulullah saw bersabda, “Di antara kebahagiaan anak Adam, terdapat di dalam 3 hal, yaitu wanita yang solehah, rumah yang baik dan kendaraan yang baik.” (HR Ahmad).
Sabda beliau yang lainnya, “Barangsiapa diberi rezeki oleh Allah seorang wanita yang solehah, maka Allah telah menolong separuh imannya. Kerananya bertaqwalah kepada Allah untuk separuh yang lainnya.” (HR Tabrani).
Demikian mulianya seorang wanita solehah, sehingga Abu Sulaiman Ad Darani rah.a. berpendapat, “Istri yang solehah bukan termasuk dunia, kerana istri itu menjadikanmu tempat (beramal demi) akhirat.” Dan Muhammad bin Kaab berkata mengenai firman Allah, “Wahai Rabb kami, berikanlah kami kebaikan di dunia.” (QS Al Baqarah: 201), bahawa yang dimaksud itu adalah istri yang solehah.
Imam Dailami rah.a. meriwayatkan bahawa wanita solehah akan disebut-sebut oleh ahli langit sebagai syahidah dan mereka memang sangat dirindukan oleh penduduk bumi dan langit, bahkan ikan-ikan di lautan pun dengan senang hati mendoakan rahmat dan maghfirah/ampunan bagi mereka.
Sumber: Buku Fadhilah Wanita Shalehah, terbitan AshShaff.
No comments:
Post a Comment