Thursday, January 3, 2013

INI BUKTINYA KALAU NABI KHIDIR AS MASIH HIDUP!

Hadits-hadits yang menerangkan bahawa Nabi Khidhir masih hidup adalah: 

1). Ad-Daraqathni riwayat dari Ibnu Abbas, “Nabi Khidhir dan Nabi Ilyas bertemu setiap tahun saat musim haji dan mereka berdua saling mencukur (tahallul) kepala satu sama yang lain.” Ibnu Hajar mengatakan sanadnya lemah. Sementara riwayat Ahmad dalam az-Zuhd dan ath-Thabarani dengan penambahan “Mereka berdua berpuasa Ramadhan di Baitul Maqdis.” Ibnu Hajar mengatakan sanadnya hasan.

2). Musnad Abu Usamah, “Nabi Khidhir di lautan dan Nabi Ilyas di daratan, mereka bertemu tiap malam di samping tembok yang dibuat Zul Qarnain.” (Lihat Syawahid al-Haq hlm. 200 tentang 4 hadits yang dibawakan Ibnul Jauzi.)

Al-Hafizh al-Munawi mengatakan bahawa hadits tentang ini dhaif, akan tetapi menjadi kuat (hasan) kerana banyaknya riwayat dengan lafazh yang berbeda-beda termasuk dalam al-Mustadrak. Dan kesimpulannya hadits-hadits di atas adalah hasan atau shahih bukan lagi dhaif. (Faidh al-Qadir juz 3 hlm. 618-619.)

Syeikh Yusuf an-Nabhani mengatakan, “Keterangan bahawa Nabi Khidhir masih hidup adalah sudah menjadi ketetapan para wali dan didukung oleh para ahli fiqh, ahli ushul dan hampir mayoritas ahli hadits, begitulah yang dikatakan oleh Syeikh Abu Amr bin ash-Shalah yang dinukil oleh an-Nawawi dan menyetujuinya.” (Syawahid al-Haq hlm. 198-200.)

Beliau menambahkan, sejumlah masyayikh besar bahkan tak terhitung jumlahnya, ada yang pernah berkumpul satu majelis dengan Nabi Khidhir. Izzuddin bin Abdissalam saat ditanya apakah Nabi Khidhir masih hidup, beliau mengatakan: “Demi Allah, tujuh puluh para shiddiqin mengabarkan bahawa mereka melihat Nabi Khidhir dengan mata kepala mereka.”

Masih kata beliau (Yusuf an-Nabhani): “Demi Allah, telah mengabarkan kepadaku tidak hanya satu waliyullah, bahawa mereka pernah berkumpul dengan Nabi Khidhir. Bahkan demi Allah, para auliya mengabarkan kepadaku bahawa aku pernah berkumpul satu majelis dengan Nabi Khidhir dan bertanya sesuatu kepadaku dan aku menjawabnya, namun aku tidak mengenalnya kerana orang yang dapat mengenalnya hanyalah orang yang mempunyai nur (cahaya keimanan). Keterangan ini disampaikan kerana Ibnul Jauzi ingkar terhadap masih hidupnya Nabi Khidhir serta menyelisih keterangan para wali yang shiddiqin. 

Menurut al-Yafii, keterangan yang diberikan Ibnul Jauzi dengan menyampaikan hadits-hadits tentang masih hidupnya Nabi Khidhir adalah saling bertentangan. Beliau ingkar tapi anehnya juga meriwayatkan 4 hadits muttashil yang menerangkan tentang masih hidupnya Nabi Khidhir (Ibid. hlm. 200 dan Fatawi Haditsiyyah hlm. 218.)

Di antara ulama yang mengatakan Nabi Hidhir masih hidup adalah: 

1. As-Suyuthi dalam Khashaish
2. Wahb bin al-Munabbih dalam al-Mubtada
3. Al-Khazin dalam tafsirnya
4. An-Nawawi
5. Ibnu Hajar al-Haitami dalam Fatawi Haditsiyyah
6. Al-Hafizh Ibnu Hajar 
7. Ash-Shafuri dalam Nuzhatul Majalis
8. Imam Nawawi Banten dalam Nur azh-Zhalam. Beliau mengatakan masalah Nabi Khidhir masih hidup diperselisihkan ulama namun pendapat yang boleh dipegang adalah Nabi Khidhir masih hidup.
9. Dan lain-lain.

Bukti bahawa Nabi Khidhir masih hidup adalah:

1). Sayyidina Ali yang melihat Nabi Khidhir berada di Kabah. (Inayatul Muftaqir hlm. 52.)

2). Al-Mursyi, murid Syeikh Abul Hasan asy-Syazili mengatakan, “Nabi Khidhir masih hidup dan aku benar-benar telah bersalaman dengan tanganku ini. Pernah suatu hari Nabi Khidhir As. mendatangiku dan beliau mengenalkan diri dan aku minta supaya diberi tahu tentang arwah-arwah orang muslim, apakah disiksa atau diberi nikmat? Andai datang kepadaku seribu ahli fikih dan mendebatku bahawa Nabi Khidhir telah wafat, maka aku tidak akan mengikuti pendapat mereka.” (Al-Madrasah asy-Syaziliyyah hlm. 186).

3.) Abul Hasan asy-Syazili yang bertemu Nabi Khidhir di padang Aizab. (An-Nafahat asy-Syaziliyyah hlm. 280.)

4). Umar bin Sinan mengatakan, “Kami berpapasan dengan Ibrahim al-Khawwash, aku berkata kepadanya, “Ceritakanlah kepada kami hal yang paling menakjubkan yang engkau lihat dalam perjalananmu!” Ibrahim menjawab, “Aku bertemu dengan Nabi Khidhir as dan minta untuk menemaniku dalam perjalanan, lalu aku khawatir malah merusak sifat tawakalku (kepada Allah) dengan merasa nyaman bersama dia, maka kemudian aku berpisah dengannya.” (Risalah al-Qusyairiyyah hlm. 166.)

5. Bisyr al-Hafi menceritakan, “Aku mendengar Bilal al-Khawwash berkata, “Satu waktu aku berada di Padang Tih Bani Israil. Tiba-tiba seorang laki-laki menemaniku berjalan dan aku keheranan. Kemudian aku diberi ilham oleh Allah bahawa laki-laki tersebut adalah Nabi Khidhir as. Kemudian aku bertanya kepada laki-laki tesebut, “Demi kebenaran Allah yang haq siapakah saudara?” Laki-laki tersebut menjawab, “Aku saudaramu, Khidhir.” Lalu aku katakan, “Aku bermaksud bertanya kepadamu?” “Bertanyalah!” jawab Khidhir. Lalu Bilal bertanya, “Bagaimana pendapat engkau tentang asy-Syafie rah?” Khidhir menjawab, “Dia laki-laki yang shiddiq.” (Ibid. hlm. 405.)

Lebih lengkapnya baca Inayatul Muftaqir karangan Syeikh Muhammad Mahfuzh Termas yang telah dikaji ulang oleh Syeikh KH. Maimun Zubair Sarang, sebuah kitab yang membicarakan tentang Nabi Khidhir secara lengkap yang dinukil dari kitab al-Ishabah karya al-Hafizh Ibnu Hajar.

No comments:

Post a Comment