Friday, January 15, 2010

AKU DI SINI BERSYUKUR

Bila difikirkan kembali, diantara semua bangsa yang ada di dunia ini. Saya bersyukur dan merasa bangga dilahirkan sebagai seorang yang berbangsa Melayu. Langsung tiada rasa penyesalan dan persoalan di dalam diri ini mengapa saya lahir dalam bangsa Melayu. Malah saya pernah berdoa kepada Allah dengan ucapan “Ya Allah terima kasih kerana memilih aku untuk menjadi ummat melayu, Kerana sesungguhnya Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu”. 

Melayu punyai banyak Khazanah terutamanya dari segi Ilmu, kalau korang rajin gali dan baca sejarah Melayu, Masyallah akan wujud satu rasa takjub, satu perasaan yang 'Tak sangka" kalian akan terkejut banyak kali setiap kali kalian menjumpai sesuatu kehebatan mengenai Melayu. Semakin banyak sejarah yang kita tahu semakin timbul lagi rasa ingin tahu kehidupan dan kehebatan nenek moyang kita dulu. 

Kepulauan Melayu ni menjadi tumpuan dan angan-angan negara luar suatu ketika dahulu untuk menguasai Tanah ini bermula dari Sepanyol, Belanda, British dan Jepun. Beribu tahun dahulu kita menjadi pusat emas dan bijih besi. Di Kedah Tua ada kilang pengeluaran besi secara import. Di negeri pantai timur menjadi lubuk emas yang menjadi tumpuan serara dunia untuk datang ke Semenanjung Emas. 

Kita kaya dengan budaya, kaya dengan warisan dan kesenian, kaya dengan hasil bumi, kaya dengan manuskrip keilmuan yang berbagai cabang ilmu. Kita kaya dengan sumber minyak, kaya dengan kayu berkualiti, kaya dengan sumber getah dan timah, kaya dengan rempah ratus, kaya dengan tumbuhan, kaya dengan bahan wangian, kaya dengan ukiran, kaya dengan ilmu pertukanganan dan kaya dengan ilmu falak, kaya dengan Waliyullah dan Ulama Haq, kaya dengan Ilmu Hikmah, Ilmu Perubatan serta berbagai lagi. 

Allah benar-benar telah memberkati dan merahmati bangsa dan Kepulauan Melayu. Allah naikkan darjat bangsa kita dengan Tauhid Nabi Ibrahim a.s dan Syariat Nabi Muhammad S.A.W. Saya boleh katakan bermula Nabi Ibrahim, Nabi Yusof, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Raja Iskandar Zulkarnain, Nabi Muhammad, Nabi Khidir, Imam Mahdi, semuanya mempunyai kaitan bila masuk bab Kepulauan Melayu dan Bangsa Melayu. 

Apakah kalian meragui saya? Jika kalian meragui mulakan pencarian, penelitian, pembacaan, penggalian dan pemerhatian, kepada siapa itu Melayu? Apa itu Melayu? Dimana asal usul Melayu dan mengapa Melayu. Allah telah takdirkan bangsa Melayu mempunyai sejarah perabadan dan tamadun yang luar biasa dan insyaAllah kebangkitan akhir zaman akan datang dari Bangsa Melayu! 

Ketahuilah wahai saudaraku. Bahawasanya umat Melayu tidak akan sesekali ghaib daripada muka bumi ini (Kecuali telah sampai hari kiamat) yang Allah telah takdirkan gunung, dataran, sungai, kuala, selat dan lautan untuknya. Semuanya akan diwariskan Allah kepada raja yang adil lagi saksama dan pembesar yang mukmin dan mukminat untuk memerintah. 

Maka Allah mengurniakan rahmat dan berkat daripada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan semua penduduk bumi dan langit mendoakan kesejahteraan bagi segenap isi negeri. 

*Mungkin sesetengah orang anggap saya terlalu taksub pada Melayu dan berlebihan , Tapi bagi rakan sepejuangan samada yang saya kenal atau tidak, yang suka mengkaji Melayu mereka pasti akan bersetuju dengan apa yang saya katakan.

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia Selagi Berpegang Pada Agama Islam”

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment