Kalau cabut keris, jangan cabut separuh, kena cabut habis dari sarung. kalau di depan ada musuh, baliknya keris mesti berdarah, jangan kosong sebab di situlah semangat senjata. Kalau cabut keris separuh ianya ibarat kita teragak-agak jika di depan musuh kelak. Kita akan teragak-agak untuk mencabutnya dan menumpaskan musuh.
Begitulah adab berkeris orang Melayu. Keris bukanlah sesuatu untuk di buat main main, bukan untuk di buat gempar atau sekadar mengacah. Sekali sudah keluar, pastikan baliknya bersama darah. Jika tidak mahu digunakan, jangan dibuka kecuali untuk dimandikan sahaja.
Orang dulu tak buka keris sesuka hati sampailah bila ia di perlukan. Keris bukan untuk ditunjuk-tunjuk, bukan untuk ditayang dan bukan untuk dipertonton sesuka hati untuk bermegah dengan keris yang kita ada.
Zaman dahulu Keris hanya dimandikan setelah ia pulang bersama darah bagi menggelakkan ia berkarat dan matanya rosak serta mengasapkan dengan kemenyan untuk hilangkan bau hanyir darah.
Namun zaman dahulu tidaklah sama dengan zaman sekarang kerana dahulu adalah zaman perang. Tapi seeloknya kita kekalkanlah adab berkeris yang diwariskan tok nenek moyang kita. Kerana ianya bukanlah sekadar senjata tapi adalah senjata warisan bangsa Melayu yang penuh beradab dalam segala hal.
Namun jika dalam urusan jualbeli tidaklah mengapa sebab kalau tak bukak keris macam mana kita nak tengok bilah keris tu kan. Jadi lepasni kalau nak buka keris, tarik keris tu keluar habis dari sarung. Kita kekalkan adab keris ni sehingga ratusan atau ribuan tahun hadapan.
Burung Helang Senjata Diparuh,
Terbang Tinggi Ke Tanah Seberang,
Pantang Keris Dicabut Separuh,
Pantah Mengalah DiMedan Perang.
Info tambahan, cuba perhatikan hulu keris di dalam gambar di atas, ianya menghala kehadapan, itu bermakna mereka dalam keadaan sedia untuk bertarung ataupun sedang berhadapan dengan musuh (Mungkin yang mengambil gambar ini adalah penjajah Belanda, sebab itulah hulu keris mereka balikkan kehadapan). Jika menghadap Sultan ataupun para pembesar istana hulunya dibalikkan ke arah belakang. Begitulah adab berkeris Melayu.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment