Tuesday, January 3, 2012

AMALAN AGAR AWET MUDA DAN BERCAHAYA


Jampi Roh Wujud Nur Kalimah (JRWNK). Inilah bacaannya “BISMILLAHHIRRAHMAN NIRRAHIM, WAL ‘ASRI MINAN NUR, WAL ‘ASRI MINAN NUR, WAL ‘ASRI MINAN NUR, ROH WUJUD BADAN NYAWA, DARAH DAGING TULANG KULIT, PULANG SEGALA ANGGOTA WUJUD AKU, PULANG SEDIAKALA, BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH”. 

Kalimah “Wal Asri Minan Nur” kalau diterjemahkan bermaksud “Dan Sesungguhnya masa itu adalah dpd cahaya”. 

Cara amalannya 

(1). Amalkan semasa mengambil wudhuk iaitu semasa mengusap2 rambut sebanyak 3x menggunakan air wudhuk, bacakan kalimah ini “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, WAL ‘ASRI MINAN NUR, WAL ‘ASRI MINAN NUR, WAL ‘ASRI MINAN NUR”. Maknanya 1x ucapan kalimah itu adalah 1x usapan rambut. Amalkan setiap kali berwudhuk. 

(2). Bacakan semasa mandi pagi, semasa menggosok gigi, semasa mencuci muka, semasa berhias berbedak, menyikat rambut, berpakaian, semasa keluar rumah, semasa minum air, mandi hadas dan sebagainya. Baca Bismillah kemudian baca kalimah nya 3x spt tadi. 

(3). Amalkan bacaan lengkap JRWNK pada malam hari semasa berbaring di atas katil ingin tidur. Bacakan 1x tarik nafas dalam2 sehingga habis, tahan 2 saat, hembuskan perlahan2. Semasa menarik nafas tadi, makrifatkan di dalam hati dan fikiran bahawa seluruh jiwa dan raga, roh dan jasad menjadi muda semula, sembuh dari segala penyakit dan berseri bercahaya. Ulangi bacaan jampi itu sebanyak 3 kali dan 3 kali juga tarikan nafas. Kemudian barulah boleh bersedia utk tidur. 

Kesan amalan ialah 

(1). Akan menjadi awet muda selalu. Walaupun umur mungkin tua, paras rupa adalah jauh lebih muda. 

(2) Sukar dihinggapi penyakit, kalau sakit senang sembuh. 

(3). Wajah dan tubuh akan bercahaya di mata masyarakat kerana ini bukan saja sbg amalan awet muda tapi juga sbg ilmu pemanis atau pengasih juga. Kita akan disayangi dan dikasihi semua org. 

(4). Rambut akan lambat menjadi uban berkat beramal setiap kali berwudhuk. Misai dan janggut begitu juga, lambat beruban. 

(5). Deria dan pancaindera sukar menjadi lemah. Mata tak jadi rabun, pendengaran jelas, hidung masih tajam daya hidu dsb.


1 comment: