Pengampol adalah satu istilan bahasa melayu Sarawak bermaksud kekebalan (perlindungan), kekuatan dan kepantasan. Dlm amalan2 ilmu melayu lama, pengampol biasanya merujuk amalan kota badan atau pagar diri bertujuan utk menjaga diri, perlindungan, malah kekebalan. Kali ini doa ini khusus buat kaki pemain bola. Inilah bacaannya
“BISMILLAHHIRRAHMANNIR RAHIM, NASRUM MINALLAHI WA FAT-HUN QARIIB, DERAS SEPERTI ANGIN, PANTAS SEPERTI KILAT, KAKI SEBELAH KANANKU BESI KHARSANI, KAKI SEBELAH KIRIKU BESI MANALA, BERKAT AKU MEMAKAI PENGAMPOL KAKI, BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH”.
Ianya berupa doa berkias bahasa melayu lama atau dipanggil jampi. Cara melakukan amalan ini (pilih satu atau digabungkan).
(1). Ketika ingin bermain bola atau bersukan, bacakan doa tadi sebanyak 3x semasa ingin keluar rumah.
(2). Ketika mengurut2 kaki menggunakan minyak hangat, bacakan doa 3x pada minyak urut tersebut, barulah mengurut.
(3). Ketika mandi pagi atau petang, bacakan doa tadi 3x pada air mandian dan siramlah bahagian2 kaki terlebih dahulu barulah menyiram bahagian2 di atas badan (semasa mandi).
(4). Bada solat fardu, baca doa ini 3x. Dawamkan.
(5). Ketika minum air putih, baca doa 3x dan tiupkan pada air tersebut lalu diminum.
Kesan2 amalan ini adalah spt berikut.
(1). Tidak mudah cedera pada kaki semasa bermain bola contoh nya kejang otot, terseliuh, dll.
(2). Tidak mudah letih seolah2 tenaga semakin meningkat dari hari ke hari berkat amalan tadi.
(3). Kaki menjadi kuat, pantas dan lincah apb menggelecek, mempelajari gerak geri (skill) permainan bolasepak juga menjadi mudah malah mudah menjangka dan memahami skill org lain.
(4). Peningkatan tenaga, kepantasan dan kemahiran pada pengamalnya dlm selok belok bolasepak.
No comments:
Post a Comment