Tuesday, January 3, 2012

ILMU PENUNDUK


Khatamun Nubuwah. Terjemahan ke bahasa melayu bermaksud “Penutup Kenabian”. Ia ditujukan merujuk kpd Nabi Muhammad saw yg merupakan Nabi terakhir dari segala nabi2 sebelum Baginda. Ada terdapat kitab2 karangan ulama2 terdahulu berkaitan dgn itu dan mempunyai 1001 khasiat di dlmnya. 

Ianya boleh diamalkan sbg perlindungan diri, rezeki, pendinding sihir dll. Dlm amalan ilmu kebatinan melayu, ada amalan yg dinamakan Ilmu Panca Murni, Kurus Khatamin Nubuwah dan lain2 gelaran mengikut perguruan. Kunci amalannya adalah ayat Khatamun Nubuwah. Kali ini digunakan utk tujuan penunduk. Penunduk di sini luas takrifnya baik utk kewibawaan, kemuliaan, melembutkan hati manusia, menyejukkan amarah, pelemah musuh, menundukkan org yg zalim dsb. Bacaannya berbunyi begini 

“BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, ALLAHU WAHDAHULA SYARIKALAH, MUHAMMADAN ABDUHU WA RASULUH, TA WAJHA HAITU SYI’TA FA INNAKA MANSHUR” (Allah, Tuhan yang Maha Esa, yg tiada sekutu bagiNya, Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya, ke mana saja engkau hadapkan, maka engkau tetap dibantu). 

Cara mengamalkannya. Amalkanlah pada masa2 yg sesuai spt semasa ingin keluar rumah, semasa ingin bertemu seseorang yg berpengaruh, semasa ingin memberi ucapan, semasa ingin mengajar dan seumpamanya. 

Caranya begini 

(1). Bacakan 1x kemudian gunakan kuku ibu jari kanan utk membuat garisan di sepanjang kedua-dua bulu kening bermula dari hujung luarkening kiri sehingga ke hujung luar kening sebelah kanan sambil makrifatkan ayat tersebut tertulis di situ tadi. 

(2). Bacakan 1x lagi dan lakukan perkara yg sama namun digariskan (mengguna kan kuku ibu jari kanan) ke dada pula, kiri ke kanan sambil memakrifatkan nya. 

(3). Bacakan 1x lagi dan lakukan juga perkara yg sama namun digariskan menggunakan kuku ibu jari kanan ke sebelah depan bahu kanan pula dari kiri ke kanan juga sambil memakrifatkannya. 

(4). Baca 1x lagi dan lakukan perkara yg sama namun digariskan menggunakan kuku ibu jari kanan ke sebelah depan bahu kiri pula (kiri ke kanan juga) sambil memakrifatkannya. Begitulah caranya, amalkanlah selalu sehingga sebati dan makbul dgn diri kita. Amalan ini tiada pantang larangnya.


No comments:

Post a Comment