Tuesday, January 3, 2012

ILMU TEMPUR PARANG TERBANG (ITPT)


Parang Terbang selalu dikaitkan dgn penentangan terhadap parti Komunis semasa zaman darurat di Tanah Melayu iaitu setelah kekalahan Jepun, parti komunis cuba mengambil alih. Disitulah berlakunya kebangkitan pahlawan2 melayu dlm menentang kekejaman komunis yg lengkap bersenjata. Tentera Sabil, Kumpulan Parang Terbang, Angkatan Selempang Merah dan Panglima Kyai Salleh sering disebut2 terkait perkara ini. Sehingga kini masih lagi terdapat perguruan2 dan org2 perseorangan yg mewariskan amalan ini. Berbeza2 versinya kerana berbeza2 sanad, nasab atau pewaris asalnya dari mana ilmu itu diterima seterusnya utk diwariskan. 

Namun masih mengekalkan amalan yg sama pada “kunci amalan” ilmu tersebut. Kalau di Tanah Melayu, Kumpulan Parang Terbang selalu dikaitkan dgn Panglima Kiyai Salleh di Batu Pahat, Johor. Di seberang di Indonesia pula selalu dikaitkan dgn Panglima Adul, Haji Saman dan lain2 di Kuala Tungkal, Jambi. Tidak seperti di Tanah Melayu di mana musuh adalah pihak komunis, di Kuala Tungkal pula tentera Belanda menjadi musuh. Semoga roh2 mereka yg gugur di jln Allah dicucuri rahmat dan menjadi pengajaran kpd generasi2 muda selepas mereka. Ini bukanlah amalan biasa melainkan sejenis amalan berat termasuk dlm kategori ilmu2 ruhaniyah (batin makrifat). Semakin menguasai semakin besar lah dugaannya. 

Dua bahagian penerangan ilmu ini iaitu Fasa Pengisisan dan Fasa Penggunaan. Fasa Pengisian terbahagi kpd 4 tahap sementara Fasa Penggunaan terbahagi kpd 2 jalan atau cara iaitu secara bersemuka (dikenali sbg Parang Panjang) dan secara tidak bersemuka (dikenali Parang Pendek). Fasa Pengisian terbahagi kpd 4 tahap dan setiap tahap terdapat amalan2 tertentu yg harus dilakukan bersama dgn bacaan wirid. Empat tahap tersebut adalah spt berikut. Tahap 1-Gerak Zahir, tahap 2-Olah Nafas, tahap 3-Isim Ruhaniyah, tahap 4-Isim Keramat. 

TAHAP 1: GERAK ZAHIR. Setiap manusia dilahirkan memilikki 3 tenaga asal dlm diri sendiri. Itulah yg sebenarnya dipanggil Tenaga2 Dalaman. Segala kemampuan kemahiran atau skill yg dikuasai akan terlihat hasilnya nanti terpulang pada tahap mana dimajukan tenaga2 tersebut tadi. Dalaman manusia itu sendiri. Pada tahap pertama ini pengamal belum lagi mempunyai kemahiran utk memajukan tenaga2 lain yg ada pada dirinya. Kerana itu kemampuan dan pencapaian hanya menumpu terhadap “zahir yg nyata”. Itulah yg dimaksudkan dgn Tahap 1: Gerakan Zahir tadi. Walaupun begitu, berkat amalan dan cara yg istiqamah, maka terjadi juga sesuatu terhadap penagamalnya. Diantaranya adalah spt berikut. 

(1). Wibawa pengamalnya akan meningkat di mata masyarakat. Dihormati oleh org2 di sekeliling. Tutur katanya didengar dan mudah diterima. Terserlah aura seorang pemimpin pada dirinya bagi yg memandang. 

(2). Wajah dan tubuh badan pengamalnya akan bercahaya di mata masyarakat. Tenang dan sejuk hati apb memandang, mudah disenangi. Setiap org akan merasa senang apb berdekatan. 

(3). Tertolak oleh Allah segala kemudaratan dan musibah berkat wirid yg diamalkan olehnya. Amalannya menjadi seakan pakaian bagi dirinya dari sesuatu yg memudaratkan. 

(4). Rezekinya lancar dan mudah. Ada saja rezeki2 yg datang tidak disangka2 baik yg nampak atau ghaib. 

(5). Menjadi rajin, ringan tulang, ringan langkah dlm melakukan apa2 kerja atau perkara fizikal yg berfaedah baik utk dirinya atau org lain. 

(6). Menjadi rajin dan bertahan lama pula dlm sesuatu pekerjaan yg melibatkan akal fikiran. Mudah menyelesaikan sesuatu yg rumit. Menjadi lebih pintar secara umumnya. Mudah mentafsir sesuatu keadaan atau perkara. 

(7). Mungkin umur telah meningkat namun tenaga tetap di situ (baik fizikal, fikiran atau batin), dalaman atau luaran. Tidak ketara bagi org2 di sekeliling namun amat terasa bagi pengamalnya. Ini adalah awalannya saja. 

TAHAP 2: OLAH NAFAS. Pada tahap ini, segala perkara yg berlaku di tahap pertama tetap juga di situ, malah dipertingkatkan lagi. Perubahan akan berlaku dari dalaman diri pengamal. Ia terkait dgn fokus tenaga yg mana lebih dimanipulasikan. Pada tahap pertama sebelumnya, pengamal masih berlegar2 pada zahir yg nyata sedang perubahan tetap juga berlaku (spt contoh2 yg disebutkan pada tahap pertama tadi). Ia terjadi kerana istiqamahnya beramal sehingga beransur2 terbangkit tenaga2 dalaman yg ada pada pengamal itu. Ia adalah zahir nafas dan roh (3 tenaga asal). 

Masing2nya mempunyai kemahiran atau skill, kelebihan dan kekurangan, boleh diperbaikki, diperkembangkan dan dimajukan, malah boleh dimanipulasikan satu2 atau gabungannya secara sengaja atau tidak sengaja (dlm keadaan2 tertentu). Peningkatan dan pembangkitan tenaga2 tadi akan berlaku secara beransur2. Ia menjadi semakin mudah sekiranya latihan2 khusus tertentu turut dilakukan. Di antara kesannya adalah fikiran menjadi tajam, tafsiran semakin halus, deria dan pancaindera menjadi bertambah peka, dapat merasa sensitiviti meningkat, gerak hati dan naluri menjadi tajam, mata hati akan terbuka secara beransur2. Jika pada tahap pertama tadi penggunaan tenaga zahir cenderung berlebihan, pada tahap kedua ini pula nafas (tenaga kedua) menjadi lebih menyerlah berbanding zahir (tenaga pertama). 

Apa sebenarnya nafas yg dimaksudkan? Zahir adalah sesuatu yg nampak nyata di mata dan boleh dibuktikan sedang roh adalah sesuatu yg tiada nampak jelas nyata di mata dan tidak boleh dibuktikan. Nafas terletak di antara kedua-duanya. Cuba bayangkan begini, kita melihat seseorang yg sdg bernafas, hampir tak ketara perbuatannya menarik dan menghembus, namun tetap ada tindakan itu, sedang udara yg merupakan unsur utama dlm tindakan bernafas tadi ialah sesuatu yg tidak nampak di mata. Tentu dipertikaikan kewujudannya pada mulanya sehinggalah dibuktikan oleh penemuan2 atau kajian2 yg dilakukan pada zaman2 selepas itu. Ringkasnya nafas tadi merujuk pada cara yg benar dan lebih berkesan dlm melakukan sesuatu agar pencapaian menjadi lebih baik lagi. Sesuatu yg baru akan terjadi pada pengamal sekiranya berjaya pada tahap kedua ini. 

Diantaranya adalah spt berikut. 

(1). Tubuh badan menjadi terasa ringan berbanding sebelumnya. Pergerakan dan langkah menjadi mudah dan pantas. Ia akan semakin ketara dari masa ke  semasa. 

(2). Mudah mengimbangi diri, keseimbangan dapat diolah kerana kita telah faham ada caranya, dgn itu berlaku penjimatan terhadap zahir akan sekadarnya digunakan dan tiada pergantungan spt sebelumnya. 

(3). Tindakbalas yg cepat baik dari segi pergerakan, langkah, kewaspadaan, kepekaan, gerak hati dll. Sedikit punberlaku perubahan di persekitaran sama ada baik atau buruk akan mudah diketahui. Tindak balas dan auto gerak pada tubuh badan semakin ketara pada tahap ini. 

(4). Emosi, fikiran, hati dan nafas menjadi tenang, tidak mudah panik atau terkejut. Sekiranya sesuatu mencemaskan berlaku, debaran2 pada jantung sukar berlaku. Akan berlaku namun terlebih dahulu dirasa dan diketahui. 

(5). Lanjutan dari kesemua di atas tadi, boleh berlaku sesuatu yg agak menarik pada diri sendiri. Contohnya spt berikut 

(a). Gerak langkah menjadi pantas, kurang meletihkan. 
(b). Mudah mempelajari gerak2 yg diajarkan di dlm silat (sekiranya melibatkan diri).
(c). Mudah mengapungkan diri di atas batang2 pokok yg hanyut. 
(d). Mudah memanjat dan terasa ringan. 
(e). Dahan2 di hujung2 pokok tidak mudah patah apb dijadikan tempat berpijak. 
(f). Kawalan keseimbangan menjadi lebih baik spt semasa membawa motorsikal, basikal, perahu dll. 
(g). Tempoh masa menyelesaikan sesuatu tugas menjadi singkat berbanding biasa. Serba dipermudahkan dan seumpamanya. Perkara2 di atas akan menjadi bertambah maju selepas itu.

TAHAP 3: ISIM RUHANIYAH: Merujuk tenaga ketiga dalaman pengamal iaitu roh. Pada tahap ini tumpuan akan beralih kpd kemahiran2 yg ada pada roh pengamalnya. Roh merupakan sesuatu yg tidak nampak, sukar dijelaskan dan rumit berbeza dgn zahir yg nyata. Seseorg yg ingin menguasai tahap ketiga ini harus dpt memanipuasi tenaga roh itu tadi melalui amalan dan latihan yg betul seterusnya meletakkan roh tadi lebih utama berbanding zahir dan nafas namun masih boleh kait mengaitkan antara kesemuanya sekadar yg perlu (secara berpatutan). Itulah peranan akal utk melakukannya dgn hati yg tenang. 

Pada tahap ini sesuatu akan terjadi susulan penyucian hati oleh amalan. Ia dipanggil mukasyafah dan musyahadah. Tersingkapnya kasyaf dan penyaksian zahir batin. Kepekaan akan bertambah yg berkaitan dgn hati. Hati adalah satu pancaindera yg selalu diabaikan oleh banyak buku yg bersifat sekularis. hati pengamalnya akan disuci bersihkan pada tahap ini. Dgn itu kewujudan tenaga roh tadi akan dirasai dan boleh dimajukan. Sekiranya berjaya pada tahap ketiga ini akan berlaku sesuatu pada pengamalnya. Diantaranya ialah 

(1). Apa jua yg berlaku pada tahap2 sebelumnya masih juga ada di situmalah dipertingkatkan lagi. Juga boleh diubah2 mengikut kesesuaian keadaan. 

(2). Musuh menjadi gerun apb melihat pengamalnya. Semangat musuh akan menjadi lemah dan boleh menjadi terbungkam seolah2 terpukau. Sekiranya musuh membawa senjata, senjatanya itu akan jatuh ke tanah dgn izin Allah. 

(3). Pergerakan pengamalnya menjadi sgt pantas di mata musuh hampir tidak kelihatan. Apalagi jika serangan dilakukan, musuh tidak akan mampu berbuat apa2 walaupun mungkin mengamalnya cuma bersenjatakan parang, keris atau lain2 senjata tajam (bukan senjata api). 

(4). Pandangan musuh menjadi tidak jelas. Pergerakan pengamalnya akan tidak terlihat jelas pada musuh tadi. Musuh akan keliru dan mudah utk dikalahkan. Pengamalnya boleh menjadi hilang pada pandangan mereka. 

(5). Boleh berlaku halusinasi dan khayalan di fikiran2 musuh dan khayalan tersebut boleh berbagai2. Contohnya spt pengamalnya kelihatan tinggi lampai setinggi pokok di pandangan musuh, boleh kelihatan spt gergasi pada musuh2, boleh kelihatan spt asap dan seumpamanya. Semuanya terjadi dgn izin Allah berkat amalannya tadi. Musuh akan bertambah gerun dan ketakutan akan menguasai minda mereka. 

(6). Musuh tidak dapat melihat wujud jasad pengamalnya (ghaib di pandangan mata). Apa yg terlihat cumalah senjata mereka sama ada parang, kering, tombak dll. Keadaan ini lah yg dipanggil “parang terbang” sedangkan apa yg terjadi adalah pengelihatan musuh telah ditutup dgn izinNya berkat amalan tadi. Sememangnya tidak logik pada pandangan manusia kerana roh itu sendiri tidak logik, tak dapat dibuktikan. 

TAHAP 4: ISIM KERAMAT: Pada tahap ini segala apa yg terjadi pada tahap2 sebelumnya masih tetap ada dlm diri pengamal malah dipertingkatkan lagi. Perkataan keramat wujud pada tahap ini. Pada tahap ini ia juga berkaitan dgn roh manusia yg menjadi 7 tingkat nafsu nafsi setelah ditiupkan ke dlm jasad manusia. Jika dikaji ttg nafsu manusia, perkataan karomah (keramat) ada pada tingkat ke 5 iaitu Nafsu Radhiah atau Roh Menerima/Redha. Pada tingkat itulah bermulanya karomah (tanda kemuliaan). 

Dlm soal amalan yg khusus ini (ITPT tahap 4) pula, ia boleh terjadi pada tingkat ini juga. Ia adalah karomah jenis yg dipelajari. Tidak mustahil asal saja pengamal mampu pencapainya (tingkat 5 roh manusia). Apalagi jika pancapaian roh meningkat sehingga ke tingkat 6, tentu penguasaan menjadi lebih mudah lagi. Itulah alasan ini boleh terjadi pada wali2 Allah. Pada tahap empat amalan ini akan terjadi sesuatu pada pengamalnya. 

(1). Apa yg berlaku pada tahap2 sebelumnya masih juga disitu malah dipertingkatkan lagi. 

(2). Pengamalnya akan mampu menyerang musuh pada jarak jauh tanpa melihatnya tanpa berganjak dari kedudukannya semasa melakukan amalan dgn isinNya. 

(3). Pengamalnya akan mampu menggerakkan senjata tajam, melayangkannya sehingga menemui musuh yg dicari2 dari jarak jauh juga tanpa melihat, tanpa berganjak dari kedudukannya semasa melakukan amalan dgn izinNya. Mengapa ini boleh terjadi? Kerana pengamalnya telah mencapai tahap 4 amalan ini iaitu isim Keramat Ilmu Tempur Parang Terbang. Melihatkah ada perkataan keramat (karomah) di situ? Jenis yg dipelajari atau tanpa dipelajari. Bagaimanakah ia mungkin terjadi? Kerana jalan, cara atau kaedah melakukannya telah berubah dari kebiasaan, bukan lagi sama spt pada tahap 1-3 amalan ini, namun berubah kpd cara yg lain. Cara itu dinamakan “niat berkaedah” sehingga berlaku “kun fayakun” dgn izin Allah. 

FASA PENGISIAN: Terdapat 6 latihan asas yg perlu dilakukan di sepanjang pengisian amalan ITPT ini. 

(1). Mulakan setiap sesuatu dgn ucapan Bismillahhirrahman nirrahim. 

(2). Jgn pernah mengeluh, cepat2 beristighfar jika tak sengaja apalagi kalau sengaja. 

(3). Jgn pernah marah, cepat2 beristighfar jika tak sengaja apalagi kalau sengaja. Sikap pemarah akan mensia2kan amalan ini nanti dan jika berterusan tanpa dpt bersabar gagal mengawalnya, berhenti saja dari meneruskan amalan ini. Kegagalan utk mengubah sikap pemarah itu tadi menandakan bahawa org itu masih lagi berlegar legar pada tingkat terendah roh manusia (roh atau nafsu amarah) sedangkan melalui amalan ini diharapkan pengamalnya beransur2 mencapai sehingga ke tingkat 5 roh manusia (roh redha atau menerima atau nafsu radhiah). Dgn itu barulah kejayaan dapat dicapai nantinya. 

(4). Lakukan segala suruhan Allah yg wajib spt solat fardhu, zakat, puasa ramadhan dll. 

(5). Tinggalkan segala larangan Allah. 

(6). Rutinkan amal ibadat yg sunat spt zikir, sedekah, solat sunat dll. 

ITPT mempunyai 4 tahap penguasaannya dan setiap tahap terdapat amalan khusus di dalamnya. Sebelum dijelaskan lebih lanjut mengikut tahap2annya, sila hafal dahulu bacaan di bawah. 

AYAT 4 (AYAT SABIL): “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, (i). LAILAAHA ILLA ANTA, SUBHAANAKA INNI KUNTU MINNAZ ZOOLIMIN. (ii). WALLAHU GHAALIBUN ‘ALA AMRIH, (iii). YA HAYYU YA QAYUM YA ILAHANA WA ILAHA KULLI SYAI IN, ILAAHAU WAAHIDA, LAA ILAAHA ILLA ANTA, (iv) YA ZALJALALI WAL IKRAM” (Tiada Tuhan melainkanMu, Maha SuciMu (Ya Allah!), sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan org2 yg zalim. Sesungguhnya Allah berkuasa penuh ke atas setiap urusanNya. Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha berdiri sendiri, wahai Tuhan kami, Tuhan segala setiap sesuatu, Tuhan Yang Esa, tiada Tuhan melainkanMu (Ya Allah). Wahai Tuhan yg memilikki segala keagungan dan kemuliaan).  

Ada beberapa gelaran lain pada Ayat 4 ini, diantaranya adalah Wirid 4, Ayat Perang, Ayat Tempur, Ayat Sabil, Ayat Parang Terbang dll. Ia terdiri dpd 4 ayat (wirid) yang berbeza iaitu ayat pertama merupakan Tasbih Nabi Yunus as semasa di dalam perut ikan nun, ayat kedua merupakan zikir Sayyidina Ali r.a, ayat ketiga merupakan doa Asif bin Barkhiya seorang wali Allah di zaman Nabi Sulaiman as yg mampu mengalihkan istana Ratu Balqis dlm sekelip mata sahaja dan ayat ke empat merupakan 1 dpd 99 Asmaul Husna yg merupakan zikir Imam Ghazali rah. Sebelum memulakan pengisain amalan ini niatkan di dalam hati agar diampunkan segala dosa. Mudah2an diredhai, direstui dan diberkati olehNya. Kemudian bacakan 3 bacaan ini iaitu Surah Al-Fatihah 1x, Surah Al-ikhlas 3x dan Selawat Nabi 3x. Dan setiap 3 bacaan di atas, niatkan disedekahkan kpd Rasulullah saw, Nabi Yunus as, Syaidina Ali ra, Wali Allah Asif bin Barkhiya, Imam Ghazali, Guru yg mengijazahkan amalan ini kpd kita. 

TAHAP 1: GERAK ZAHIR. Dilakukan selama 40 hari 40 malam berturut2 melalui amalan2 khusus spt berikut. 

(1). Zikirkan Ayat 4 sekaligus di lidah atau di hati sebanyak2nya waktu terluang. 

(2). Bada solat fardhu bacakan dari Ayat 4 itu, Ayat 1 (33x), Ayat 2 (33x), Ayat 3 (33x) dan Ayat 4 (100x). 

(3). Bada solat tahajjud bacakan dari Ayat 4 itu, Ayat 1 (99x), Ayat 2 (99x), Ayat 3 (99x) dan Ayat 4 (300x).

TAHAP 2: OLAH NAFAS. Dilakukan selama 40 hari 40 malam berturut2 melalui amalan2 khusus spt berikut. 

(1). Berpuasa dpd memakan benda2 bernyawa spt ikan, daging dll (termasuk telur, susu dan hasil dpdnya) 

(2). Berpuasa Nabi Daud as (selang sehari) niatkan puasa sunat, pastikan tidak kena pada hari2 yg haram. 

(3). Zikirkan Ayat 4 sekaligus di lidah atau di hati sebanyak2nya waktu terluang. 

(4). Bada solat fardhu bacakan dari Ayat 4 itu, Ayat 1 (33x), Ayat 2 (33x), Ayat 3 (33x) dan Ayat 4 (100x). (5). Bada solat tahajjud bacakan dari Ayat 4 itu, Ayat 1 (99x), Ayat 2 (99x), Ayat 3 (99x) dan Ayat 4 (300x).

TAHAP 3: ISIM RUHANIYAH: Dilakukan selama 40 hari 40 malam berturut2 melalui amalan2 khusus spt berikut. 

(1). Berpuasa dpd memakan benda2 bernyawa spt ikan, daging dll (termasuk telur, susu dan hasil dpdnya) 

(2). Berpuasa 40 hari spt puasa Ramadhan niatkan puasa sunat, pastikan tidak kena pada hari2 yg haram. 

(3). Zikirkan Ayat 4 sekaligus di lidah atau di hati sebanyak2nya waktu terluang. 

(4). Bada solat fardhu bacakan dari Ayat 4 itu, Ayat 1 (33x), Ayat 2 (33x), Ayat 3 (33x) dan Ayat 4 (100x). (5). Bada solat tahajjud bacakan dari Ayat 4 itu, Ayat 1 (99x), Ayat 2 (99x), Ayat 3 (99x) dan Ayat 4 (300x).

TAHAP 4: ISIM KERAMAT: Dilakukan selama 40 hari 40 malam berturut2 melalui amalan2 khusus spt berikut. 

(1). Berpuasa dpd memakan benda2 bernyawa spt ikan, daging dll (termasuk telur, susu dan hasil dpdnya) 

(2). Berpuasa 40 hari spt puasa Ramadhan niatkan puasa sunat, pastikan tidak kena pada hari2 yg haram. 

(3). Zikirkan Ayat 4 sekaligus di lidah atau di hati sebanyak2nya waktu terluang. 

(4). Bada solat fardhu bacakan dari Ayat 4 itu, Ayat 1 (33x), Ayat 2 (33x), Ayat 3 (33x) dan Ayat 4 (100x). (5). Bada solat tahajjud bacakan dari Ayat 4 itu, Ayat 1 (99x), Ayat 2 (99x), Ayat 3 (99x) dan Ayat 4 (300x). Khatam. 

Setelah menamatkan pengisian amalan ini (sehingga tahap keempat tadi, terdapat amalan yg harus didawamkan setiap hari. 

Amalan itu ialah 

(1). Ayat 4 dibacakan bada solat fardhu (Ayat 1-3:11x, ayat 4:33x). 

(2). Ayat Hulubalang yg terdiri dari 5 ayat iaitu 

(a). Ayat 103 Surah Al-Anaam “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, LAA TUDRIKUHUL ABSORU WAHUWA YUDRIKUL ABSORA WAHUWAL LATHIFUL KHABIR” (Dia tidak dapat dicapai oleh pengelihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yg kelihatan dan Dialah yg Maha Halus lagi Maha Mengetahui) 

(b). Ayat 249 Surah Al-Baqarah “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, KAM MIN FI ATIN GHALIILATIN GHALABAT FI ATAN KATHIRATAN BI IZNILLAHI WALLAHU MA’ASH SHOBIRIN” (Berapa banyak terjadi golongan yg sedikit dpt mengalahkan golongan yg banyak dgn izin Allah dan Allah berserta org2 yg sabar). 

(c). Kalimat Hauqolah: “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, WA BIHAQQI LAA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIM” (Dan dengan kebenaran, Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dgn pertolongan Allah). 

(d). Tiga Huruf Nuraniyah: “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM WA BIHAQQI KAAF HAA YAA ‘AIN SHAAD (Ayat 1 Surah Maryam) HAA MIM (Surah As-Shura ayat 1), ‘AIN SIN QAAF (Surah As-Shura ayat 2) 

(e). Ayat 165 “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, YUHIBBUNAHUM KAHUB BILLAH WALLAZI NA AMANU ASYADDU HUBBA LILLAH” (Mereka mencintainya (memuja dan mentaatnya) sebagaimana mereka mencintai Allah sedang org2 beriman itu lebih cinta (taat) kpd Allah). Ayat2 Hulubalang tadi dibacakan setiap selepas solat maghrib (sbg tambahan kpd bacaan ayat 4 tadi). Caranya ayat2 hulubalang itu dibaca sebanyak 21x setiap satu. 

FASA PENGGUNAAN: Terbahagi kpd 2 cara atau jalan iaitu secara bersemuka (Parang Panjang) atau tidak bersemua (Parang Pendek). 

(A). PARANG PANJANG: Berikut adalah beberapa persediaan sebelum melangkah menuju ke medan tempur. 

(1). Persediaan Senjata Sabil: Senjata pilihan yg akan dibawa bersama, pedang atau parang panjang adalah pilihan terbaik. Seorg guru yg layak (telah mencapai tahap 4) akan mengukir Syahadah Ilahiyah pada senjata tersebut iaitu “LAAILLAHA ILLALLAH” (Tiada Tuhan Selain Allah). Semasa mengukir Ayat 4 (Ayat Sabil) akan dibacakan berulang2 sehingga selesai. 

(2). Persediaan Selempang Merah. Ia berfungsi menyuntik semangat ke dlm anggota Fisabilillah (Tentera Sabil) kerana itu warna merah dipilih. Seorg guru yg layak (telah mencapai tahap 4) akan menulis dua Kalimah Syahadah pada selempang merah tersebut iaitu “LAAILLAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH” (Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah). Semasa menulis, ayat2 berikut dibacakan 

(a). Ayat 128 dan 129 Surah At-Taubah 7x “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, JAA AKUM RASUULIUM MIN ANGFUSIKUM AZIIZUN ALAIHI MA ANITUM HARISUN ALAIKUM BIL MU, MINIINAR RAUUFURRAHIIM, FAIN TAWALLAU FAQUL HASBI ALLAHU LAAILAHA ILLA HUWA, ‘ALAIHI TAWAKKALTU WAHUWA RABBUL ARSYIL AZIM” (Sesungguhnya telah datang kpd kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (Rasulullah saw) yg menjadi berat kepadanya sebarang kesusahan yg ditanggung oleh kamu, yg sangat inginkan kebaikan bagi kamu, dia pula melimpahkan perasaan belas serta kasih sayang kpd org yg beriman. Kemudian jika mereka ingkat, maka katakanlah wahai Muhammad) Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memelihara aku), tiada Tuhan melainkan Dia, kepadanya aku berserah diri dan Dialah yg mempunyai Arasy yg besar), 

(b). Ayat Kursi dibacakan 7x, 

(c). Surah Al-Qadar (Inna An Zal Na) dibacakan 7x, 

(d). Surah Al-Kautsar dibacakan 7x. Sebelum menyarungkan selempang tersebut haruslah dibacakan 

(i). Ayat 41 Surah Hud 3x “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, BISMILLAHI MAJREAHA WA MURSAAHAA (Dgn nama Allah di waktu belayar dan berlabuh), 

(ii). Ayat 79 Surah As-Shoffat 3x “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, SALAMUN ‘ALA NUUHIN FIL ‘AALAMIIN (Kesejahteraan Kami limpahkan ke atas Nuh di seluruh alam)”, 

(iii). Ayat 58 Surah Yassin 3x “BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM, SALAMUN QAULAM MIRRABIRRAHIM (Kepada mereka katakanlah “Salam” sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yg Maha Penyayang” 

(iv). Ayat 85 Surah Al-Qasas 3x “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, INNALLAZI FARADA ‘ALAIKAL QURANA LARADUKA ILA MA’AD” (Sesungguhnya Allah yg mewajibkan kpdmu beramal dan menyampaikan Al-Quran (wahai Muhammad), sudah tentu menyampaikan kpdmu lagi kpd apa yg engkau ingini dan cintai). 

(3). Persediaan Air Yassin: Dibacakan berjemaah Surah Yassin satu kali, Ayat Sabil 3x dan Ayat Hulubalang 3x dan ditiupkan ke air tersebut utk diminum. Jika anggota Sabil ramai, letakkan air tersebut di sebuah bekas takungan yg besar seperti tempayan atau lain2. 

(4). Persediaan Kota Badan atau Jabat Diri: Sbg Kota Badan, lakukan begini 

(i). Makrifatkan kalimah “ALLAH” di dahi. 
(ii) Makrifatkan kalimah “ALLAH” di dada, 
(iii) Makrifatkan kalimah “HU” di perut. 
(iv). Makrifatkan kalimah “LAAILAHAILLALLAH”, “LAA”  di bahu kanan “ILAHA” dibelakang tengkuk, “ILLA” di bahu kiri, “ALLAH” di leher hadapan. 
(v). Makrifatkan kalimah “MUHAMMADUR RASULULLAH” di sekeliling tubuh paras atas pinggang. 

Berikut pula adalah bacaan2 semasa mula melangkah menuju ke medan tempur. 

(1). Ayat Sabil, bacakan dan tiup ke depan, ke kanan, ke kiri, ke belakang, ke diri sendiri (1x setiap arah), 

(2). Ayat Hulubalang bacakan 3x dan tiupkan ke diri sendiri. 

(3). Semasa turun berjalan, bacakan Ayat 85 Surah Al-Qasas 1x “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, INNALLAZI FARADA ‘ALAIKAL QURANA LARADUKA ILA MA’AD” 

(4). Ketika Bahaya bacakan Ayat 103 Surah Al-Anaam “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, LAA TUDRIKUHUL ABSORU WAHUWA YUDRIKUL ABSORA WAHUWAL LATHIFUL KHABIR” (Dia tidak dapat dicapai oleh pengelihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yg kelihatan dan Dialah yg Maha Halus lagi Maha Mengetahui) 

(5). Semasa memegang senjata bacakan Ayat 93 Surah Al-Anbia 1x “BISMILLAHHIRRAHMAN NIRRAHIM, WA TAQATH-THA’UU AMRAHUM BAINAHUM KULLUN ILAINA RAAJIUN” (Kebanyakkan manusia masih berselisihan dan berpecah belah dlm urusan agama mereka, (ingatlah) mereka semua akan kembali kepada kami (utk menerima balasan). 

(6). Ketika mengeluarkan senjata bacakan Ayat 85 Surah An-Namlu 1x “BISMILLAHHIRRAHMAN NIRRAHIM, WAWAQA ‘ALQAULU ‘ALAIHIM BIMAA DHALAMUU FAHUM LAA YANTHIQUM” (Dan jatuhlah hukuman ke atas mereka (dgn azab) disbbkan kezaliman mereka (berlaku kufur dan ingkar) lalu mereka diam membisu), 

(7). Ketika sedang bertempur bacakan Asma Allah ini sbg zikir berterusan “YA ZAL JALALI WAL IKRAM” (Wahai Tuhan yg memilikki segala keagungan dan kemuliaan).

(B). PARANG PENDEK: Amalan ini hanya boleh dilakukan oleh pengamal2 yg telah menguasai kemahiran2 ruhaniayyah (Tahap 3 atau 4) ITPT ini. Ia dilakukan melalui amalam2 serangan jarak jauh yg khusus spt Senjata2 Fakir, Ilmu2 Gayong jarak jauh (tanpa melihat musuh) atau seumpamanya. Diringkaskan amalan2 begini adalah amalan2 yg berasingan namun boleh menyusul pada pengamal2 yg telah melepasi persyaratannya (tahap 3 atau 4 ITPT ini). Jika kita lihat pada keseluruhan ITPT ini, nampaknya amalan asasnya adalah Ayat Sabil (Ayat 4) tadi sedangkan amalan2 tambahan terpulang pada penguasaan guru2 yg terlibat. Tidak hairanlah terdapat perbezaannya di situ. Berdasarkan perguruan atau daerah masing2 sedang namanya juga boleh saja berubah2. Walaupun begitu ia masih juga mengekalkan kunci amalan yg sama iaitu menggunakan Ayat Sabil.

No comments:

Post a Comment