Org2 melayu biasa memanggilnya begitu sementara org2 jawa biasa memanggilnya Ajian Saipi Angin. Ada berbagai versi amalan ini dgn nama yg berbeza2 namun dua nama di atas tadi adalah yg paling sering digunakan merujuk amalan ini di Nusantara.
Berbeza2 pula tatacara amalan dan bacaan yg digunakan. Ada yg menggunakan ayat2 khusus dari Al-Quran, ada yg menggunakan beberapa asma2 (isim2) tertentu dari Asmaul husna (99 Nama2 Allah), ada yg menggunakan doa2 khusus berdasarkan daerah masing2. Doa2 berkias begini biasa dipanggil ruqyah di negara2 Arab atau jampi di bumi Melayu atau mantera di tanah Jawa, Ia adalah doa secara umumnya. Semasa kedatangan Islam, Rasulullah saw mengajarkan ruqyah menggunakan ayat2 Al-Quran kpd para sahabat namun membolehkan ruqyah sebelumnya selama tiada unsur kesyirikan (menyekutukan atau meminta selain dpd Allah) pada ruqyah tersebut. Ini termasuk dlm ilmu2 ruhaniyah (batin makrifat), semakin menguasai maka semakin besar pula dugaan mendatang. Ilmu Lipat Bumi (ILB) mempunyai 4 tahap penguasaannya dipanggil “rangkap” iaitu Rangkap Zahir, Rangkap Nafas, Rangkap Ruhaniyah dan Rangkap Keramat.
TAHAP PERTAMA iaitu Rangkap Zahir. Setiap manusia dilahirkan memilikki 3 tenaga asal dlm diri sendiri dipanggil tenaga dalaman. Segala kemampuan, kemahiran atau skill yg dikuasai akan terlihat hasilnya nanti terpulang pada tahap mana dimajukan tenaga2 tersebut, dalaman manusia itu sendiri. Berbeza dgn ilmu2 berkhadam atau bergimbar yg secara umumnya bersifat mendamping pengamalnya. Kemampuan (tenaga) bukanlah dtg dari dalaman diri sendiri. Amalan ILB bukan cabang dari amalan berkhadam. Pada tahap pertama ini pengamal belum lagi mempunyai kemahiran utk memajukan tenaga2 lain yg ada pada dirinya. Kerana itu kemampuan dan pencapaian hanya lebih menumpu terhadap zahir yg nyata.
Itulah yg dimaksud kan dgn Rangkap Zahir tadi. Walaupun begitu, berkat amalan dan cara yg istiqamah, maka akan terjadi juga sesuatu terhadap pengamalnya. Diantaranya adalah spt berikut.
(1). Tidak mudah letih jika bekerja, menggiatkan sesuatu, berjogging, bersenam, berjln2 dll. Peningkatan tenaga terasa berbeza dan meningkat berbanding sebelumnya (sebelum beramal).
(2). Menjadi rajin, ringan tulang, ringan tangan, ringan langkah dlm melakukan apa2 kerja atau perkara fizikal yg berfaedah baik utk dirinya, keluarga atau org lain.
(3). Menjadi rajin dan bertahan lama dlm sesuatu pekerjaan yg melibatkan fikiran dan minda. Mudah menyelesaikan sesuatu yg rumit. Menjadi lebih pintar, mudah mentafsir sesuatu keadaan. Auto tafsir ini boleh datang dlm pelbagai cara baik diilhamkan, ditunjukkan melalui mimpi2 petunjuk, digambar kan secara spontan di atas ubun2, diberikan tanda2 sekitar atau lain2.
(4). Mudah menjadi mahir dlm melakukan perkara2 fizikal (atau zahir yg nyata) spt berlatih, bersenam, membina otot, bersukan dan seumpamanya. Sekiranya belajar silat di gelanggang, mudah sekali menghafal dan mengingat gerak (bunga, buah, jurus, seni mainan senjata atau lain2nya). Ringkasnya mudah menguasai.
(5). Mungkin umur telah meningkat namun tenaga tetap disitu (baik fizikal, fikiran atau batiniah). Dalaman atau luaran. Tidak ketara pada org2 di sekeliling namun amat terasa bagi pengamal itu sendiri, akan dipermudah segala sesuatu, InsyaAllah. Itulah beberapa contoh yg bakal berlaku pada pengamal ILB ini sekiranya menguasai tahap pertama (Rangkap Zahir) tadi. banyak perkara akan menjadi ringan (zahir, batin, minda, metaliti, emosi dll) dgn izinNya. Namun masih juga menumpu terhadap zahir yg nyata tadi. Itulah yg terlihat pada org2 sekeliling pada pengamalnya. Perkara2 di atas tadi adalah awalannya, akan berkembang maju selepas itu. Lanjutkan ke tahap yg kedua.
TAHAP KEDUA iaitu Rangkap Nafas. Pada tahap ini segala perkara yg terjadi pada tahap pertama tetap juga di situ malah dipertingkatkan lagi. Perubahan akan berlaku dari dalaman diri pengamal. Ia terkait dgn fokus tenaga yg mana lebih dimanipulasi kan. Pada tahap pertama sebelumnya, pengamal masih berlegar2 pada zahir yg nyata sedang perubahan tetap juga berlaku. Ia terjadi kerana isitqamahnya beramal sehingga beransur2 terbangkit tenaga dalaman yg ada pada pengamal itu. Ia adalah zahir, nafas dan roh (3 tenaga asal), masing2nya mempunyai kemahiran atau skill, kelebihan dan kekurangan, boleh diperbaikkim diperkembang dan dimajukan. Malah boleh dimanipulasikan satu2 atau gabungannya secara sengaja atau tidak sengaja (dlm keadaan2 tertentu).
Peningkatan dan pembangkitan tenaga2 tadi akan berlaku secara beransur2. Ia menjadi semakin mudah sekiranya latihan2 khusus tertentu turut dilakukan. Di antara kesan2nya adalah fikiran menjadi tajam, tafsiran menjadi halus, deria dan panca indera menjadi bertambah peka, dapat merasa, senditiviti meningkat, gerak hati dan naluri menjadi tajam, mata hati akan terbuka secara beransur2. Pada tahap kedua ini “nafas” menjadi lebih menyerlah berbanding “zahir”. Apa maksud nafas? Zahir sesuatu yg nampak jelas di mata dah boleh dibuktikan sedang roh sesuatu yg tiak nampak jelasnya di mata dan tidak boleh dibuktikan. Nafas pula terletak di antara kedua2nya. Sesuatu akan berlaku pada pengamal yg berjaya pada tahap kedua ini, diantaranya spt berikut.
(1). tubuh badan menjadi ringan terasa berbanding sebelumnya. Pergerakan dan langkah menjadi mudah dan pantas dan semakin ketara dari masa ke masa.
(2). Mudah mengimbagi diri, keseimbangan dapat diolah kerana kita telah faham ada caranya. Dgn itu, berlaku penjimatan terhadap zahir. Akan sekadarnya digunakan dan tiada pergantungan spt sebelumnya.
(3). Tindakbalas yg cepat baik dari segi pergerakan, langkah, waspada, sensitiviti, gerak hati dll. Sedikit pun berlaku perubahan di persekitaran sama ada baik atau buruk mudah diketahui. Refleks dan auto gerak pada tubuh badan menjadi semakin ketara pada tahap ini.
(4). Emosi dan fikiran menjadi tenang. Tidak mudah panik atau terkejut. Hati dan nafas juga menjadi tenang. Debaran2 pada jantung sekiranya sesuatu mencemaskan berlaku sukar utk berlaku. Akan berlaku namun terlebih dahulu dirasa dan diketahui.
(5). Lanjutan dari kesemua tadi boleh berlaku sesuatu yg agak menarik pada diri sendiri. Contohnya spt berikut,
(a). Gerak langkah menjadi pantas kurang meletihkan.
(b). Mudah mempelajari gerak2 yg diajarkan di dlm silat.
(c). Mudah mengapungkan diri di atas batang2 pokok yg hanyut.
(d). Mudah memanjat dan terasa ringan, tidak spt sebelumnya.
(e). Dahan2 yg di hujung2 pokok tidak mudah patah apb dijadikan tempat berpijak.
(f). Kawalan keseimbangan menjadi lebih baik spt semasa membawa motorsikal, basikal, perahu dll.
(g). Tempoh masa menyelesaikan sesuatu tugas menjadi singkat berbanding biasa. Serba dipermudahkan dan seumpamanya. Perkara2 di atas tadi akan bertambah maju selepas itu. Lanjutkan ke tahap yg ketiga.
TAHAP KETIGA iaitu Rangkap Ruhaniyah. Merujuk tenaga ketiga dalaman pengamal iaitu roh. Pada tahap ini tumpuan akan beralih pada kemahiran2 yg ada pada roh pengamalnya. Roh merupakan sesuatu yg ghaib yg sukar dijelaskan berbeza dgn zahir yg nyata. Perkara2 yg berlaku pada pengamalnya berlegar2 di sekitar itu (skill2 roh tadi). Dua tenaga lain iaitu zahir dan nafas tetap terkait namun digunakan sekadarnya. Seseorang yg ingin menguasai tahap ketiga ini harus dapat memanipulasi tanaga roh itu tadi melalui amalan dan latihan yg betul seterusnya meletakkan roh tadi lebih utama berbanding zahir dan nafas, namun masih boleh kait mengaitkan antara kesemuanya, sekadar yg perlu (secara berpatutan). Itulah peranan akal utk melakukannya dgn hati yg tenang. Ketenangan diperlukan utk melakukannya. Sekiranya berjaya pada tahap ketiga, akan terjadi sesuatu pada pengamalnya. Diantaranya spt berikut.
(1). Apa yg berlaku pada tahap2 sebelumnya masih juga disitu malah dipertingkatkan lagi. Juga boleh diubah2 mengikut kesesuaian keadaan (berkaitan dgn fokus penggunaan tenaga2 tadi).
(2). Gerakan langkah kaki pengamal nya akan menjadi sangat pantas seakan tidak berjejak pada bumi. Jarak yg jauh sekalipun boleh sampai dlm tempoh masa yg singkat.
(3). Bukan saja gerakan kaki pengamal nya, malah segala gerakan tubuh badan dan tangannya juga boleh menjadi sgt pantas sekiranya ia dimajukan.
(4). Kepantasan yg luarbiasa seakan tidak berjejak pada bumi. Air yg sifatnya lembut malah boleh dijadikan tempat berpijak. Tidak mustahil seseorang yg dapat menguasai amalan ini sehingga tahap ketiga boleh berjalan di atas air, sungai atau lautan.
(5). Sedangkan air yg sifatnya lembut boleh dijadikan tempat berpijak, inikan pula benda2 yg lain spt ranting dahan yg hujung, daun pokok, kayu2 yg timbul di permukaan air atau seumpamanya. Berpijak cuma sedetik saja pada benda2 tadi termasuk permukaan air. Itulah beberapa contoh seseorang pengamal yg mampu mencapai tahap ketiga. Sememangnya tiada logik pada pandangan manusia kerana roh itu sendiri juga tidak logik dan tidak dapat dibuktikan. Namun penggunaan tenaga roh itu teadi masih juga berkait dgn tenaga yg lain iaitu zahir dan nafas.
TAHAP KEEMPAT iaitu Rangkap Keramat. Pada tahap ini segala apa yg terjadi pada tahap2 sebelumnya masih tetap ada dlm diri pengamal malah dipertingkatkan lagi. Perkataan keramat wujud pada tahap ini. Pada tahap ini ia juga berkaitan dgn roh manusia yg menjadi 7 tingkat nafsu nafsi setelah ditiupkan ke dlm jasad manusia. Jika dikaji ttg nafsu manusia, perkataan karomah (keramat) ada pada tingkat ke 5 iaitu Nafsu Radhiah atau Roh Menerima/Redha. Pada tingkat itulah bermulanya karomah (tanda kemuliaan). Dlm soal amalan yg khusus ini (ILB tahap 4) pula, ia boleh terjadi pada tingkat ini juga. Ia adalah karomah jenis yg dipelajari. Tidak mustahil asal saja pengamal mampu pencapainya (tingkat 5 roh manusia). Apalagi jika pancapaian roh meningkat sehingga ke tingkat 6, tentu penguasaan menjadi lebih mudah lagi. Itulah alasan ILB ini boleh terjadi pada wali2 Allah. Pada tahap empat amalan ini akan terjadi sesuatu pada pengamalnya.
(1). Apa yg berlaku pada tahap2 sebelumnya masih juga disitu malah dipertingkatkan lagi.
(2). Perjalanan yg sgt jauh boleh berlaku dlm sekelip mata. Tidak nampak pun apa2 pergerakan pada pengamal nya utk mencapai destinasi tersebut. Apa-apa perbuatan pun boleh saja berlaku dlm sekelip mata juga, serba serbi yg ingin dilakukan oleh pengamalnya. Mengapa boleh berlaku demikian? Kerana pengamalnya telah mencapai tahap 4 amalan ini. Bukankah ada perkataan keramat di situ? Jenis yg dipelajari atau tanpa dipelajari. Bagaimana kah mungkin ia terjadi? Kerana jalan, cara atau kaedah melakukannya telah berubah dari kebiasaan. Bukan lagi sama spt pada tahap 1 hingga 3 amalan ini, tapi telah berubah kpd cara yg lain. Cara itu dinamakan “niat berkaedah” sehingga berlaku “kunfayakun” dgn izin Allah. Pernahkah mendengar kisah seorang wali Allah yg bernama Asif bin Barkhiya? Kisah berlaku di zaman Nabi Sulaiman as. Beliau mampu mengalihkan istana Ratu Balqis dlm sekelip mata saja berbanding dgn tawaran jin Ifrit yg mampu mengalihkan istana tersebut sebelum Baginda bangun dari tempat duduknya. Adakah kaitan di situ dgn amalan ini? Wallahualam, hanya Allah yg Maha Mengetahui.
(3). Penguasan ILB ini akan membawa terbukanya ilmu2 pengetahuan lain yg yg hampuir sama jalannya. Diantaranya adalah Ilmu Lipat Masa, Ilmu Lipat Zaman dan seumpamanya. Ia berkaitan dgn pengembaraan masa (time travelling).
Cara mengamalkan ILB. Terdapat 6 latihan asas yg perlu dilakukan di sepanjang pengisian amalan ILB ini.
(1). Mulakan setiap sesuatu dgn ucapan Bismillahhirrahman nirrahim.
(2). Jgn pernah mengeluh, cepat2 beristighfar jika tak sengaja apalagi kalau sengaja.
(3). Jgn pernah marah, cepat2 beristighfar jika tak sengaja apalagi kalau sengaja. Sikap pemarah akan mensia2kan amalan ini nanti dan jika berterusan tanpa dpt bersabar gagal mengawalnya, berhenti saja dari meneruskan amalan ini. Kegagalan utk mengubah sikap pemarah itu tadi menandakan bahawa org itu masih lagi berlegar legar pada tingkat terendah roh manusia (roh atau nafsu amarah) sedangkan melalui amalan ini diharapkan pengamalnya beransur2 mencapai sehingga ke tingkat 5 roh manusia (roh redha atau menerima atau nafsu radhiah). Dgn itu barulah kejayaan dapat dicapai nantinya.
(4). Lakukan segala suruhan Allah yg wajib spt solat fardhu, zakat, puasa ramadhan dll.
(5). Tinggalkan segala larangan Allah.
(6). Rutinkan amal ibadat yg sunat spt zikir, sedekah, solat sunat dll.
ILB mempunyai 4 tahap penguasaanya dan setiap tahap terdapat amalan2 yg khusus di dlmnya. Inilah bacaan amalan ILB yg perlu dihafal.
(1). AYAT 4: “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, LAILAAHA ILLA ANTA, SUBHAANAKA INNI KUNTU MINNAZ ZOOLIMIN. WALLAHU GHAALIBUN ‘ALA AMRIH, YA HAYYU YA QAYUM YA ILAHANA WA ILAHA KULLI SYAI IN, ILAAHAU WAAHIDA, LAA ILAAHA ILLA ANTA, YA ZALJALALI WAL IKRAM” (Tiada Tuhan melainkanMu, Maha SuciMu (Ya Allah!), sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan org2 yg zalim. Sesungguhnya Allah berkuasa penuh ke atas setiap urusanNya. Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha berdiri sendiri, wahai Tuhan kami, Tuhan segala setiap sesuatu, Tuhan Yang Esa, tiada Tuhan melainkanMu (Ya Allah). Wahai Tuhan yg memilikki segala keagungan dan kemuliaan).
(2). DOA LIPAT BUMI: “BISMILLAHHIRRAHMAN NIRRAHIM, BISMILLAHI ‘ALAA QALBII HATA YURWAA, BISMILLAHI ‘ALAA RUKABII HATTA TAQWAA, BISMILLAHI ‘ALAAL ARDHI HATTA TUTHWAA” (Dgn nama Allah ini di atas hatiku ini hinggalah terpenuhkan ia (hati), Dgn nama Allah ini di atas lututku ini hinggalah dikuatkan ia (lutut), Dgn nama Allah ini di atas bumi ini hinggalah dilipatkan ia (bumi).
(3) AYAT 82, SURAH YASSIN: “BISMILLAHHIRRAHMAN NIRRAHIM, INNAMAA AMRUHUU IZAA ARADA SYAI AN AI YAQUULALAHU KUN FAYAKUN” (Sesungguhnya apabil aDia menghendakki sesuatu, Dia hanya berkata kpdnya “Jadilah” maka jadilah sesuatu itu).
TAHAP 1: RANGKAP ZAHIR: Pengisian pada tahap pertama ini melalui amalan2 khusus spt ini. (1). Zikir Ayat 4 di lidah atau di hati sebanyak2nya pada waktu terluang. (2). Setiap bada solat fardhu, bacakan Ayat 4 (100x) dan doa Lipat Bumi 100x. (3). Setiap bada solat tahajjud (setiap malam) bacakan ayat 4 (500x) dan doa lipat bumi 500x. Lakukan selama 40 hari 40 malam berturut2. Lanjutkan ke tahap ke 2 setelah selesai.
TAHAP 2: RANGKAP NAFAS: Pengisian pada tahap kedua ini melalui amalan2 khusus spt ini. (1). Berpuasa dpd memakan benda2 bernyawa spt ikan, daging dll (termasuk telur, susu serta hasil dpdnya). (2). Berpuasa selang (puasa Nabi Daud as). Niatkan sbg berpuasa sunat. Pastikan tidak kena pada hari2 haram berpuasa. (3). Zikir Ayat 4 di lidah atau di hati sebanyak2nya pada waktu terluang. (4). Setiap bada solat fardhu, bacakan Ayat 4 (100x) dan doa Lipat Bumi 100x. (5). Setiap bada solat tahajjud (setiap malam) bacakan ayat 4 (500x) dan doa lipat bumi 500x. Lakukan selama 40 hari 40 malam berturut2. Lanjutkan ke tahap ke 3 setelah selesai.
TAHAP 3: RANGKAP RUHANIYAH: Pengisian pada tahap ketiga ini melalui amalan2 khusus spt ini. (1). Berpuasa dpd memakan benda2 bernyawa spt ikan, daging dll (termasuk telur, susu serta hasil dpdnya). (2). Berpuasa spt puasa Ramadhan selama 40 hari berturut2. Niatkan sbg berpuasa sunat. Pastikan tidak kena pada hari2 haram berpuasa. (3). Zikir Ayat 4 di lidah atau di hati sebanyak2nya pada waktu terluang. (4). Setiap bada solat fardhu, bacakan Ayat 4 (100x), doa Lipat Bumi 100x dan Ayat 82 Surah Yassin 100x (5). Setiap bada solat tahajjud (setiap malam) bacakan ayat 4 (500x), doa lipat bumi 500x dan Ayat 82 Surah Yassin 500x. Lakukan selama 40 hari 40 malam berturut2. Lanjutkan ke tahap ke 3 setelah selesai.
TAHAP 4: RANGKAP KERAMAT: Pengisian pada tahap keempat ini melalui amalan2 khusus spt ini. (1). Berpuasa dpd memakan benda2 bernyawa spt ikan, daging dll (termasuk telur, susu serta hasil dpdnya). (2). Berpuasa spt puasa Ramadhan selama 40 hari berturut2. Niatkan sbg berpuasa sunat. Pastikan tidak kena pada hari2 haram berpuasa. (3). Zikir Ayat 4 di lidah atau di hati sebanyak2nya pada waktu terluang. (4). Setiap bada solat fardhu, bacakan Ayat 4 (100x), doa Lipat Bumi 100x dan Ayat 82 Surah Yassin 100x (5). Setiap bada solat tahajjud (setiap malam) bacakan ayat 4 (500x), doa lipat bumi 500x dan Ayat 82 Surah Yassin 500x. Lakukan selama 40 hari 40 malam berturut2. Setelah selesai Tahap 4 ini maka lengkaplah amalan ini.
Alhamdulillah
ReplyDeleteQobiltu ijazah
ReplyDelete