Monday, January 2, 2012

ILMU BELIAN (ILMU BATIN PAHLAWAN)


Ini adalah sejenis amalan berat yg termasuk dlm kumpulan ilmu2 batin pahlawan. Semakin dikuasai maka semakin besar pula dugaan yg mendatang. Ilmu ini cukup dikenali di alam melayu (Borneo, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera) diwariskan oleh 4 guru berbeza. 

Dari manakah datangnya perkataan “belian” itu? Apa kaitannya dgn kayu belian? Apa kaitannya dgn harimau, Tok Belian, harimau jadian, harimau ghaib, khadam macan, saka harimau atau seumpamanya? Cuba kaitkan dgn cerita2 purba yg disampaikan oleh org2 tua spt berikut. 

Diceritakan oleh org2 tua dahulu kala bahawa terdapat segolongan jin yg beriman kpd Allah melalui Nabi Allah Sulaiman as setelah melihat wibawanya Baginda sehingga mampu mengahwini Ratu Balqis. Mereka dari golongan jin bangsawan dan sgt digeruni. Kekuatan mereka sgt luar biasa dibandingkan dgn bangsa2 jin yg lain. Mereka tampil berupa bentuk harimau secara umumnya. Manusia menggelarkan mereka sbg “Harimau Ghaib” (HG) atau “Rimau Sahabat” atau “Khadam Macan”. Persahabatan mereka dgn manusia bukan saja meluas semasa zaman Kerajaan Majapahit di Tanah Jawa, malah di seluruh Alam Melayu Nusantara. Sepuluh nama yg paling dikenali berkenaan HG ini iaitu Tok Cepoh, Tok Puteh, Tok Sagor, Tok Belian, Kilat Senja, Kilat Hitam, Si Tampok Manggis, Si Amang Amang, Rinching Emas dan Tok Ringgo. 

Namun niat manusia boleh berubah, apalagi jika tiada mendalamnya ilmu pengetahuan tauhid mereka. Dari situlah niat yg lurus dari awalnya berubah hala dan tersasar. Kebergantungan manusia2 beginilah yg menjadikanHG bukan lagi sbg sahabat ttpi berubah menjadi belaan. Itulah yg digelar sbg “saka” (1 dari jenisnya) yg akan diwaris2kan. Di Sarawak pula ada kisah tersendiri ttg HG ini terkait juga dgn “belian”. 

Suatu masa dahulu pertikaian berlaku di antara dua golongan jin bangsawan ini iaitu golongan HG dan golongan Kama Baba (penguasa rimba) yg juga beriman melalui Nabi Sulaiman as. Pertikaian berterusan utk menguasai Pulau Borneo sehingga persetujuan dibuat utk mencari siapa yg lebih layak. Masing2 diwakili pahlawan paling tangguh dan sakti. HG menampilkan Tok Belian sbg wakil memandangkan beliau yg terkuat dan tersakti dlm selok belok pertarungan. Pertarungan penentuan yg berlangsung lama itu akhirnya dapat mengalahkan Tok Belian. Keputusan telah diperolehi, kedua2 pihak mencapai persetujuan. Golongan Kama Baba yg lebih layak menguasai rimba Borneo berbanding HG. Golongan HG beredar ke Semenanjung dan Sumatera. Ada di Kelantan nama tersebut. 

Mengingati peristiwa itu, nama Tok Belian tetap diingati di Borneo. Pokok besar tinggi lagi keras mampu hidup ratusan malah ribuan tahun, disitulah “semangat” Kama Baba bersemayam. Kini ia digelar Belian. Begitulah asal usul nama kayu belian. Tentang kebenarannya tiadalah dapat dibuktikan. Hanya Allah Yg Maha Mengetahui. 

Terdapat 6 latihan asas yg perlu dilakukan di sepanjang pengisian amalan Ilmu Belian ini iaitu pertama mulakan setiap sesuatu dgn ucapan “BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM”. Kedua jgn pernah mengeluh, cepat2 beristighfar (Astaghfirullah Hal Azim) jika tidak sengaja, apalagi sengaja. Ketiga, jgn pernah marah, cepat2 beristighfar (Astagh firullah Hal Azim) jika tidak sengaja, apalagi sengaja. Sikap pemarah akan mensia2 kan amalan ini nanti. Hentikan amalan ini jika kita berterusan gagal bersabar dan tidak mampu mengawalnya. Keempat lakukan segala suruhan Allah yg wajib spt solat fardhu, zakat, puasa Ramadhan dll. Kelima tinggalkan segala larangan Allah spt arak, zina dsb. Keenam dawamkan ibadat sunat spt zikir, sedekah, solat sunat dll. 

Berikut adalah amalan Ilmu Belian iaitu Surah Al-Ikhlas “BISMILLAHHIRRAHMANNIR RAHIM, QUL HUALLAHU AHAD, ALLAHUS SOMAD, LAM YALID WALAM YULAD, WALAM YAKULLAHU KUFUAN AHAD” sebanyak 70,000 kali. Didawamkan di lidah atau di hati sehingga sampai ke bilangan 70,000 kali. 

Bilangan tersebut adalah bilangan “sekhatam” yg biada didengar dlm amalan2 tarekat. Pernahkah mendengar Tahlil Sekhatam, Fatihah Sekhatam, Kursi Sekhatam, Yassin Sekhatam atau seumpamanya? Apakah Ilmu Belian ini sebenarnya Qulhu Sekhatam dari amalan2 para sufi yg biasa didengar di dalam aliran tarekat? Sama namun tidak serupa. Ada persamaan pada kunci amalannya (menggunakan Surah Al-Ikhlas). 

Tiada sama pada niat khusus penggunaanya, namun tetap lurus pada Yang Satu dan 1001 khasiat yg ada pada surah tersebut, insyaAllah tetap di situ asal kita menjaga niat. Cara mengamalkan ilmu (Ilmu Belian atau Qulhu Sekhatam) ini pula ada berbagai cara. Ia terpulang pada cara, jln beramal atau kaedah berzikir (amal) yg dilakukan oleh perlbagai aliran tarekat atau perguruan tertentu namun cara mengamalkan ilmu Belian ini disarankan spt berikut. 

Pertama sebelum memulakan amalan ini, niatkan di dalam hati agar diampunkan segala dosa oleh Allah dan dibangkitkan segala tenaga dalaman (3 tenaga asal) yg ada pada diri kita. Dgn berkat amalan ini mudah2an kita diredhai, direstui dan diberkati olehNya sehingga didatangkan segala pertolongan dariNya. 

Kedua membaca 3 bacaan ini iaitu Surah Al-Fatihah 1x, Surah Al-Ikhlas 11x, Selawat Nabi 3x. Dan setiap 3 bacaan ini niat disedekahkan kpd Rasulullah saw, Nabi Sulaiman as, semua para Nabi dan Rasul, semua keluarga Rasulullah saw, empat org sahabat, kesemua para sahabat Rasulullah saw, Malaikat yg empat dan semua para malaikat, semua para wali2 Allah, semua para rijalul ghaib, guru yg mengijazahkan amalan kpd kita, semua para guru kita, ibu kita, bapa kita, semua para keluarga kita, semua muslimin dan muslimat. Ini bermakna setiap satu kumpulan itu akan dibacakan 3 bacaan tersebut. Semua bacaan Surah Al-Ikhlas ini tidak termasuk dlm bilangan 70,000 kali. 

Ketiga bacakan Surah Al-Ikhlas ini sebanyak 200 kali setiap bada solat fardhu (selepas wirid dan doa). 

Keempat dibaca Surah Al-Ikhlas bada solat tahajjud sebanyak 750 kali. Jika sukar bertahajjud, lakukan solat hajat sebelum tidur malam (sebaik2nya jam 12 tghmlm) setelah itu dibaca 750 kali sbg ganti dari solat tahajjud. 

Kelima bacaan 200 kali bada solat fardu dan 750 kali bada solat tahajjud (atau hajad) maka satu hari bacaan ialah 1750 kali. Setelah 40 hari 40 malam amalan ini didawamkan maka akan lengkap 70,000 kali bacaan. 

Keenam jgnlah berhenti beramal setakat itu krn amalan ini amat besar manfaatnya. Kelapan sebutlah di lidah atau di dalam hati setiap masa dan ketika sebanyak2nya. Berhenti bercakap kalau bukannya perkara yg penting apa lagi kalau percakapan yg sia-sia. 

Ketujuh, amalkan juga setiap masa ingin tidur baik malam atau siang. Caranya semasa ingin tidur sebaik2nya berwuduklah kemudian baring sambil bacakan Surah Al-Ikhlas sebanyak2nya sama ada di lidah atau di hati sehingga tertidur, insyaAllah kita akan terus menerus membacanya di dalam tidur (alam bawah sedar). 

Setelah semuanya selesai maka tamatlah amalan Ilmu Belian ini. InsyaAllah telah pun khatam dan menjadi sebati dengannya. Maka bolehlah diamalkan utk waktu2 yg perlu sahaja spt ketika akan menghadapi musuh dsb. 

Amalan ilmu ini terkait dgn kemahiran roh manuia. Setiap manusia mempunyai 3 tenaga asal (tenaga2 dalaman) berasal dari manusia itu sendiri. Setiap ahli beladiri seharusnya tidak mengabaikan setiap satunya (3 tenaga asal tadi). Zahir, nafas dan roh adalah 3 tenaga tersebut. Masing2 memilikki kelebihan dan kekurangan. Dgn memajukan setiap tenaga dalaman tersebut maka kekurangan akan diperbaikki dan kelebihan akan diasah serta dipertingkatkan. Janganlah mengabaikan ketiga2nya. 

Disepanjang pengisian amalan ini akan terjadi sesuatu terhadap diri sendiri. Diantaranya spt berikut 

(1). Umumnya ilmu2 batin tujuannya sama iaitu utk meningkatkan dan membangkitkan segala tenaga dalaman (3 tenaga asal) dari dalaman manusia itu sendiri. Berbeza dari ilmu2 berkhadam yg sifatnya mendamping pengamal dan tenaga atau kemampuan yg diperolehi bukanlah dari dalaman pengamal itu sendiri. Apabila ini terjadi, kawalan diri dan kesabaran haruslah sempurna. Zahir tubuh badan haruslah sihat, emosi haruslah selalu tenang, fikiran sentiasa positif, tidak melihat sesuatu dgn buruk. Tetapkan niat yg lurus dari awal hingga ke akhirnya, tiada tergugat walau dugaan mendatang. 

(2). Ilmu Belian ini adalah kemahiran roh. Zahir ialah sesuatu yg dilatih melalui yg nyata spt mempelajari gerak jurus ketangkasan dan kekuatan. Nafas pula teknik kawalan cara yg betul dan benar jadi tenaga zahir dapat digunakan sekadarnya, tidak berlebihan. Sedangkan amalan ilmu Belian ini terkait roh, dtg dari dalam diri kita namun boleh menyatu dgn dua tenaga lain (zahir dan nafas). Keadaan kita akan lebih baik lagi jika ianya terjadi kerana penyatuan ketiga2 tenaga tadi akan meningkatkan kemampuan dan kemahiran kita, mudah menguasai sesuatu gerak, teknik atau lainnya. 

(3). Lanjutan dari perkara2 di atas, segala2nya dari dalaman diri pengamal akan menjadi maju dan berkembang, peningkatan beransur ketara, ketangkasan, kekuatan, gerak balas, gerak semulajadi tubuh badan, naluri, gerak hati menjadi tajam, panca indera menjadi peka. Jika kita berada di hutan atau di kebun, sedikit pun ranting kecil jatuh ke dedaun atau sedikit pun pergerakan serangga atau haiwan2 di sekitar, kita akan cepat mengetahuinya. Apalagi jika sesuatu yg merbahaya bakal terjadi kepada kita. 

(4).  Ilmu Belian ini adalah satu dpd jenis2 ilmu batin namun kunci amalannya sama dgn Qulhu Sekhatam. Sama tidak serupa. Sedang Qulhu Sekhatam adalah amalan sufi (dipanggil juga ilmu kesufian atau kemakrifatan atau kewalian). Keduanya berbeza pada niat khusus penggunaannya. Hati akan beransur2 disuci bersih, akhirnya halangan2 (kasyaf atau hijab) juga beransur2 hilang. Mata hati kita akan terbuka dan kita akan melihat sesuatu dgn lebih jelas lagi dari sebelumnya. Ia terkait dgn istilah “mukasyafah” (menyingkap kasyaf) dan “musyahadah” (menyaksi kebenaranNya) dlm kajian Ilmu Usul. 

(5). Jika benar jalannya, rezeki akan dtg dgn mudahnya seolah2 segolongan malaikat dinamakan “malaikat2 rahmat” sentiasa mengiringi kita. Ada saja perkara2 baik berlaku disekeliling kita. Kita bagaikan sebuah magnet yg dapat menarik apa jua bentuk rezeki, beredar2 di sekeliling kita. Senang memahami pelajaran, mudah mentafsir sesuatu, jika berkebun senang tumbuh tanaman kita, haiwan peliharaan senang menghampiri kita. 

(6). Doa dan amalan kita akan menjadi makbul. Ada saja bantuan dari Allah sekiranya kita tertimpa sesuatu masalah apalagi jika terancam nyawa dan keselamatan. Gerak balas kita menjadi jitu dan semulajadi dlm keadaan terdesak spt itu. InsyaAllah. 

Pantang larang amalan ini. 

(1). Ini adalah amalan berat, tidak harus dilakukan jika pada masa yg sama kita sedang mengamalkan amalan berat yg lain. Lakukan satu satu. 

(2). Jangan lakukan di dlm rumah yg ada anak kecil di bawah 2 tahun kerana anak2 serendah itu umurnya masih sangat peka pancainderanya, tajam nalurinya dan dapat merasa. Hijab mereka masih belum tertutup sepenuhnya oleh hal ehwal duniawi. Dikhuatirkan mereka akan terkesan dgn perubahan atau peningkatan dalaman diri kita menjadikannya tidak selesa dan menangis selalu. Tunggulah dia membesar dahulu. 

(3). Jgn melakukan dosa2 besar dan maksiat. Jika tetap melakukannya risiko akan berlakunya tanda2 penolakan dan amaran. Rezeki akan berat, pemarah, tiada ketenangan, dikelilingi masalah dsb. Jika itu berlaku maka berhentilah dan rutinkan melakukan kebaikkan. Jika mengabaikannya dan terus menerus dilakukan, itulah yg digelar org “gila isim”. 

(4). Hormati ibubapa dan guru2, jangan sesekali derhaka kpd mereka.


No comments:

Post a Comment