Ilmu ini adalah sebuah amalan ilmu kebatinan berasaskan jampi melayu lama. Diwariskan turun temurun hanya kpd murid (pewaris2 baru) yg paling dipercayai, berkebolehan dan diyakini sahaja. Iaitu setelah melakukan beberapa ritual ujian pemilihan yg tertentu spt pertapaan, puasa tertentu, kesungguhan latihan, istiqamah ibadah dll, terpulang kpd guru yg mewariskan amalan tersebut. Ia adalah amalan yg diamalkan oleh pahlawan2 melayu dahulukala utk membangkitkan tenaga yg ada pada diri seseorang itu. Tenaga di sini bermaksud luas, baik kekuatan, kepekaan, tindakbalas, kecekalan, keberanian dll sama ada dari dalam atau luar.
Bacaan jampi atau doa ilmu ini berbunyi begini “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, LANGIT AYAHKU, BUMI IBUKU, MATAKU SPT ANGIN, TANGANKU SPT KILAT, URATKU SPT BESI KELULI, TULANGKU SPT BESI LAKSAMANA, BAJUKU SPT TEMBAGA, BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH”.
Ilmu ini mempunyai 3 tahap penguasaannya iaitu tahap pertama dinamakan “Timbal Bisa” Pedang Laksamana. Tahap kedua dinamakan “Timbal Batu” Pedang Laksamana. Tahap ketiga dinamakan “Timbal Pecah” Pedang Laksamana.
Tahap pertama Timbal Bisa Pedang Laksamana. Pada tahap ini pukulan tangan pengamalnya menjadi sangat berbisa iaitu pukulan telapak tangan, tetekan, hentakan penumbuk atau penumbuk padu pengamalnya. Apb pukulan tangan pengamalnya mengenai sasaran pada tubuh musuh, ia akan meninggalkan kesan lebam kemerahan. Musuh akan merasa sakit, berat dan bisa pukulan itu dan kesakitan yg dialami tidak terhenti setakat itu saja malah berterusan sehinggalah hari2 yg seterusnya. Musuh akan mengalami muntah2, badannya menjadi kurus, panas dan sejuk yg bertukar ganti dan kesakitan yg semakin parah. Kerana itu lah ia digelar “Timbal Bisa” Pedang Laksamana.
Tahap kedua ialah Timbal Batu Pedang Laksamana. Hanya dapat dikuasai setelah menguasai tahap pertama. Pada tahap ini setiap pukulan kedua-dua tangan pengamalnya akan menjadi sangat kuat, begitu keras dan padat. Akan terlihat perubahan fizikal pada kedua-dua tangan itu. Telapak tangan akan menebal, isis dan ototnya juga akan menjadi tebal, kulit akan menjadi “belulang” dan tulang menjadi padat. Perubahan ini paling ketara pada tangan sebelah kanan. Kerana itu ia digelar “Timbal Batu” Pedang Laksamana. Sekiranya pukulan tangan pengamalnya mengenai sasaran pada tubuh musuh, pada tahap ke dua ini musuh akan mengalami luka dalaman yg ditandai dgn muntah darah. Sekiranya musuh sempat melarikan diri, bahagian tubuh yg terkena pukulan akan meninggalkan kesan lebam kemerahan, mengalami bisa kesakitan mendalam yg berterusan dan semakin parah hari demi hari. Kesan hampir sama dgn tahap pertama namun bertambah parah.
Tahap ketiga ialah Timbal Pecah Pedang Laksamana. Hanya dapat dikuasai setelah menguasai tahap pertama dan kedua sepenuhnya. Ini adalah tahap yg sangat sukar dan cuma org2 tertentu saja yg mampu mencapainya. Pada tahap ini telapak tangan pengamalnya adalah sangat merbahaya dan boleh mematikan dgn serta merta. Sekiranya musuh terkena pukulan ini, dia akan meninggalkan kesan lebam kemerahan di luarannya namun namun memcahkan organ dalaman musuh. Tidak kelihatan secara luaran namun ditandai dgn muntah darah, jatuh terkulai ke bumi dan menemui ajalnya, kerana itulah ia digelar “Timbal Pecah Pedang Laksamana”. Amalan yg dinamakan IPL ini amatlah merbahaya.
Cara mengamalkannya spt berikut.
Tahap pertama Timbal Bisa Pedang Laksamana. Amalkan setiap bada solat fardhu 3x. Jika solat sendirian di dlm bilik, teruskan diamalkan sebanyak 3x, tapi jika solat berjemaah, selepas wirid dan doa, carilah tempat yg tersembunyi dan terus lakukan amalan sebanyak 3x. Caranya begini. Selepas solat duduklah bersila dan genggam penumbuk kanan menggunakan telapak tangan kiri di paras muka kemudian bacakan jampi tadi sebanyak 1x sambil memakrifatkan di dlm hati, tarik nafas mendalam dan tahan nafas. kemudian urut penumbuk kanan ke siku sebanyak 3x dan teruskan lagi dgn mengurut penumbuk kiri hingga ke siku sebanyak 3x juga. Kemudian lepaskan nafas dan bernafaslah semula spt biasa. Lakukan cara ini sebanyak 3 kali bada solat fardhu. Boleh juga dilakukan dgn berdiri sekiranya tempat tersembunyi itu sempit. Pada sebelah malam kira2 jam 2 pagi, lakukan solat hajat 2 rakaat dan berdoa agar amalan tersebut makbul. Itu sebaik2nya tapi jika sukar, boleh solat hajat selepas solat tahajjud (solat terbangun dari tidur) atau pada jam 12 tgh mlm sebelum tidur. Slps solat hajat lakukan amalam ini lagi sebanyak 40x (bersama dgn urutan ke kedua2 tangan), lakukan kedua ini selama 40 hari berturut2. Carilah masa yg sesuai sama ada pagi, petang atau malam utk berlatih menguatkan kedua2 tangan, sama ada pukulan telapak tangan, tetakan, hentakan penumbuk atau penumbuk padu agar menjadi kuat. Sebelum berlatih jgn lupa mulakan dgn Bismillah dan amalkan amalan ini bersama urutan sebanyak 3x dahulu. Gunakan sasaran yg diperbuat dpd guni berisi pasir atau apa juga yg sesuai (sasaran yg padat namun agak lembut) utk mengurangkan kecederaan. Lakukan pukulan pada sasaran sebanyak yg termampu pada siang atau malam itu. Teruskan latihan selama 40 hari dan malam berturut2. Setelah 40 hari/malam maka tamatlah tahap pertama amalan ini. Teruskan lagi dgn tahap berikutnya.
Tahap kedua Timbal Batu Pedang Laksamana. Tahap ini perlu dilakukan selama 40 hari 40 malam spt tahap pertama. Utk tahap ini gunakanlah juga sasaran guni pasir sama spt tahap pertama. Pada kali ini latihan lebih tertumpu pada pukulan telapak tangan sebelah kanan. Mulakan latihan dgn Bismillah dan amalkan amalan ini (bersama urutan) sebanyak 3x dahulu. Lakukan pukulan pada sasaran sebanyak yg termampu pada siang atau malam selama 40 hari. Selesai 40 hari maka tamatlah tahap kedua. Lanjutkan ke tahap ketiga.
Tahap ketiga Timbal Pecah Pedang Laksamana. Spt dua tahap sebelum ini, perkara sama dilakukan selama 40 hari 40 malam dgn sasaran yg sama. Namun sasaran tadi kali ini adalah utk pemanasan sahaja sebelum memulakan latihan menggunakan sasaran yg baru. Sasaran baru adalah sesuatu yg keras, padat dan pejal spt batu bata putih atau merah atau seumpamanya. Batu bata dilapik dgn kain yg agak tebal diatasnya, setelah terbiasa barulah lapik itu dikurangkan sehingga akhirnya tiada lapik lagi. Ini tergantung pada kesesuaian telapak tangan kanan. Teruskan latihan utk menguatkan kedua2 tangan tadi. Kali ini latihan menggunakan batu bata hanya ditumpukan terhadap pukulan telapak tangan sebelah kanan sahaja. Mulakan latihan dgn Bismillah dan amalkan amalan ini (jampi bersama urutan) sebanyak 3x dahulu. Lakukan pukulan pada sasaran (batu bata berlapik) sebanyak yg termampu pada siang atau malam. Mulakan dgn perlahan dan berhati2 kemudian akan semakin cepat dan tepat beransur2. Telapak tangan kanan akan mengalami perubahan dan menjadi magli atau kuat terhadap sasaran. Lakukan selama 40 hari berturut2.
Setelah lengkap 120 hari tempoh pengisian maka tamatlah amalan Ilmu Pedang Laksamana ini. IsyaAllah kita telah khatam dan menjadi sebati dgnnya maka bolehlah diamalkan utk waktu2 yg perlu sahaja contohnya semasa keluar menghadapi musuh dll.
Disepanjang tempoh pengisian amalan ini akan terjadi sesuatu kpd kita, diantaranya spt berikut.
(1). Ini adalah amalan ilmu batin lama berasaskan jampi berupa doa berkias bahasa Melayu lama. Ia adalah amalan jenis berpenjaga terdiri dpd pewaris2 asal amalan ini yg merupakan pahlawan2 melayu dahulukala yg tergolong dlm golongan rijaul ghaib. Di sepanjang tempoh beramal, besar kemungkinan pengamal2 baru akan didatangi. Ini utk menguji sama ada pengamalnya yg baru itu adalah org yg selayaknya utk menerima amalan ini atau sebaliknya. Ia boleh wujud dlm berbagai bentuk dan rupa sama ada dlm sedar ataupun melalui mimpi. Jangan taut, teruskan beramal sehingga khatam.
(2). Di sepanjang tempoh beramal (pengisian) kedua2 tangan akan mengalami perubahan fizikal. Ini kesan dpd latihan2 yg dilakukan setiap hari. Telapak tangan akan menebal, kulit menjadi belulang, otot2 semakin pejal, tulang menjadi padat dan kekuatan pukulan akan bertambah. Jika yakin bersungguh2 dan berusaha utk menjadi makbul, isnyaAllah kekuatan pukulan telapak tangan kanan boleh diuji setelah khatam.
(3). Di sepanjang tempoh beramal akan terasa sesuatu pada kedua2 tangan lebih2 lagi pada tangan kanan. Tangan akan terasa berat dan terus memberat namun mudah utk digerakkan. Denyutan nadi dan aliran darah di situ juga semakin dapat dirasai. Tangan akan selalu hangat disekitarnya namun sering disusuli oleh rasa kebas, semut2 dan panas. di telapaknya seakan2 ada tenaga berterusan berlegar2 mengalir di situ. Semasa ingin tidur malam, cubalah letakkan lengan di atas dahi dlm keadaan tidur terlentang, perkara tadi akan lebih ketara.
(4). Aliran darah dalam tubuh menjadi lancar, rasa bertenaga, menjadi sihat tubuh badan, terasa hangat, mudah berpeluh, kesihatan meningkat, sukar sakit dan jika sakit mudah sembuh.
(5). Kita akan menjadi tenang selalu namun peka dgn sekitaran, hatta jika kita berada di hutan atau di kebun, sedikit gerakan pada ranting atau haiwan di daun akan dapat kita rasakan. Kita tidak mudah terkejut atau dikejutkan dan tak mudah lemah semangat namun panca indera menjadi bertambah peka dan lebih tajam apa lagi pada perkara2 yg memudharatkan.
(6). Akan ada ujian terhadap diri kita ttg amalan ini. Ini utk menguji adakah kita org selayaknya atau sebaliknya. Ujian boleh dtg dlm pelbagai bentuk sama ada menguji kesabaran, keberanian dll. Berzikirlah selalu dan bernafaslah dgn mendalam agar sentiasa tenang. Sekiranya tidak dapat bersabar, lepas saja perasaan pada dinding atau tanah tempat berpijak. Jgn lepaskan pukulan sesuka hati.
Ilmu ini juga ada pantang larangnya.
(1). Jgn melakukan amalan ini serentak dgn amalan lain yg berat juga. Selesaikan satu demi satu.
(2). Jangan sesuka hati melepaskan pukulan tangan krn ia telah menjadi sgt berbisa.
(3). Jgn melakukan pengisian di rumah yg ada anak kecil di bawah 2 tahun.
(4). Jgn berzina dan minum arak kerana akan mengotorkan jasad dan roh kita disbbkan amalan suci ini.
No comments:
Post a Comment