Monday, January 2, 2012

ILMU BATIN PAHLAWAN (PUKULAN JARAK JAUH)


Isim Gerak Kilat. Isim ini adalah sejenis ilmu batin pahlawan yg diamalkan oleh pahlawan2 melayu dahulu kala. Diwariskan turun temurun hanya kpd murid (pewaris2 baru) yg paling dipercayai, berkebolehan dan diyakini sahaja. Ini utk mengelakkan amalan ini dpd jatuh ke tangan2 org yg tidak sepatutnya, seterusnya disalahgunakan malah jika jatuh ke tangan2 org yg tidak layak, ia akan membinasakan org itu sendiri nanti. 

Ilmu ini mempunyai 3 tahap penguasaannya iaitu 

(1). Pukulan dekat yg juga dinamakan sbg “Pukulan Telapak Besi”. 

(2). Pukulan Pantas yg juga dinamakan “Pukulan Gerak Kilat”. 

(3). Pukulan jarak jauh yg juga dinamakan sbg “Pukulan Jarak Jauh Isim Gerak Kilat”. 

Tahap Pertama: Pukulan Telapak Besi. Ia dilakukan oleh pengamalnya menggunakan tangan kosong semasa pertarungan tanpa senjata. Apb telapak tangan pengamalnya mengenai sasaran pada tubuh musuh, ia akan melekat seketika di tubuh musuh spt magnet dan meninggalkan nekas hitam di situ. Musuh akan merasa beratnya pukulan itu disertai dgn rasa panas dan bisa yg mendalam dan mungkin disusuli oleh muntah darah dan kesakitan. Kerana itulah ianya digelar “Pukulan Telapak Besi”. 

Tahap Kedua: Pukulan Gerak Kilat. Hanya dapat dikuasai setelah menguasai tahap pertama. Pada tahap ini setiap gerakan pengamalnya adalah sgt pantas seakan tidak kelihatan baik gerakan tubuhnya, langkahnya, lariannya, tindakan menepis serangan, mengelak, mengenakan kuncian dll. Apalagi begitu pantas pukulan tangan dan kaki pengamalnya begitu pantas tidak kelihatan sepantas kilat. Kerana itulah digelar ia “Pukulan Gerak Kilat”. Pada tahap kedua ini,kesan yg terjadi sekiranya pukulan dikenakan terhadap musuh masih juga sama spt pada tahap pertama tadi dimana telapak tangan akan melekat seketika, meninggalkan bekas hitam seterusnya musuh akan sakit, panas dan mungkin disusuli muntah darah. 

Tahap ketiga  Pukulan Jarak Jauh Isim Gerak Kilat. Hanya dapat dikuasai setelah menguasai tahap pertama dan kedua sepenuhnya. Kesan2 amalan yg ada pada tahap pertama dan kedua masih lagi ada namun dimajukan dan dipertingkatkan lagi dgn pukulan jarak jauh. Ini adalah tahap yg paling sukar dan tidak ramai yg mampu mencapai tahap ini. Contoh pencapaian tahap ini adalah spt mampu menolak, mengenakan pukulan tangan dan kaki dari jarak jauh dan musuh akan terpelanting ke belakang namun masih lagi meninggalkan kesan hitam pada sasaran di mana musuh juga merasa berat, panas, sakit dan mungkin disusuli muntah darah. Amalan ini sangat merbahaya.

Isim Gerak Kilat berbunyi begini “BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM, HAQ! QI! FA! KAF!” 

Cara mengamalkannya spt ini. Ia diamalkan setiap bada solat fardhu selama 40 hari berturut2. Duduklah dlm keadaan bersila dan mulakan dgn Basmallah. Kemudian letakkan telapak tangan kiri di atas sebelah belakang telapak tangan kanan (kedua2nya di paras dada). 

Tekan dan genggam kuat sambil menyebut isim “HAQ” dgn niat menyimpan amalan ke dlm sendi tersebut. Kemudian urut ke atas sehingga sampai ke pergelangan tangan kanan. Tekan dan genggam kuat sambil menyebut isim “QI” dgn niat menyimpan amalan ke dlm sendi pergelangan tangan kanan tersebut. Kemudian urut ke atas lagi sehingga sampai ke sendi siku tangan kanan, tekan dan genggam kuat sambil menyebut isim “FA” dgn niat menyimpan amalan ke dlm sendi siku kanan tersebut. Kemudian urut ke atas lagi sehingga sampai ke sendi bahu kanan. Tekan dan genggam kuat sambil menyebut isim “KAF” dgn niat menyimpan amalan ke dlm sendi bahu kanan tersebut. Kemudian urutkan ke atas bermula dari belakang telapak tangan kanan ke pergelangan tangan kanan ke siku kanan dan ke bahu kanan tadi. Dgn telapak tangan kiri masih di sendi bahu kanan, tarik nafas mendalam sehabis nafas. Tahan nafas kemudian lepaskan pukulan pantas ke udara sebanyak 3 kali (tanpa melepaskan telapak tangan kiri yg masih berada di bahu kanan tadi). Ulang langkah2 yg sama pada tangan kiri. 

Seterusnya lakukan juga pada kaki kanan dari sendi belakang telapak kaki kanan ke sendi pergelangan kaki ke sendi lutut dan ke sendi pangkal peha juga. Kemudian urutkan ke atas bermula dari belakang telapak kaki kanan ke pergelangan kaki kanan ke lutut kanan dan ke pangkal peha kanan tadi. Dgn telapak tangan kiri masih di sendi peha kanan, tarik nafas sehabis dalam, tahan kemudian lepaskan tendangan pantas ke udara sebanyak 3 kali (tanpa melepakkan tangan kiri yg masih berada di sendi peha kanan tadi). Ulangi langkah yg sama kepada kaki kiri. Itu dilakukan di sebeleh siang. Pada sebelah malamnya pula, sebaik-baiknya kira2 jam 2 pagi (ditanda dgn bunyi kokokan ayam yg ke 2) lakukanlah solat hajat 2 rakaat. Jika sukar melakukannya pada jam tersebut boleh juga dilakukan pada jam 12 tghmlm. 

Lakukan solat hajat 2 rakaat dan berdoalah agar amalan tersebut makbul. Setelah itu, lakukan amalan nafas tadi lagi sebanyak 33 kali. Teruskan melakukannya selama 40 malam berturut2. Setelah 40 hari dan 40 malam mengamalkan amalan ini maka lengkaplah tahap pertama amalam Isim Gerak kilat ini. Teruskan ke tahap yg kedua. Tahap kedua ini perlu dilakukan selama 40 hari 40 malam juga. Perkara2 yg sama spt pada tahap pertama tadi. Setelah itu teruskan pula dgn tahap yg ketiga amalan ini. Tahap ketiga ini perlu dilakukan selama 40 hari 40 malam juga. Perkara2 yg sama spt pada tahap kedua tadi. Setelah lengkap semua 120 hari maka tamatlah tempoh pengisian amalan Isim Gerak Kilat ini. IsyaAllah kita telah khatam dan menjadi sebati dgnnya maka bolehlah diamalkan utk waktu2 yg perlu sahaja contohnya semasa keluar menghadapi musuh dll. 

Disepanjang tempoh pengisian amalan ini akan terjadi sesuatu kpd kita, diantaranya spt berikut. 

(1). Amalan ini adalah amalan ilmu batin lama berasaskan isim. Ia adalah amalan jenis ‘berpenjaga”. Ia terdiri dpd pewaris2 asal amalan yg merupakan pahlawan2 melayu dahulukala yg tergolong dlm golongan rijalul ghaib. Di sepanjang tempoh beramal, besar kemungkinan pengamal2 baru akan didatangi. Ini utk menguji sama ada pengamalnya yg baru itu adalah org yg selayaknya utk menerima amalan ini atau sebaliknya. Ia boleh wujud dlm berbagai bentuk dan rupa sama ada dlm sedar ataupun melalui mimpi. Menurut pengalaman pewaris2 terdahulu, ada yg melihat or tua yg berjanggut dan berserban putih, harimau putih, lembaga putih terang benderang, burung besar yg sayapnya lebar sehingga menggelapkan bumi tempat berpijak, org misteri bersongkok hitam separuh umur dll. Jangan taut, teruskan beramal sehingga khatam. 

(2). Di sepanjang tempoh beramal (tempoh pengisian) tubuh badan akan menjadi “hidup”. Maksudnya tubuh badan kita akan tergerak2 di kawasan2 tertentu dan boleh tiba2 saja tersentak seketika. Ia akan terjadi paling ketara pada anggota tangan ataupun kaki. Keadaan ini selalunya berlaku pada masa ingin tidur malam. Ketika dlm keadaan separuh tidur, sebelum tidur sebenarnya terjadi. Tangan dan kaki boleh saja tiba2 tergerak2 malah menendang ke sisi. Kerana itu sebaiknya kita tidur sendirian semasa tempoh pengisian ini. 

(3). Tubuh badan akan selalu berasa hangat walaupun dlm cuaca yg sgt sejuk. Ini disbbkan oleh aliran darah dlm tubuh menjadi laju dan lancar. Kadang2 kita boleh mendengar aliran darah sendiri mengalir dgn deras di telinga terutama semasa ingin tidur malam. 

(4). Apb kita menutup mata utk tidur, akan kelihatan kerdipan2 cahaya pada kelopak mata yg tertutup namun kerdipan itu berlaku dgn sekata dan pantas, seakan2 ada pancaran elektrik yg berterusan mengalir di situ. Ianya berterusan sehinggalah kita terlena dan hilang kesedaran ttgnya. 

(5). Kita akan menjadi tenang selalu namun peka dgn sekitaran, hatta jika kita berada di hutan atau di kebun, sedikit gerakan pada ranting atau haiwan di daun akan dapat kita rasakan. Kita tidak mudah terkejut atau dikejutkan dan tak mudah lemah semangat namun panca indera menjadi bertambah peka dan lebih tajam apa lagi pada perkara2 yg memudharatkan. 

(6). Akan ada ujian terhadap diri kita ttg amalan ini. Ini utk menguji adakah kita org selayaknya atau sebaliknya. Ujian boleh dtg dlm pelbagai bentuk sama ada menguji kesabaran, keberanian dll. Berzikirlah selalu dan bernafaslah dgn mendalam agar sentiasa tenang. Sekiranya tidak dapat bersabar, lepas saja perasaan pada dinding atau tanah tempat berpijak. Jgn lepaskan pukulan sesuka hati. 

Ilmu batin pahlawan melalu Isim Gerak Kilat ini juga ada pantang larangnya. 

(1). Tidak dibenarkan tidur bersebelahan dgn sesiapa pun semasa tempoh pengisian atau beramal. 

(2). Jgn melakukan pengisian di rumah yg ada anak kecil di bawah 2 tahun. 

(3). Jgn melakukan amalan ini serentak dgn amalan lain yg berat juga. Selesaikan satu demi satu. 

(4). Jgn berzina dan minum arak kerana akan mengotorkan jasad dan roh kita disbbkan amalan suci ini.


No comments:

Post a Comment