(1). ISTIGHFAR: Ada banyak jenis istighfar, yg dinyatakan di sini ialah “ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM” (Aku memohon ampun kpd Allah yg Maha Agung). Caranya, zikirkanlah istighfar sebanyak 200x setiap bada solat fardhu yg akan berjumlah 1000x sehari semalam.
(2). SOLAT DHUHA: Dawamkan solat ni 2 atau 4 atau 6 dan paling banyak 12 rakaat ikut kemampuan setiap hari. Waktu terbaik dari matahari segalah sehingga sebelum zohor. Doa solat Dhuha (melayu), “Ya Allah, Sesungguhnya waktu dhuha itu adalah waktu dhuhaMu, Keagungan itu adalah keagunganMu, Keindahan itu adalah keindahanMu, Kekuatan itu adalah kekuatanMu dan perlindungan itu adalah perlindunganMu. Ya Allah jika rezekiku ada di langit maka turunkanlah, jika di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah, berkat waktu dhuha keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah segala yg telah Engkau limpahkan kpd hamba2Mu yg soleh”.
(3). SURAH AL-WAQIAH: Dawamkan membaca Surah ini setiap malam.
(4). SELAWAT NABI: Terdapat banyak sekali selawat Nabi tapi yg dicadangkan di sini ialah Selawat Jibrail iaitu “SALLALLAHU ‘ALA MUHAMMAD” (Salam Sejahtera ke atas Nabi Muhammad). Zikirkan selawat ini 100x siang dan 100x malam (atau pagi dan petang atau bada subuh dan maghrib). Manafaatnya dimurahkan rezeki, keampunan, dinaikkan darjat dsb.
(5). BASMALLAH: Pada setiap bacaan dicatatkan dlm buku amalannya sebanyak 400 kebaikkan. Amalkannya spt mengamalkan istighfar tadi (1000x setiap hari).
(6). SOLAT TAHAJJUD: Dilakukan sekurang2nya 2 rakaat sendirian dan sebanyak2nya ikut kemampuan.
(7). SURAH YASSIN: Bacalah setiap hari atau seminggu sekali mengikut kemampuan.
(8) SURAH AL-IKHLAS: Bacakan 3x semasa keluar rumah, 3x juga semasa ingin masuk ke rumah. Baca lagi sekali ketika melangkahkan kaki kanan masuk ke dlm rumah. Amalkan selalu utk memurahkan rezeki.
(9). SURAH AL-INSYIRAH (Alam Nasy Rah): Bacakan 7x semasa keluar dari rumah dan dawamkan dlm dan bada solat.
No comments:
Post a Comment