Sakit gigi hilang serta merta: Ini adalah sebuah amalan bertujuan untuk menghilangkan sakit gigi. Kesakitan dan denyutan pada gigi akan hilang seterusnya menyembuhkannya. Hairan sekali kerana kesakitan atau denyutan pada gigi itu akan hilang serta merta. Biasanya begitu. Cara melakukan amalan ini adalah seperti berikut:
Ambilkan segelas air putih dan campurkan sedikit garam di dalamnya (anggaran 1 hingga 2 sudu kecil garam halus). Suruhlah pesakit tersebut berkumur-kumur dahulu menggunakan air garam tadi beberapa kali.
Ambilkan 3 benda yg utama dlm amalan ini iaitu 3 batang paku, tukul, kayu saiz 2x3 inci dan nama pesakit itu. Tentang nama pesakit itu, ia boleh di bin atau bintikan dgn nama ibu kandungnya, ayah kandungnya atau nama lengkapnya mengikut kad pengenalan. Namun jika tidak mengetahuinya, cukup nama panggilannya saja. Yang lebih utama adalah orangnya adalah orang yg dimaksudkan itu tadi.
Ambil atau genggam 3 batang paku tadi dengan hujung-hujung tajamnya menghala ke atas, bacakan bacaan2 berikut pada hujung2 paku itu tadi dan hembuskan padanya. Berikut bacaan2nya iaitu Surah Al-Fatihah (1x), Surah Al-Ikhlas (3x) dan Selawat Nabi (Allahumma sholli ‘ala saiyidina muhammad wa ‘ala aali saiyidina Muhammad) 3x.
Berikan 3 batang paku tadi kepada pesakit dan suruhlah dia menyentuhkan hujung paku paku tadi (satu-satu) pada gigi gigi yang sakit itu. Jika sakitnya hanya pada satu gigi sahaja, ketiga tiga hujung paku tadi hendaklah disentuhkan di situ sahaja. Sebaik-baiknya begitu. Namun, haruslah sekurang-kurangnya menyentuh 1 paku pada 1 tempat sakit. Ringkasnya begitu. Jika pesakit sukar melakukannya (menyentuhkan hujung paku itu ke tempat yang sakit), maka kita sendiri (perawat) boleh melakukan untuknya.
Ambilkan kayu saiz 2x3 inci tadi dan tuliskan satu isim di atasnya. Menulisnya boleh menggunakan paku, pen atau pensil sahaja. Asalkan sumbernya dpd benda2 yg suci (sama ada berdakwat atau tidak). Isim yang harus ditulis di atasnya adalah seperti ini: ALIF, LAM, QAF, YA, WAU, MIM (bersambung). Ia merupakan 1 dpd Asmaul Husna bermaksud Yang Maha Berdiri Sendiri.
Ambilkan paku paku tadi dari pesakit. Ambil 1 paku dan bacakan spt di bawah padanya (sambil meniatkan kita mematikan kesakitan giginya itu): “BISMILLAHHIRRAHMANNIRRIM, LAILAAHA ILLA ANTA, SUBHAANAKA INNI KUNTU MINNAZ ZOOLIMIN, BUKAN AKU MELANTAK PAKU, AKU MELANTAK GIGI… (sebut nama pesakit)… BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH”. Tiupkan pada hujung paku pertama tadi dan ketukkan ia menggunakan tukul pada lubang huruf QAF pada isim tadi. Ambil lagi paku yang kedua dan bacakan lagi doa tadi padanya dan hembuskan pada hujungnya. Ketukkan ia menggunakan tukul pada lubang huruf wau pada isim tadi. Ambil lagi paku yang ke tiga dan bacakan lagi doa tadi padanya dan hembuskan pada hujungnya. Ketukkan ia menggunakan tukul pada lubang huruf mim pada isim tadi juga.
Bertanyalah kepada pesakit, Jika dia masih merasakan sakit, bacakan lagi doa tadi dan ketuk lagi paku paku itu menggunakan tukul dgn lebih dalam lagi. Insya Allah rasa sakit yg dialaminya akan beransur hilang dgn izin Allah.
Setelah pesakit tidak lagi merasa sakit, benarkan dia balik ke rumah sambil berpesan agar selalu menjaga gigi seperti memberus gigi, menngelakkan makanan dan minuman manis dan seumpamanya. Kayu yg tercacak paku paku tadi pula letakkan ke tempat yg tersembunyi. Jangan sampai ia terjatuh apa lagi jika hingga tercabut paku pakunya. Ia boleh menyebabkan si pesakit kembali kepada kita dan mengadu kesakitan tiba-tiba datang semula.
No comments:
Post a Comment