Ilmu ini boleh dipanggil berbeza-beza mengikut daerah atau kebudayaan masing2. Di antara panggilan2 yg boleh dikaitkan dgn nya adalah mata ketiga, cakra ajna, remote vision, astral vision, mata batin, mata ghaib, mata sukma, mata langit atau seumpamanya. Tujuan amalan ini adalah utk “melihat” (secara umumnya). Melihat maksud di sini bukanlah hanya melihat dgn menggunakan deria mata semata2 malah juga deria lain yg ada spt dpt mendengar, menghidu, merasa, menyentuh dll. Gerak hati, naluri, firasat termasuk dlm deria hati yg lebih kompleks juga termasuk itu. Boleh dirangkumkan semua atau sebahagiannya, seterusnya ditafsir oleh pemikiran yg tajam sehingga ia boleh tergambarkan di fikiran sama ada secara nyata (zahir) atau tersembunyi (batin).
Dari kemampuan atau skill utk melihat yg lebih luas dpd melihat biasa, tentu amalan ini akan memberi manfaat yg besar lebih2 lagi jika kita seorang yg terlibat dgn merawat org, seorg ahli spiritual bomoh, bidan, pencari benda2 bertuah dll. Selagi skill melihat (yg lebih luas tafsirannya tadi) boleh digunakan ketika mana atau situasi apa ia dilakukan, insyaAllah ia akan membantu. Contohnya utk mencari org yg hilang, mengetahui punca2 penyakit, mengetahui pencurian atau siapa pelakunya, mencari buhul2 sihir yg ditanam, melihat lokasi tempat2 mistik, mencari benda2 bertuah, melihat tulang patah, scan secara ghaib, membuat tinjauan seseorang atau sesuatu di tempat yg jauh dll. Itu antara kegunaan2nya.
Cara pengisian amalan ini mempunyai 3 tahap. Setiap tahap mempunyai 21 hari dan keseluruhannya adalah 63 hari. Perkara yg harus diingat semasa pengisian adalah:
(1). Tenang: Harus selalu dlm keadaan tenang semasa pengisian dilakukan, tidak boleh tergopoh gapah, terkejar-kejar dan banyak memikirkan perkara2 yg tidak berkaitan. Jika banyak sangat masalah yg ada di dlm fikiran, selesaikan terlebih dahulu, barulah beramal selepas itu. Tanpa ketenangan yg diingini, akan sukar utk menguasai amalan ini.
(2). Yakin: Harus yakin sepenuh hati semasa pengisian dan beramal. Tanpa keyakinan, apa saja amalan, doa atau permohonan kpd Allah akan menjadi sia-sia. Jadi harus yakin dlm beramal.
(3). Sabar: Ini perlu, tanpa sabar bermakna kita seorang yg cepat berputus asa. Sekiranya beramal atau berdoa, jgn lah menentapkan masanya, mendesak2 supaya cepat2 terkabul oleh Allah doa atau amalan kita itu. Siapa kita utk berbuat begitu? Sedarkah kita bahawa manusia cuma hambaNya? Jadi, bersabarlah dlm beramal atau berdoa. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui siapa yg lebih layak diijabahkan doanya atau dimakbulkan amalannya. Tentu ada hikmah di sebalik sesuatu.
Tahap pengisian amalan ini iaitu:
1). TERAWANGAN TAHAP 1: Sila hafalkan dahulu bacaab amalan ini iaitu ayat 103 Surah Al-Anaam, “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, LAA TUDRIKUHUL ABSORU, WAHUWA YUDRIKUL ABSORA, WAHUWAL LATHIFUL KHABIR. (Dia tidak dapat dicapai oleh pengelihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yg kelihatan dan Dialah yg Maha Halus lagi Maha Mengetahui).
Pengisian pada tahap pertama ini harus dilakukan selama 21 hari atau malam berturut-turut. Lakukan dgn tenang, yakin dan sabar. Perkara2 yg harus dilakukan adalah spt berikut:
a). Setiap bada solat fardhu, bacakan Surah Al-Fatihah 1x, Surah Al-Ikhlas 3x dan Ayat 103 Surah Al-Anaam 21x.
b). Lakukan solat tahajjud setiap malam dan bada solat tahajjud bacakan Surah Al-Fatihah 1x, Surah Al-Ikhlas 3x, Istighfar 200x, Bismillah 200x, Kalimah Tauhid (Laailahaillallah) 200x, Selawat Jibrail 200x dan Ayat 103 Surah Al-Anaam sebanyak2nya tanpa mengira sehinggalah kita “tertidur”. Maksud tertidur adalah perkara paling utama dlm penguasaan amalan ini.
Terdapat 7 peringkat tidur yg cuba kita kuasai (peringkat demi peringkat). Dan peringkat yg terakhir (ke 7) adalah sasaran kita dlm melakukan amalan ini. Tujuh peringkat tidur yg dimaksudkan adalah seperti berikut:
i). Tidur sepenuhnya
ii). Separuh tidur dan tidak dapat mengawalnya
iii). Separuh tidur dan dapat mengawal sebahagiannya
iv). Separuh tidur dan dapat mengawal kebanyakkannya
v). Separuh tidur dan dapat mengawal semuanya
vi). Separuh tidur dan dapat menentukan hala tujuannya
vii). Separuh tidur dan dapat menentukan hala tujuannya dan di mana2 saja.
Begini penjelasan tentang setiap tujuh peringkat tidur itu agar lebih difahami:
(i). Tidur Sepenuhnya: Selepas solat tahajjud tadi, kesemua bacaan tadi dibacakan sehingga selesai. Kemudian tiba pula pada bacaan khusus bertujuan melakukan Ilmu Terawangan iaitu ayat 103 Surah Al-Anaam tadi. Ayat ini dipanggil Ayat Terawangan. Ayat ini dibacakan berulang2 kali tanpa mengiranya sehinggalah kita “tertidur”. Semasa pertama kali melakukan pengisian ini, kita akan mengalami peringkat pertama tidur iaitu “tidur sepenuhnya” yg bermaksud jasad kita tidur dan fikiran kita ikut tidur. Kita tiada kawalan langsung ke atas gambaran2 yg muncul di fikiran kita dan pada peringkat ini kita terbuai2 oleh mimpi yg melenakan itu. Kita biasanya akan lupa apa yg kita temui di dalam mimpi itu tadi setelah bangun nanti. Ringkasnya “tidur sepenuhnya” bermaksud jasad kita tidur dan fikiran kita juga tidur.
(ii). Separuh Tidur Dan Tidak Dapat Mengawalnya: Keadaan tidur sepenuhnya akan berlaku berulang2 sehinggalah kita mula mencuba utk mengawalnya. Di situlah bermulanya tidur pada peringkat ke 2 ini di mana kita mula “sedar”. “Separuh tidur dan tidak dapat mengawalnya” bermaksud jasad kita tidur dan fikiran kita juga tidur. Kita tiada kawalan langsung ke atas gambaran2 yg muncul di fikiran kita dan pada peringkat ke 2 ini kita masih terbuai2 oleh mimpi yg melenakan itu sama seperti tadi. Namun kita mula sedar ia berlaku. Tidak spt peringkat pertama di mana kita langsung tiada kesedaran tentangnya dan akhirnya lupa apa yg kita temui di dlm mimpi itu tadi setelah bangun nanti. Oleh kerana kita mula sedar maka kita biasanya akan ingat apa yg kita temui di dlm mimpi itu tadi setelah bangun. Ringkasnya “separuh tidur dan tidak dapat mengawalnya” bermaksud jasad kita tidur dan fikiran kita juga tidur. Namun kita sedar apa yg berlaku itu, kita ingat semuanya kecuali kita belum dapat mengawalnya.
(iii). Separuh Tidur Dan Dapat Mengawal Sebahagiannya: Keadaan2 tidur sebelumnya (peringkat 1 & 2) akan berlaku berulang2 sehinggalah kita mencuba utk mengawalnya kerana kita telah sedar tadi. Ia ditandai oleh, kita akan ingat kebanyakan mimpi2 itu. Gambaran2 di fikiran kita semasa itu masih lagi “mimpi”. Bukan apa yg kita mahukan, namun kita harus mengikuti proses2 dan langkah2nya begitu. Pengalaman merupakan guru terbaik bagi manusia. Ia akan sgt mengesankan kita dlm melakukan terawangan di kemudian hari. Itu pesanan berdasarkan pengalaman. Jadi itu adalah tidak digalakkan melakukan secara instant (segera). Walaupun itu boleh saja dilakukan oleh seseorg gurunya. Kerana org tidak akan mengalaminya sendiri, langkah demi langkah spt ini. Jadi ia akan kurang mengesankan org itu dikemudian hari apb cuba melakukan terawangan. “Separuh tidur dan dapat mengawal sebahagiannya” bermaksud jasad kita tidur dan fikiran kita juga tidur. Namun kita mula dapat mengawal sebahagian dpd gambaran2 yg muncul di fikiran itu. Gambaran itu masih lagi mimpi secara umumnya. Namun kita mula sedikit sebanyak boleh menentukannya. Contohnya di dlm mimpi itu kita sedang berada di tengah lautan yg bergelora. Kita tidak menyukainya dan kita mengubahnya ke sebuah taman yg indah. Kita boleh melakukan itu dan mengubah keadaan persekitaran mimpi2 itu tadi. Beransur2 dpt mengawalnya. Ringkasnya “separuh tidur dan dapat mengawal sebahagiannya” bermaksud jasad kita tidur dan fikiran kita juga tidur namun kita mula dapat mengawal gambaran2 atau mimpi2 yg kita alami secara beransur2. Kita akan ingat sebahagian dpd mimpi2 ini apabila terbangun nanti.
(iv). Separuh Tidur Dan Dapat Mengawal Kebanyakannya: Keadaan2 tidur sebelumnya (peringkat 1, 2 & 3) akan berlaku berulang2. Kita mula sedar keadaan itu dan cuba mengawalnya dan usaha ke arah itu mula menunjukkan kejayaan. Pada peringkat sebelumnya, kita dapat mengawal sebahagiannya sahaja. Namun melalui latihan yg kerap, ia beransur2 menjadi maju. Kita dapa tmengawal gambaran2 fikiran itu (mimpi2 tersebut) dgn lebih baik lagi. Kebanyakan situasi mimpi2 dan gambaran2 fikiran yg muncul dapat kita kawal. Pada peringkat ini, kita masih lagi mengalami mimpi (secara umumnya). Namun kita dapat mengawal kebanyakkannya. Contohnya kita sedang bermimpi bertemu dgn satu sosok hantu yg besar lagi ganas dan menakutkan. Kita tetap tenang di dalam mimpi itu. Kita dapat berfikir dgn tenang dan waras, tidak ketakutan spt masa2 dulu (sebelum beramal). Kita dapat membacakan ayat-ayat, zikir-zikir tertentu atau azan utk menangani gangguan tersebut. Malah, sesuatu pelik juga boleg terjadi di dlm alam mimpi itu spt kita dapat mengeluarkan api, cahaya atau kuasa dari tangan2 kita utk membakarnya, atau mulut kita dpt mengeluarkan semburan api utk mengalahkan hantu itu tadi. Akhirnya gangguan itu hilang terkalahkan oleh kita di dalam mimpi itu. Kita dapat mengawal kebanyakkan gambaran2 atau mimpi2 yg muncul di fikiran kita. Kita dapat berfikir dgn tenang walaupun jasad dan fikiran kita sebenarnya dlm keadaan tidur. Namun kita boleh berfikir dgn tenang. Kawalan diri menjadi semakin baik utk menantukan kesudahan mimpi2 itu. Itulah yg dimaksudkan pada peringkat ke empat ini. Ringkasnya “separuh tidur dan dapat mengawal kebanyakannya” bermaksud jasad kita tidur dan fikiran kita juga tidur. Kita masih mengalami gambaran2 fikiran yg lebih ditafsir sebagai mimpi. Kita masih bermimpi secara umumnya. Namun kita dapat mengawal kebanyakan mimpi2 itu mengikut kehendak kita sendiri.
(v). Separuh Tidur Dan Dapat Mengawal Semuanya: Keadaan2 tidur sebelumnya (peringkat 1, 2, 3 & 4) akan berlaku berulang2. Gambaran2 di fikiran yg muncul berupa mimpi boleh kita kawal sebahagian, kebanyakan atau kesemuanya mengikut kehendak hati kita sendiri. Kita menjadi begitu maju dlm menguasai gambaran2 tersebut melalui latihan2 sebelumnya. Kita tenang dan yakin, tidak mudah tersasar fokus terhadapnya. Kita boleh berfikir dengan rasional, seolah2 kita dlm keadaan sedar dan tidak dlm keadaan tidur. Sedangkan jasad kita sebenarnya tidur. Fikiran kita pula boleh kita tentukan sama ada melayan mimpi2 atau gambaran2 fikiran yg muncul atau tidak melayannya. Boleh saja kita membuai2kan diri kita di dlm mimpi2 itu atau tidak melakukannya. Kita menjadi penantu apa yg ingin kita lihat dan alami seterusnya. Yang jelasnya kita telah bertambah maju dlm mengawal gambaran2 yg wujud di fikiran kita semasa kita tidur itu. Jasad kita tidur, namun fikiran kita boleh jadi mengikut perjalanan mimpi itu atau pun tidak mengikutinya. Terpulang diri kita sendiri. Kita akan ingat semuanya sekali walaupun jasad kita sebenarnya sedang tidur. Ringkasnya “separuh tidur dan dapat mengawal semuanya” bermaksud jasad kita tidur dan fikiran kita dapat kita tentukan perjalanannya sama ada melayan gambaran2 berupa mimpi2 yg muncul atau tidak melayannya. Kita sendiri penentunya. Kita seolah dpt berfikir dan membuat keputusan seolah2 kita dlm keadaan sedar sepenuhnya. Walaupun kita sebenarnya sedang tidur.
(v). Separuh Tidur Dan Dapat Menentukan Hala Tujuannya: Keadaan2 tidur sebelumnya (peringkat 1, 2, 3, 4 & 5) akan berlaku berulang2. Namun bermula dari peringkat ini, kita dapat menentukan hala tujuannya. Jasad kita sedang tidur seperti biasa, namun kita boleh menentukan apa yg ingi kita lihat. Inilah peringkat tidur yg dinamakan terawangan yg sebenar. Boleh saja ia dimulai oleh mimpi2 yg biasa namun kita boleh mengubahnya. Mimpi2 yg dialami pada awalnya boleh kita ubah hala tujuannya menjadi pengelihatan dari jarak jauh. Bukan saja mata kita dapat melihat, tapi juga dapat mendengar, merasa, menghidup, merasa gerak hati dan firasat tertentu, terpulang apa yg ingin kita lihat atau temui itu. Untuk melakukan terawangan atau melihat dari jarak jauh begini sebaik2nya kita mempunyai “ikatan” dgn sesuatu yg ingin kita lihat itu. Contohnya kita ingin mencari org yg hilang, sebaik2nya kita harus mengetahui rupa parasnya dan sedikit maklumat tentang keadaany sebelum kejadian berlaku. Seperti seseorang yg hilang semasa mendaki, sebaiknya kita pergi ke tempat itu terlebih dahulu. Semakin banyak maklumat yg kita dapati berkenaan dgn perkara itu, maka semakin besar pula potensi kita menemui dan melihat keadaannya ketika terawangan. Ini kerana jalan atau laluan melakukan terawangan adalah berbagai dan berbeza-beza. Tugas kita pula adalah memilih jalan yg tepat utk mencarinya. Contoh lain adalah spt utk mencari benda2 pusaka atau benda2 bertuah di sesuatu tempat misteri. Sebaiknya kita berkunjung dulu ke tempat itu dan melihat2 di sekelilingnya. Jadi apabila kit melakukan tahajjud di malam hari dan mengamalkan terawangan utk tujuan itu (mencari benda2 bertuah tadi), tujuan kita tidak mudah tersasar. Kerana apa yg kita lihat dan temui adalah menyamai apa yg kita kunjungi sebelumnya tadi. Itulah yg dimaksudkan pada peringkat tidur ini. Kita sendiri penentu apa yg ingin kita lihat di dlm tidur itu. Jasad kita sebenarnya sedang tidur, namun fikiran kita dapat menentukan halatuju yg ingin kita saksikan. Itulah maksudnya “terawangan”. Fikiran kita menerawang atau di awang2an seolah2 spt kita dpt melihat atau menemui apa2 saja yg kita inginkan terpulang diri kita penentunya. Ringkasnya “separuh tidur dan dapat menentukan hala tujuannya” bermaksud jasad kita sedang tidur namun fikiran kita dapat menentukan apa yg bakal kita lihat atau temui nanti. Sama ada menurut perjalanan mimpi2 atau melihat gambaran2 lain berkaitan dgn apa yg di cari2 itu.
(v). Separuh Tidur Dan Dapat Menentukan Hala Tujuannya Dan Di Mana-mana Sahaja: Peringkat tidur ini pula sama spt pada peringkat tidur sebelumnya (peringkat ke enam). Bezanya adalah pada peringkat sebelumnya ia lebih merujuk pada latihan melakukan terawangan iaitu ketika selepas melakukan tahajjud di malam hari. Pada peringkat ini pula, ia tidak dilihat cuma latihan semata-mata, namun boleh diaplikasikan pada waktu2 yg lain juga, sesuai persekitaran atau keadaan kita. Bukan saja ia (ilmu terawangan ini) boleh dilakukan selepas solat tahajjud, malah waktu2 lain juga spt selepas solat2 hajat (baik malam atau siang), selepas solat fardhu, sewaktu berbaring utk tidur (malam atau siang), sewaktu bertafakkur (bermeditasi) di tempat2 yg sunyi atau di kawasan2 mistik atau misteri (sewaktu ingin mencari benda2 bertuah dll) atau seumpamanya. Jika dikuasai dgn baik, malah boleh dimajukan lebih lagi. Seseorang boleh tidur jasadnya dlm apa jua keadaan baik berbaring, duduk, bersila atau berdiri. Sedangkan yang tidur tetap posisinya begitu hanya berlaku pada jasadnya sahaja, sedangkan fikirannya pula boleh menerawang mencari2 apa yg ingin dia saksikan. Dalam keadaan ini, gambaran2 boleh terwujud di benak fikiran pada lokasi ubun2nya (biasanya begitu). Ia bukanlah khayalan, halusinasi, delusi atau mimpi di siang hari. Dia tidak memikirkan atau membayangkannya sehingga membuat ia (gambaran2 itu) muncul begitu. Dia cuma berniat berhajat melihat sesuatu di balik apa yg dia niatkan dan dia boleh melihatnya selepas itu.
2). TERAWANGAN TAHAP 2: Pengisian pada tahap kedua ini harus dilakukan selama 21 hari atau malam berturut2. Lakukan dgn tenang, yakin dan sabar. Perkara2 yg harus dilakukan adalah spt berikut:
a). Berpuasa dpd memakan benda2 bernyawa spt ikan, daging, ayam, telur dll. Termasuk susu dan hasil2 dpdnya.
b). Setiap bada solat fardhu, bacakan Surah Al-Fatihah 1x, Surah Al-Ikhlas 3x dan Ayat 103 Surah Al-Anaam 21x.
b). Lakukan solat tahajjud setiap malam dan bada solat tahajjud bacakan Surah Al-Fatihah 1x, Surah Al-Ikhlas 3x, Istighfar 200x, Bismillah 200x, Kalimah Tauhid (Laailahaillallah) 200x, Selawat Jibrail 200x dan Ayat 103 Surah Al-Anaam sebanyak2nya tanpa mengira sehinggalah kita “tertidur”. Lanjutkan latihan ketika dlm keadaan tidur itu sehinggalah mencapai peringkat ke enam tidur (separuh tidur dan dapat menentukan hala tujuannya). Dgn itu dapat digunakan bila2 masa nantinya (peringkat ke tujuh).
3). TERAWANGAN TAHAP 3: Pengisian pada tahap ketiga ini juga harus dilakukan selama 21 hari atau malam berturut2. Lakukan dgn tenang, yakin dan sabar. Perkara2 yg harus dilakukan adalah spt berikut:
a). Melakukan puasa sunat (spt puasa Ramadhan) selama pengisian tahap ke tiga iaitu selama 21 hari.
b). Berpuasa dpd memakan benda2 bernyawa spt ikan, daging, ayam, telur dll. Termasuk susu dan hasil2 dpdnya.
c). Setiap bada solat fardhu, bacakan Surah Al-Fatihah 1x, Surah Al-Ikhlas 3x dan Ayat 103 Surah Al-Anaam 21x.
d). Lakukan solat tahajjud setiap malam dan bada solat tahajjud bacakan Surah Al-Fatihah 1x, Surah Al-Ikhlas 3x, Istighfar 200x, Bismillah 200x, Kalimah Tauhid (Laailahaillallah) 200x, Selawat Jibrail 200x dan Ayat 103 Surah Al-Anaam sebanyak2nya tanpa mengira sehinggalah kita “tertidur”. Lanjutkan latihan ketika dlm keadaan tidur itu sehinggalah mencapai peringkat ke enam tidur (separuh tidur dan dapat menentukan hala tujuannya). Dgn itu dapat digunakan bila2 masa nantinya (peringkat ke tujuh). Ia masih lagi diteruskan pada tahap ini juga.
Setelah semuanya selesai, maka tamatlah tempoh pengisian amalan ini dan telah khatam amalan Ilmu Terawangan ini dan bolehlah melakukannya pada bila2 masa yg dirasakan sesuai.
No comments:
Post a Comment