Sunday, January 1, 2012

PUGAI: ILMU ASAM GARAM

Pugai adalah sebuah istilah yg tidak asing lagi di sebelah Sarawak, Sabah dan Brunei. Ia merupakan istilah yg meluas digunakan oleh berbagai kaum tanpa mengira agama atau kepercayaan. Terpulang masyarakat atau kaum mana yg memilikkinya kerana kepelbagaian itu jenisnya juga menjadi berbagai. 

Secara umumnya, pugai digunakan utk tujuan pengasihan, pemanis wajah, wibawa, penunduk, pelemah hati, pelaris atau seumpamanya. Memandangkan amalan pugai ini bergantung pada kaum masing2, tentunya kisah di baliknya juga cenderung pada lagenda masyarakat itu sendiri yg disampaikan dari mulut ke mulut, dari generasi ke generasi, sehinggalah sampai kepada kita. Ilmu Asam Garam yg bakal dikongsikan ini juga tergolong dari jenis pugai. Bacaannya berbunyi begini:


“BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, HAI AWANG SERI GANU SERI, SERI MEMILA KE MUKA AKU, GARAM DI LAUT ASAM DI DARAT, AKULAH YANG MEMAKAI ILMU ASAM GARAM, PECAH LEBUR PECAH BIBIR HATI SI… (sebut namanya) KEPADA AKU, AKULAH YG MEMAKAI ILMU ASAM GARAM. ENGKAU UMAT MUHAMMAD MEMANDANG KEPADA AKU, SEPERTI BULAN PENUH PURNAMA 14 HARI MUKA AKU. ENGKAU UMAT MUHAMMAD MEMANDANG KEPADA AKU, KALAU TIDAK KASIH SAYANG, GILA MABUK CINTA RASA ENGKAU KEPADA AKU. GAJAH PUTIH SEBERANG LAUT LAGI TUNDUK SUJUD DI BAWAH TAPAK KAKI KIRI AKU, DURHAKA LAH ENGKAU KEPADA ALLAH. SI DIA GURU SI DIALAH AKU, SI DIA BERKAT KATA LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH”


Jika dilihat pada bacaanya nampaknya ia berupa doa berkias bahasa melayu lama (jampi), dimulai dgn bismillah diakhiri dgn dua kalimah syahadah. Sementara maksud yg ingin disampaikan di dalam bacaannya adalah secara berkias. Kata-kata yg disebutkan adalah perumpamaan pada apa yg terbuku di hati pengamalnya. Terdapat empat cara mengamalkan bacaan ini (utk diri sendiri) iaitu: 


1). Hendaklah diamalkan sebanyak 7 kali pagi Selasa berturut-turut. Dibacakan sebanyak 3 kali pada takungan air mandian. Hembuskan sehabis nafas (pada setiap kali bacaannya) pada takungan air mandian tadi kemudian barulah mandi menggunakannya, atau…


2). Dibacakan ketika keluar rumah sebanyak satu kali dan setelah itu carilah jalan utk bertemu dgnnya, bertembung, berselisih, bercakap atau bertegur sapa dengannya. Lakukan perkara ini selama 40 hari berturut2, atau…


3). Dibacakan satu kali pada sesuatu yg kita gunakan seperti pakaian, minyak wangi, minyak rambut, gincu, cincin, losyen badan, bedak, krim muka atau seumpamanya. Ringkasnya sesuatu yg kita pakai atau gunakan. Bacakan dan hembuskan padanya dan barulah digunakan. Lakukan selama 40 hari berturut2, atau…


4). Lakukan mana2 gabungan 3 cara di atas tadi. 


InsyaAllah kita akan melihat perubahan baik pada orang tersebut hari demi hari.



2 comments:

  1. Diatas itu adalah mantra melayu lama, dari buku "Pati Rahsia".
    *Seri nila ke muka aku
    *Sidi guruku sidi lah aku, sidi berkat kata,"La..."

    ReplyDelete