Sunday, January 1, 2012

ILMU SI PAHIT LIDAH

(A). PENJELASAN TENTANG ILMU SI PAHIT LIDAH

Ini adalah ilmu yg bila diamalkan seterusnya dikuasai maka setiap kata kata atau ucapan pengamalnya itu akan menjadi kenyataan (sama ada cepat atau lambat). Tidak mengira sama ada kata kata yg keluar itu menjurus kebaikan atau keburukan, semuanya akan menjadi kenyataan (dgn izin Allah). Apa saja yg diucapkan dgn lidahnya sama ada doa, pujian, saranan, permintaan, harapan malah sindiran, gurauan, usikan, sumpahan dan kutukan turut menjadi kenyataan nantinya. 

Oleh itu seseorang pengamal yg ingin menguasai amalan ini haruslah menjaga lidahnya. Harus menjaga tutur katanya. Jangan sampai terkeluar kata kata yg tidak sepatutnya apalagi sumpahan atau kutukan, baik secara sengaja atau cuma main main. Itu dilarang. Apatah lagi jika kata kata ditujukan kepada sanak saudara, keluarga atau anak anak. Tentu buruk padahnya. Silalah awasi kata kata jika ingin mengamalkannya. 


Bukan saja kata kata yg diucapkan kpd org lain malah kata kata yg ditujukan kpd diri sendiri pun boleh menjadi kenyataan. Contohnya kita ingin bercuti dan segera menelefon ketua pejabat mengatakan kita ingin bercuti dgn alasan sakit yg teruk padahal kita sihat. Dgn izin Allah ia akan menjadi kenyataan nantinya (bagi org2 yg menguasai amalan ini). Contoh lain kita memberi alasan kononnya ada kaum keluarga yg sakit atau meninggal padahal tidak maka ia akan menjadi kenyataan dgn izin Allah. 


Kata kata yg kita ucapkan boleh jadi spontan datangnya dari hati walaupun tidak kita fikirkan, maknanya tidak mesti kita berfikir dahulu sebelum kita berkata kata. bagi pengamal yg telah lama menguasai amalan ini, berpengalaman tentangnya, tahu selok belok perjalanan ilmu yg dia amalkan ini dan sentiasa menjaga tutur katanya, maka tidak mustahil amalan ini boleh beranjak ke tahap yg lebih tinggi. Jika ini terjadi, mereka (pengamal) akan menjadi lebih merbahaya lagi kerana apa apa saja yg mereka rasakan di dlm hati atau fikiran ttg seseorang (atau sesuatu) boleh saja menjadi kenyataan (dgn izin Allah). Apatah lagi jika apa yg mereka rasakan di dlm hati atau fikiran itu tadi turut disampaikan melalui kata kata. Tentu ia menjadi lebih merbahaya lagi. Ada berbagai versi tentang amalan ini dgn berbagai nama. Ini salah satu darinya. 


(B). LIMA PERKARA ASAS YANG HARUS DIRUTINKAN. Terdapat lima perkara asas yg harus dibiasakan dlm menguasai amalan ini. Dari saat kita memulakan amalan ini, haruslah selalu ingat tentang pentingnya 5 perkara ini dan ia haruslah dilakukan berterusan sehingga seumur hidup kita. Lima perkara tersebut adalah seperti berikut:


i). Menjaga Hati. Jagalah hati kita agar selalu berbaik sangka, emosi yg tenang, tiada amarah, penuh kebaikkan dan seumpamanya. Hati yg tidak tenang, penuh kemarahan, berburuk sangka, kebencian, iri hati, dengki atau seumpamanya akan menjadi hijab dari terijabahnya penguasaan amalan ini. 


ii). Menjaga Fikiran. Jagalah fikiran atau akal kita agar selalu berfikiran positif, penuh kebaikan, tiada prasangka, tiada prejudis, tiada muslihat dan seumpamanya. Fikiran yg negatif, penuh muslihat, tiada kebaikan, berdolak dalih, menjurus keburukan atau seumpamanya akan menjadi noda yg seterusnya boleh menghalang penguasaan amalan ini. 


iii). Menjaga Tutur Kata. Jagalah tutur kata kita, ucapkan sesuatu yg baik, sesuatu yg cenderung ke arah kebaikan, doa dan harapan yg baik terhadap org lain atau diri sendiri. Tutur kata yg kasar, kesat, menyumpah seranah, memaki hamun, berbohong, sindiran tajam atau seumpamanya juga boleh menjadi hijab dari terijabahnya penguasaan amalan ini. 


iv). Menjaga Perbuatan. Jagalah perbuatan kita, lakukan sesuatu yg baik selalu. Selalulah melakukan ibadah, bersedekah, menolong dan seumpamanya. Jangan merutinkan dosa dan maksiat, membuat sesuatu yg merugikan, sia sia dan memudharatkan, bermalas malas, berfoya foya, menyukai keburukan atau seumpamanya. Dgn menjaga perbuatan, tentunya memudahkan penguasaan amalan ini. 


v). Berzikirlah Selalu. Selalulah berzikir pada setiap masa dan ketika. Selitkanlah zikir dalam setiap pekerjaan kita. Zikir selalu diucapkan di lidah, dirasakan di hati, digambarkan di fikiran dan seterusnya membawa sesuatu keberkatan atau kebaikan pada setiap perbuatan. Banyak sekali zikir2 yg baik contohnya istighfar, tahmid, takbir, tasbih, selawat, kalimah tauhid, syahadah, lafaz bismillah, surah2 pendek dan lain2. Dgn merutinkan zikir2 begini akan menyucikan diri pengamal dari segala keburukan dan noda. Dgn itu amalan ini akan mudah terijabahkan oleh Allah. InsyaAllah. 


(C). CARA PENGISIAN ILMU SI PAHIT LIDAH. Pengisian amalan ini haruslah dilakukan selama 40 hari dan 40 malam berturut2. Sila hafal terlebih dahulu dua bacaan ini:


i). Ayat Pahit Lidah (APL), “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, INNAMA AMRUHU IZA ARADA SYAI AN AY YAKULALAHU KUN FAYAKUN, INNALLAHA QAWIYUN ‘AZIZ, FA’ALUL LIMA YURID, LAA HAULAWALA QUWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM”.


ii). Asma Kun Fayakun (AKF), “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, YA QOWIYYU YA MATIIN, KUN FAYAKUN, LAA HAULAWALA QUWATA ILLA BILLAH, KUN FAYAKUN! KUN FAYAKUN! KUN FAYAKUN! LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH”.


Pada APL tadi, ianya merupakan gabungan 4 ayat yg berbeza. Makna setiap ayat adalah (i). “Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia mengkehendakki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kpd (hakikat) benda itu, “Jadilah engkau!” maka ia terus terjadi (QS Yassin:82). (ii). “Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Berkuasa” disebutkan berulang2 dlm Al-Quran. (iii). “Yang berkuasa melakukan segala yg dikehendakiNya” (QS Al-Buruj:16). (iv). “Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dgn izinMu Ya Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung” (Kalimah Tayyibah Hauqallah). 


Pada AKF pula ia dimulai dgn lafaz Bismillah diakhiri dgn 2 Kalimah Syahadah. Terkandung asma asma Allah di dalamnya iaitu YA QOWIYYU YA MATIIN (Yang Maha Kuat dan Yang Maha Teguh), terkandung juga Kalimah Tayyibah Hauqallah di dalamnya dan kalimah Kun Fayakun di ulang2 sebanyak 4 kali. 


Dua bacaan tadi iaitu APL dan AKF itu haruslah dibacakan selama 40 hari dan 40 malam semasa melakukan proses pengisian. Caranya begini:


a). Bada solat fardhu (APL 10 kali, AKF 10 kali)

b). Bada solat tahajjud (APL 100 kali, AKF 100 kali)


Setelah lengkap 40 hari dan 40 malam melakukannya maka tamatlah tempoh pengisian amalan ini. Jadi bolehlah ia diamalkan pada waktu waktu yg dirasakan perlu atau dirutinkan membacanya sekurang2nya 1 atau 3 kali setiap hari (disarankan semasa keluar dari rumah atau bada solat subuh). 


(D). CARA MENGAMALKAN ILMU SI PAHIT LIDAH. Terdapat 2 cara utk mengamalkan ilmu ini iaitu bersama jampi atau tanpa jampi. 


a). Bersama Jampi. Dua bacaan awal tadi iaitu APL dan AKF boleh diamalkan bersama dgn bacaan2 tertentu yg terkandung sumpahan di dalamnya. Bacaan2 begini dinamakan “Sumpah Serapah” atau “Jampi Sumpahan” di dlm masyarakat melayu. Caranya adalah dgn membacakan APL 1 kali disusuli dgn AKF 1 kali dan disusuli dgn mana2 jampi sumpahan (sumpah serapah) yg sesuai sebanyak 3 kali. Ada banyak sekali bacaan yg dinamakan jampi sumpahan (sumpah serapah). Terpulang utk tujuan apa ia dilakukan. Tiga contoh adalah seperti berikut:


i). Utk menghukum org yg zalim atau musuh yg kejam. Jampi Anak Panah. “Bismillahhirrahmannirrahim. Hai Qulullah anak panahku, Ku panahkan ke bumi, bumi hancur luluh. Ku panahkan ke air, air hancur luluh. Ku panahkan ke api, api hancur luluh. Ku panahkan ke langit, langit hancur luluh. Apalagi ku panahkan si… (sebut namanya), si… (sebut namanya)… pun hancur luluh, berkat Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah”. 


ii). Utk mengembalikan sihir atau santau atau santet kpd pelakunya sendiri. Jampi Sumpah Terbalik. “Bismillahhirrahmannirrahim. Summa Rakiah terbalik Rakiah, Summa Ratena terbalik Ratena, Ratena terbalik kepada… (sebut namanya) sendiri, Makanlah jantung hati… (sebut namanya) sendiri, berkat Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah”.


iii). Agar seseorang yg berkuasa atau zalim dijauhi oleh pengikut2nya. Jampi Sumpah Terbuang. “Bismillahhirrahmannirrahim. Minyak tuang tuang, mari direndam dalam kuali, muka… (sebut namanya) seperti beruang, orang memandang habis lari, berkat Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah”.


b). Tanpa Jampi. Dua bacaan awal tadi iaitu APL dan AKF juga boleh diamalkan tanpa apa apa bacaan lain. Bukan sahaja begitu, malah tanpa mengulangi kedua dua bacaan tadi pun ilmu ini boleh saja terjadi (sekiranya telah menguasainya). Ini kerana setiap kata kata atau ucapan pengamalnya akan menjadi kenyataan dgn izin Allah. Sila awasi kata kata kita. Kawallah diri dan selalulah beristighfar. Jangan sampai menjadi kemarahan sehingga menyumpah nyumpah terhadap org lain. 



No comments:

Post a Comment