Jika kita mengalami keadaan putus cinta seperti dicurangi kekasih, tunangan atau isteri dan tidak ingin mengingati atau mengenang dan bertekad untuk melupakan, silalah amalkan amalan atau bacaan ini. Bacaannya berbunyi begini (QS Ar-Raad:39),
“BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, YAMHULLAHU MAA YASYAA-UWAYUTHBIT, WA ‘INDAHUU UMMUL KITAAB”
(Allah menghapuskan apa jua yg dikehendakiNya dan Ia jua menetapkan apa jua yg dikehendakiNya dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”).
Cara mengamalkan bacaan ini adalah spt ini,
1). Dilakukan utk diri sendiri, setiap kali mengingati parkara2 berkenaan dgn pasangan yg curang itu, rasakan di mana munculnya rasa itu. Contohnya jika tergambar di fikiran atau di ingatan, sentuhkan telapak tangan kanan kita ke dahi sambil membacakan 7 kali ayat tadi. Kemudian lakukan isyarat seolah2 kita menggenggam atau mengambil ingatan tersebut dan membuangnya jauh-jauh. Jika terasa di hati sama ada rasa sedih, kecewa, sakit hati atau sebagainya, sentuhkan telapak tangan kita ke dada sambil membacakan 7 kali ayat tadi kemudian lakukan isyarat seolah2 kita mengenggam atau mengambil perasaan tersebut dan membuangnya jauh jauh. Lakukanlah setiap kali rasa itu muncul di fikiran atau di hati tadi. InsyaAllah akan menjadi mudah kita utk melupakan perkara2 yg menyakitkan begitu.
2). Dilakukan utk org lain. Contohnya ada seseorg spt kawan atau pesakit yg datang mengadu kecurangan seseorang, jika dia mahu melupakannya (perkara itu) lakukan spt cara yg sama tadi (pada nombor 1) iaitu menyentuh telapak tangan kanan kita ke dahi atau dadanya sambil mengisyaratkan kita mengambil dan membuangnya.
Lakukan mengikut kesesuaian keadaan. Jika wanita, janganlah memegang atau menyentuh tempat2 yg tidak sepatutnya. Gunakanlah cara yg lain. Amalan ini boleh disesuaikan dgn keadaan kita (perawat). Contohnya dibacakan pada air 7 kali dan diberikan minum. Dibacakan 7 kali dan dihembuskan pada tubuhnya atau lain lain. Is boleh juga dibacakan 7 kali pada sebotol air minuman untuk dibawa pulang oleh pesakit. Jika dia teringat kisah pahit itu, suruhlah dia meminumnya sedikit di rumah. Cara amalannya boleh saja berbeza-beza asalkan bacaannya tadi adalah sama kerana ia merupakan satu dpd khasiat ayat tadi.
No comments:
Post a Comment