Harus diingatkan amalan ini bukanlah utk dilakukan sendiri. Perkara berkenaan dgn tulang patah bukanlah perkara yg remeh temeh. Amat merbahaya kpd pesakit yg mengalaminya. Ia boleh membawa kpd pendarahan yg banyak, kesakitan yg teruk sehingga menyebabkan hilang kesedaran (neurogical shock), jangkitan lanjutan, komplikasi2 selepas kepatahan, malah kematian serta merta melihat pada tulang mana dan saraf mana yg terlibat.
Jgn dilakukan, apalagi jika kita bukan org yg mempunyai kelayakan tentagnya, tidak berpengalaman atau tiada pengetahuan merawat tulang patah sebelumnya. Ia bukanlah perkara yg mudah. Selok belok tentang kepatahan, jenis2 kepatahan, perkara2 berkaitan semasa atau lanjutan dari kepatahan itu, risiko2nya dan lain2 haruslah didalami dgn teliti. Ini hanyalah perkongsian agar bertambah pemahanan kita ttf tugas seorang BP. Dgn memahami itu, tiadalah andaian atau sangkaan2 prejudis terhadap mereka nanti. Contohnya menyangka bahawa kemampuan mereka kerana pertolongan jin, makhluk halus, saka atau seumpamanya. Tuduhan begitu boleh terjadi kerana kita tidak tahu tentangnya. Itu perkara lumrah terjadi. Sedangkan hakikatnya adalah org tidak mengetahui.
Dgn perkembangan teknologi perubatan dan perubahan zaman ke arah kemodenan, banyaklah hospital2 dan klinik2 didirikan di luar bandar, perkampungan2 terpencil dan seumpamanya. Dgn itu peranan BP semakin hilang beransur2 dan akhirnya lenyap. Lenyapnya peranan itu ditelan zaman tidak mesti melenyapkan amalannya. Ia tetap diwarisi secara diam atau tersembunyi oleh pemilik2nya yg terdahulu dan cuma digunakan pada waktu2 yg terdesak (keperluan yg memaksa) sahaja. Akan diterangkan di sini serba sedikit berkenaan dgn peranan BP tersebut sekalipun penerangan begini tidak mungkin dapat menghuraikan keseluruhan peranan mereka di dalam masyarakat (suatau ketika dulu), namun sekurang2nya sedikit kefahaman ttg mereka boleh disingkap. Dgn itu tiada lah tuduhan atau sangkaan berbaur prejudis terhadap mereka. Lumrah manusla mudah menghukum sedangkan hakikatnya org tidak mengetahui. Dibahagikan peranan seorang BP kpd 3 fasa iaitu (1). Fasa Sebelum Rawatan. (2). Fasa Semasa Rawatan. (3). Fasa Setelah Rawatan.
(1). FASA SEBELUM RAWATAN.
Penguasaan seseorg BP bukanlah hanya tertumpu pada perkara2 ghaib sahaja namun meliputi lebih dpd itu termasuk harus menguasai hal ehwal zahir yg nyata berkaitan dgn peranannya. Mengkaji dan mendalami tubuh badan manusia serta fungsinya (anatomi dan fisiologi), mengetahui titik2 saraf manusia, teknik dan cara urutan dan sentuhan, cara senaman ringan utk menguatkan persekitaran kawasan patah setelah itu dan seumpama nya haruslah dipelajari. Dgn mengetahui itu, tidak hairanlah seseorang BP boleh mentafsir atau menilai sesuatu kejadian patah, hanya dgn melihatnya sahaja.
Kecacatan rupa bentuk pada kawasan tersebut, perubahan pada warna kulit, pendarahan persekitarannya, kaitannya dgn gerak tubuh pesakit, pengaruh emosi yg dialami dll. Ia merupakan pembelajaran yg berterusan bagi mereka selagi melibatkan diri. Dan pengalaman dlm merawat merupakan proses pembelajaran yg paling berkesan pada mereka. Namun tidak mengabaikan cara yg lain (dlm belajar itu) spt pembacaan, pemerhatian, kajian dll.
Malah tentu menjadi lebih baik lagi jika pembelajaran itu tidak terbatas pada persekitaran diri sendiri (atau kampung) sahaja, tapi juga sehingga boleh dilanjutkan ke peringkat lebih tinggi spt di kolej2 perubatan, institut2 kesihatan, universiti2 dll. Boleh saja sasarannya sehingga menjadi seorang paramedik, pegawai kesihatan, doktor malah pakar orthopedik sekiranya mampu. Tentu ia akan menjadi satu kelebihan bagi mereka yg mahu membuka mentaliti begitu. Harus beranjak seiring dgn perubahan zaman, namun tidak meninggalkan perkara2 yg membezakan mereka dari perawat2 yg lain iaitu kemampuan mereka dari sudut kemahiran spiritual atau ghaib.
Dlm penyediaan diri pada aspek2 zahir spt di atas tadi, satu perkara yg juga penting adalah berkenaan dgn minyak urutan (atau sapuan) dan herba2 yg digunakan. Diceritakan sedikit berkenaan minyak khusus yg selalu digunakan pada masa2 silam. Ia dinamakan “Minyak Burung But-But”. Ia satu kelebihan bagi BP sekiranya memilikki minyak ini. Burung but-but ini tubuhnya mirip burung gagak tapi warna kepaknya adalah coklat. Ia juga digelar “Burung Ubat Anak” dan matanya berwarna merah. Biasa membuat sarang di kawasan belukar yg berdekatan dgn sumber air. Ia tidak bersarang di pokok2 tinggi spt helang. Burung ini dinamakn but-but kerana bunyi yg dikeluarkannya iaitu “but… but… but…”.
Suaranya besar dan tidak merdu spt burung peliharaan. Boleh saja timbul perasaan seram pada mereka yg baru pertama kali mendengar suaranya. Kelebihan burung ini adalah mengubati anaknya yg sakit terutama sekiranya patah. Petua org2 tua dahulukala adalah begini. Sekiranya melihat burung but-but, tinjaulah ia dan carilah sarangnya. Proses peninjauan boleh mengambil masa dari mingguan hingga berbulan kerana burung ini amat pintar menjaga dan menyembunyikan sarangnya.
Ia mampu membuat penyamaran di sekitar agar sarangnya itu tidak kelihatan pada pemangsa. Kebiasaannya adalah ia akan singgah dahulu di dahan yg agak tinggi sebelum hinggap masuk ke sarang. Ia akan memerhati di sekeliling terlebih dahulu dan jika ada pemangsa atau sesuatu yg mencurigakan, ia akan pergi terlebih dahulu agar sarangnya tetap tidak diketahui. Sebab itulah semasa mengintipnya, haruslah bersembunyi. Akhirnya ia akan hinggap juga ke lokasi sarangnya berada.
Petuanya begini, setelah mengetahui sarangnya, tunggu sehingga ia keluar mencari makan. Waktu itulah kita pergi ke sarangnya dan mematahkan kaki anak2nya. Ia akan mengubati kaki anak2nya itu dan biasanya cuma mengambil masa 1 hari saja kaki anak2nya yg dipatahkan itu telah pun sembuh. Patahkan kaki anak2nya itu setiap hari sehingga kali ke 3 berturut2. Hairannya, ia juga akan sembuh pada hari seterusnya spt yg sudah2. Setelah 3 kali melakukannya, barulah dibawa pulang anak2 burung itu tadi, disembelih dan dijadikan minyak. Minyak itulah nanti digunakan utk menyapu atau mengurut kawasan patah kerana khasiatnya dikatakan mampu menyambungkan tulang.
Itulah kisah disebalik “Minyak Burung But-But” menurut cerita org2 tua. Namun saya tidaklah menggalakkan sesiapa utk melakukan begitu (mematah2kan kaki anak2nya) begitu sehingga 3 kali dlm 3 hari berturut2, kemudian menyembelihnya. Tentu kasihan melihatnya, sudahlah kaki dipatah2akn, selepas itu disembelih pula utk dijadikan minyak. Pilihan yg lebih berperi kemanusiaan adalah dgn membeli beberapa botol minyak but-but yg dijual di pasaran. Mudah didapati minyak ini skrg. Malah ada juga minyak ini yg disebatikan dgn minyak gamat serta minyak dhab (biawak padang pasir). Ketiga2nya diketahui mempunyai kesan menyembuhkan yg baik termasuk menyambungkan tulang yg patah. Namun jika tiada minyak berkhasiat yg khusus begitu, boleh saja menggunakan minyak2 lain asalkan bersih, suci dan halal.
Bacaan yg biasa dibacakan pada minyak tersebut (utk disimpan sebelum digunakan) pula adalah spt berikut. Bacaan Pada Minyak But-But, Surah Al-Fatihah (1x), Surah Al-Ikhlas (3x), Surah Al-Falaq (1x), Surah An-Nas (1x), Ayat Kursi (1x) dan Selawat Syifa (3x). Selawat Syifa’ (Tibbil Qulub) berbunyi begini, “BISMILLAHHIRRAHMANNIR RAHIM, ALLAHUMMA SHOLLI ‘ALAA SAIYIDINA MUHAMMADIN THIBBIL QULUUBI WA DAWAA-IHAA, WA ‘AAFIATAL ABDAANI WA SYIFAA-IHAA, WA NUURIL ABSHOORI WADHIYAA-IHAA, WA ‘ALAA AALIHI WASHAHBIHI WABARIK WASALIM”. (Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad saw yg dgn berkat Baginda, Engkau menyembuhkan hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh, juga memberi kesembuhan penyakit serta pengurniaan cahaya pengelihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat Baginda).
Penguasaan pada aspek spiritual atau ghaib merupakan satu kelebihan bagi BP dlm melakukan rawatan. Perkara2 yg berkaitan adalah spt memilikki pandangan mata hati (deria ke 6), tembus mata, punyai skill2 tertentu pada ruhnya (bukan skill2 zahir), panca indera dan gerak hati yg tajam, makbul doa, kemustajaban amalannya dll. Utk memilikki kebolehan2 spt ini bukanlah perkara mudah. Keperluan2 yg harus dimajukan oleh mereka, diringkaskan spt ini:
(a). Mendalami ilmu tauhid, usul atau Islam, iman dan ihsan agar terhindar dari kesyirikan dan tetap di jln yg lurus.
(b). Memulakan setiap sesuatu dgn Bismillah agar setiap amalan itu adalah lillahi ta’ala.
(c). Menjauhi keluh kesah (mengeluh) agar menjadi seorg yg redha pada ketentuanNya.
(d). Menjauhi amarah kerana amarah adalah tingkat terendah pada ruh manusia (Ruh Amarah) sedangkan tujuan kita adlaah pada tingkat 4 (Ruh Tenang) atau 5 (Ruh Redha).
(e). Melakukan suruhan wajib, meninggalkan larangan haram dan merutinkan amal ibadat sunat kerana ia merupakan jalan ke arah mendekatkan diri kepadaNya. Dialah penentu terijabahnya doa atau amalan2 kita nantinya. Tiada yg lain selain Dia.
(f). Zikir tetap di hati atau di lidah pada apa jua situasi kita. Dgn itu kita menjadi tenang, mudah menilai dan dapat berfikir dgn baik. Malah 1001 faedah dgn berzikir.
(g). Penyucian hati pada pengamal akan terjadi kerana istiqamah zikir dan kebiasaan yg dilakukan melalui cara2 di atas tadi. Hati menjadi bersih suci secara beransur2. Hati adalah panca indera yg ke 6.
(h). Penyucian hati yg berlanjutan akan memungkinkan terjadinya mukasyafah (kasyaf tersingkap), seterusnya terjadi musyahadah (penyaksian ttg rahsia2 alam). Dgn itu pengamal akan menjadi “peka” kerana mata hati telah terbuka. Ia juga dipanggil “mata batin”.
(i). Pengamal yg menjadi peka tadi akan merasakan kehadiran tenaga roh pada dirinya. Ia adalah tenaga ketiga dalaman diri pengamal sendiri, menyusul zahir dan nafas. Dari itu dapat dimajukan tenaga roh tadi.
(j). Kepekaan pada pengamal tadi menjadikannya mengetahui setakat mana tingkat roh pada dirinya. Jadi itu, dia sedar bahawa ia boleh ditingkatkan. Jalannya tidak lain adalah dgn mendekatkan diri kpd penciptanya (Allah).
(k). Dgn mengetahui setakat mana tingkat rohnya itu, pengamal dapat membuat pilihan. Terletak di tangannya sendiri sama ada kekal begitu atau meningkatkannya. Jika jalan pilihan adalah meningkatkannya bermakna dia harus lebih lagi mendekat kan diri kepada penciptanya (Allah). Arah tujuan adalah pada tingkat 4 (roh tenang) sekurang2nya atau tingkat 5 (roh redha) sebaik2nya. Malah lebih baik lagi jika lebih dpd itu.
(l). Roh menjadi 7 tingkat nafsu nafsi apb ditiupkan ke dlm jasad manusia.
(2). FASA SEMASA RAWATAN.
Kecederaan pada seseorg yg melibatkan patah tulang boleh berlaku bila2 masa. Kemalangan jalan raya, terjatuh dari pokok atau tempat tinggi, perkelahian, terlanggar atau terpukul oleh sesuatu dll adalah contohnya. Dunia semakin berubah. Dengan menemui atau melihat keadaan spt itu saja kita boleh dipanggil ke kandang saksi (di mahkamah), malah jika nasib tak menyebelahi boleh saja menjadi tertuduh. Niat hendak menolong, namun berpada2lah. Kerana risiko2 tersebut tadi, seseorg yg mempunyai kebolehan sbg BP selalunya tidak menunjukkan kemahirannya di khalayak ramai secara terbuka di tempat kejadian. Mereka lebih suka org dtg kpd mereka. Membiarkan pihak2 yg lebih layak dan bertauliah berdasarkan undang2 moden menjalankan tugas2 mereka spt pihak ambulan, paramedik, doktor atau pakar tulang.
Peranan BP bermula apb org atau keluarga membawa pesakit tersebut kpd kita. Biasanya pesakit dlm keadaan sedar, dpt bernafas dgn baik, tidak pengsan, tidak berlaku pendarahan teruk atau seumpamanya. Disini dijelaskan secara ringkas saja. Jika pesakit dibawa dlm keadaan pengsan, jgn ambil risiko kerana kematian boleh berlaku. Bukan saja kepatahan yg dialami malah kecederaan2 lain dlm tubuhnya itulah yg menghentikan nafasnya begitu. Pengembalikan denyutan nadinya (fungsi jantung, mengepam darah), memulihkan pesakit agar dapat bernafas kembali dan memastikan kelancaran saluran pernafasan adalah satu keutamaan agar kematian tidak terjadi.
Cara ini dinamakan ABC Method dlm melakukan bantuan kecemasan (utk Unit Kemalangan Dan Kecemasan) di hospital2 dan ia selalu memerlukan CPR (Cardio-Pulmonary Resuscitation). ABC bermaksud “airways” (saluran pernafasan), “breathing” (pernafasan) dan “circulation” (aliran darah dlm tubuh) para pesakit tersebut.
Setelah semua itu ditangani terlebih dahulu, barulah perkara2 lain spt kepatahan itu pula diambil perhatian. Pendarahan yg banyak sekiranya berlaku jenis2 kepatahan tertentu spt patah tulang terkeluar, patah remuk (open atau compound fracture) atau lain2 boleh berlaku dlm keadaan tersebut. Dlm keadaan itu, pendarahan yg banyak begitu harus ditangani terlebih dahulu kerana ia juga meliputi ABC Method tadi. Iaitu pada huruf C (circulation) yg mewakili aliran darah dlm tubuh pesakit. Jika tidak ditangani, pendarahan yg banyak itu akan berterusan, mengurangkan jumlah darah dlm tubuhnya, membawa kpd hilang kesedaran, akhirnya boleh membawa kpd kematian.
Jika semuanya baik2 saja pd pesakit iaitu boleh bernafas dgn baik, tiada pendarahan yg teruk, dlm keadaan sedar sepenuhnya, barulah boleh menangani kepatahan yg dialaminya. Bahagian yg patah selalu menunjukkan kecacatan yg tidak normal pada tempat tersebut, terpulang pada tulang mana yg terlibat. Jika berlaku pada tangan, tangan itu nampak bengkok (tak lurus) spt normal. Begitu juga jika berlaku pada kaki. Boleh saja kepatahan yg dialami tidak ketara pada penglihatan mata namun boleh dijangka melalui pergerakan di sekitar kawasan tersebut. Pesakit akan mengalami kesakitan yg menyusul sekiranya pergerakan itu terkait dgn tulang yg patah itu. Selalunya begitu. Itu lah tadi penilaian melalui cara zahir.
Seseorang BP biasanya memilikki pandangan mata hati (deria ke 6), tembus mata, panca indera dan gerak hati yg tajam, kepekaan yg tinggi dan seumpamanya. Di situlah kelebihan tersebut memain peranan. Surah Al-Anaam, ayat 103 selalu digunakan utk melihat keadaan tulang yg patah dan di sekitarnya. Ia merupakan bacaan utk melakukan scan terhadap kepatahan tadi.
Bacaannya berbunyi begini, “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, LAA TUDRIKUHUL ABSORU, WAHUWA YUDRIKUL ABSORA, WAHUWAL LATHIFUL KHABIR. (Dia tidak dapat dicapai oleh pengelihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yg kelihatan dan Dialah yg Maha Halus lagi Maha Mengetahui)”.
Dibacakan sebanyak 3x (atau berulang2 diwiridkan) dgn niat agar dinampakkan keadaan tulang patah tersebut (tembus pandang) dgn izin Allah. Setelah itu barulah mula melakukan sentuhan pada kawasan yg patah itu. Tempat yg patah itu selalu menunjukkan pembengkokan atau kecacatan yg ketara. Kesakitan akan terasa pada pesakit jika ia disentuh. Apalgi jika kepatahan yg dialami jenis patah remuk, patah terbuka, tulang tersembul keluar dll. Jika di hospital, suntikan ubat bius diberikan pada pesakit.
Namun bagi BP, herba yg mempunyai kesan bius spt itu sukar didapati. Jadi bacaan ayat2 tertentu bersama doa selalu dilakukan sebelum menyentuhnya. Bacaan bertujuan menghilangkan kesakitan pada pesakit semasa tulang diluruskan atau dibetulkan adalah spt berikut (1). Surah Al-Fatihah 1x (2). Selawat Nabi 3x (3). Bacaan doanya adalah spt berikut, “BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM, BISMILLAH 3x A’UUZU BILLAHI WAQUDRATIHI MIN SYARRI MAA AJIDU WA-UHAAZIR 7x. Maknanya, Dengan Nama Allah (3x), Aku berlindung kpd Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yg sedang dirasakan dan yang aku khuatirkan (7x).
Bacakan semua bacaan di atas tadi dan letakkan tangan ke kawasan yg sakit itu. Kemudian (setelah tidak berasa sakit) barulah pembetulan atau meluruskan tulang dilakukan dgn “berteknik”. Setelah tulang yg patah tadi dilurus atau dibetulkan kedudukannya, barulah minyak but-but disapukan dan diurutkan dgn cermat. Sehinggalah tulang tadi menjadi lurus sepenuhnya (normal).
Bacaan utk menyambungkan tulang (dgn izin Allah) adalah dari Surah Yassin ayat 78 dan 79 spt ini, “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, WADHARABA LANAA MATHALAU WANASIYA KHALQAAH, QAALA MAI YUHYIL ‘IZAAMA WAHIYA RAMIIM (78) QUL YUHYII HAL LAZII ANSYA AHAA AUWALA MARRAH, WAHUWA BIKULLI KHALQIN ‘ALIIM (79)”. Maknanya, Dan Dia membuat perumpamaan bagi Kami dan melupakan asal kejadiannya. Dia berkata, “Siapakah yg dapat menghidupkan tulang belulang yg telah hancur luluh?” (78). Katakanlah (wahai Muhammad), “Yang akan menghidupkannya ialah Allah yg menciptakannya pertama kali dan Dia Maha Mengetahui tentang segaal makhluk” (79).
Bacakan ayat tersebut berulang2 selama melakukan urutan. InsyaAllah akan menyambung dgn baik tulang2 yg patah itu dgn izin Allah. Setelah tulang pada tempat yg patah itu diluruskan atau dibetulkan kedudukannya, ia haruslah dikekalkan lurus dan tidak bergerak spt itu agar proses menyembuhan tidak terganggu dan berterusan. Batang buluh yg sesuai saiznya selalu digunakan utk mengekalkan kedudukan tulang itu tadi. Batang buluh yg dipotong sesuai saiz atau panjangnya, dibalutkan dgn kain (agar tidak melukakan).
Seterusnya diletakkan sebelah menyebelah dgn kawasan tulang yg patah tadi. Dgn itu tidak berlaku pergerakan yg keterlaluan pada tulang yg patah tadi. Dgn meminimumkan pergerakan tulang patah tersebut, penyembuhan akan berlaku lebih cepat lagi. Bahagian kepatahan yg telah diluruskan atau diperbetulkan, ditopang dan dianduh menggunakan batang buluh di sebelah menyebelahnya tadi harus dibiarkan begitu selama 3 hingga 7 hari agar penyembuhan tulang dan persekitarannya terus berlaku. Setelah tempoh itu, barulah rawatan susulan dilakukan.
(3). FASA SETELAH RAWATAN.
Fasa ini meliputi waktu2 selepas pembetulan atau meluruskan tulang dilakukan oleh BP tadi. Tulang telah diluruskan, kesakitan telah berkurang, urutan sederhana telah dilakukan bersama bacaan2 yg perlu, sehinggalah tempat patah itu dibalut bersama dgn batang buluh yg dibelah sebelah menyebelahnya. Pesakit kemudian di bawa balik dan tidak dibenarkan banyak bergerak (pd bahagian patah tadi). Dia dibiarkan begitu selama 3 hingga 7 hari. Dlm tempoh ini (3 hingga 7 hari tadi), jgn disentuh bahagian patah itu, jgn banyak bergerak kerana dikhuatiri terlanggar sesuatu atau terjatuh malah tergelincir boleh saja berlaku terhadap pesakit. Jika berlaku, tentu kepatahan boleh berlaku semula. Kurangkan gerakan sekiranya tidak benar2 perlu. Dapatkan bantuan dari keluarga sekeliling jika ada perkara2 yg diperlukan.
Pemakanan penting dlm tempoh ini. Pemakanan yg baik utk menyembuhan tulang adalah makanan2 yg mengandungi kalsium spt susu, horlick, milo, ovaltine dll. Supplement kalsium dan vitamin D yg dijual di farmasi, vitamin C utk mempercepatkan penyambungan tulang, penyembuhan otot2, salur2 darah dan persekitaran tulang dan makanan yg tinggi kandungan protein juga baik utk itu. Tidur yg cukup begitu diperlukan juga utk menyembuhan yg lancar sekurang2nya 8 jam setiap hari bagi pesakit yg patah. Semasa tidurlah penyembuhan paling giat berlaku di dlm tubuh manusia.
Berikut pula adalah makanan2 yg harus dielakkan kerana boleh mengganggu penyembuhan:
1). Makanan yg boleh menyebabkan gatal spt belacan, ikan masin, budu, cencaluk, rusip, telur masih, telur habuk padi, udang, ketam dll. Namun lain org lain pula ketahanannya terhadap allergik atau kegatalan.
2). Makananan2 yg mempunyai bahan2 , pewarna dan perasa tiruan spt kicap, sos cili, makanan tin dll. Sebaiknya dikurangkan.
3). Makanan2 yg mengandungi MSG dan kandungan garam yg tinggi. Ia adalah dari jenis2 garam. Tekanan darah di dlm salur2nya akan meningkat susulan kekerapan mengambil makanan spt ini. Sebab itu ia dilarang bagi yg berpanyakit darah tinggi. Namun bagi org biasa, tekanan darah juga boleh meningkat. Pengambilan yg berlebihan boleh mengakibat kan pengumpulan air yg berlebihan (edema) susulan dpd tekanan di dlm salur darah dan di luar salur darah yg tidak sekata. Cuba kurangkan.
Setelah 3 hingga 7 hari barulah rawatan susulan dilakukan oleh BP terhadap pesakit tadi. Keadaan kawasan patah harus dipantau. Dari segi penyembuhannya, pembengkakannya, fungsi2 bahagian yg berdekatan, jangkitan pada kulit jika berlaku luka2 luaran, demam yg dialami ekiranya ada, komplikasi2 selepas kepatahan dll. Buluh yg dibelah, dipotong dan diletakkan sebelah menyebelah sebelumnya akan dibuka dari balutannya utk melihat perkembangan kawasan patah itu. Urutan2 perlahan boleh dilakukan pada tempoh ini. Urutlah perlahan menggunakan minyak but but tadi. Jika pesakit kesakitan, bacakan spt sebelumnya juga agar pesakit merasa nyaman dan selesa (doa menghilangkan kesakitan). Setelah pesakit selesa, barulah meneruskan urutan dan membacakan ayat utk menyambung tulang spt sebelumnya (Surah Yassin ayat 78 hingga 79).
Setelah selesai melakukan mepantauan, urutan, nasihat dll, baruah dibalutkan semula kepatahan tersebut dgn balutan yg longgar bersama dgn potongan2 buluh tadi di sebelah menyebelahnya. Pastikan kekotoran pada buluh2 tersebut dibersihkan dan balutan kain padanya ditukarkan utk mengelakkan jangkitan kuman.
No comments:
Post a Comment