Sunday, January 1, 2012

DOA HILANG RABUN: MATA JADI TERANG, TAJAM DAN BERSINAR

Bacaan amalan ini berbunyi begini (Surah Qaf:22): “BISMILLAHHIR RAHMANNIR RAHIM, FAKASYAFNA ‘ANKA GHITHAA-AKA FABASHARUKAL YAUMA HADID, YA BASHIR, YA BASHIR, YA BASHIR” (Maka Kami hapuskan halangan (kelalaian) yg menyelubungimu itu lalu pananganmu menjadi tajam. Wahai Allah yang Maha Melihat! Wahai Allah yang Maha Melihat! Wahai Allah yang Maha Melihat!).

Terdapat lima cara utk mengamalkan bacaan tadi. Ikhtiarkan melakukan mana mana daripadanya atau gabungan cara-cara tersebut. Lima cara yg  dimaksudkan adalah sprt berikut.


1). Bada solat fardu. Caranya, temukan (rapatkan) kedua dua ibu jari kita. Bacakan keseluruhan bacaan tadi satu kali dan tiupkan ke kuku ibu ibu jari tangan tersebut, kemudian usapkan ke kelopak mata yg tertutup dari dalam ke luar. Lakukan 3 kali bacaan dan 3 kali usapan juga. 


2). Setiap kali mencuci muka. Caranya, semasa mencuci muka (bila bila masa terutamanya setelah bangun pagi), urut-urutkan kelopak mata yg ditutup itu perlahan-lahan di atas kelopak2 mata dan di sekitarnya juga. Sambil membacakan bacaan tadi sebanyak tiga kali. Lakukanlah selalu. 


3). Setiap kali mendengar laungan azan. Caranya, setelah laungan azan pada lafaz “Asyhadu an laa ilahaa illallah”, jawablah ia dengan lafaz yg sama. Kemudian bacakan amalan ini satu kali, tiupkan ke kuku ibu ibu jari tangan yang dirapatkan, kemudian usapkan ke kelopak mata yg tertutup dari dalam ke luar. Lakukan 1 kali sahaja di setiap lafaz azan bermakna dua kali dilakukan (diusapkan) kerana 2 kali lafaz tersebut dilaungkan. 


4). Setiap kai melihat dedaun atau rimbunan yg menghijau, bacakan bacaan tadi 1 kali dan usap2kan atau urut2kan kelopak mata kita yg tertutup itu. Usap2kan di atas dan di sekitar kelopak mata. Lakukanlah sebanyak 3 kali bacaan 3 kali usapan juga. Ia boleh dilakukan lebih dari itu. 


5). Dapatkan lobak merah dan cuci bersih. Setiap kali ingin memakannya, bacakan dahulu bacaan tadi sebanyak 3 kali kemudian barulah memakannya, sama ada memakannya mentah2 atau mencampurkan dalam masakan. Amalkan selalu. 


Kesan2 amalan ini antaranya:


a). Jika mata kita asalnya rabun, ia akan beransur-ansur menjadi terang, jelas dan tajam. Masalah rabun mata akan menghilang secara beransur-ansur. 


b). Jika kita memakai cermin mata, dgn berkat amalan ini, mata kita akan beransur-ansur menjadi terang dan jelas. Akhirnya ada kemungkinan tidaklah perlu memakai cermin mata lagi nanti. Mudah2an kita menjadi seorang yg makbul doa dan mustajab amalan kita. Mudah diijabahkan oleh Allah. 


c). Mata akan menjadi jernih, bersih dan bersinar bercahaya di mata masyarakat yang memandang. Cantik dan berseri-seri cahaya mata kita di pandangan org2 sekeliling.


d). Pengamalnya tidak mudah dihinggapi penyakit2 berkaitan dgn mata spt mata merah, kerabunan, mata berpinar, menjadi kabur dan seumpamanya. Seakan akan mata kita telindung dari sebarang kemudharatan atau penyakit dgn izinNya berkat amalan tadi.



No comments:

Post a Comment