Sunday, January 1, 2012

KOTA BADAN - DOA KEBAL API

Ini merupakan amalan yg agak sukar namun biasa diijazahkan kpd anak2 murid di sesebuah gelanggan silat dahulukala. Tujuan amalan ini adalah sbg “Kota Badan” iaitu pagar diri atau perisai yg khusus utk mempertahankan diri dpd bahaya api. Agar api tidak membakar atau membinasakan diri pengamal dgn izin Allah swt berkat bacaan yg diamalkan. Malah amalan ini juga boleh disesuaikan dgn keadaan pengamal mengikut keadaan masing2.

Contohnya spt utk menyembuhkan seseorang yg melecur, menjadikan minyak panas tidak menyakitkan, sbg pemagar rumah dari kebakaran atau lain lain. Ringkasnya, ia bukan shj sbg perisai diri sendiri, malah boleh digunakan utk org lain atau benda lain agar terlindung dpd bahaya api dgn izin Allah. Kerana itulah amalan ini dinamakan juga “Doa Kebal Api”. Amalan ini mempunyai 3 fasa iaitu (1). Fasa Sebelum Pengisian (Persediaan), (2). Fasa Semasa Pengisian, (3). Fasa Setelah Pengisian (Penggunaan). 

(i). FASA SEBELUM PENGISIAN (Persediaan). Ini merupakan fasa sebelum pengisian sesuatu amalan. Sebelum sesebuah amalan diijazahkan kpd seseorang anak didik, kelayakan atau potensinya harus dinilai terlebih dahulu. Si guru akan memantau, memerhati dan menilai potensinya tersebut melalui kebolehan si guru itu masing2. Hanya setelah yakin dan pasti bahawa dialah org yg layak menjadi penyambung sanad atau pewaris amalan tersebut, barulah zikir2 persediaan diajarkan dulu. Ia tidak lain adalah utk melengkapkan diri anak didik itu agar lebih bersedia. 


Jika kita pernah belajar di sesebuah perguruan atau gelanggan silat suatau ketika dahulu, inilah yang kita akan lihat. Si guru akan memerhati siapa yg layak, tiada isu pilih kasih di situ. Yang membezakan adalah potensi seseorg anak didik. Adakah dia seorang yang layak dan berpotensi sbg pelanjut warisan atau pemegang sanad sesuatu keilmuan berdasarkan ciri-ciri yg ada padanya sebelum proses pengisian dilakukan nanti? Itu yg sedang dicari. 


Harus diingat bahawa si guru semakin menua, tidak akan kekal lama sesuatu keilmuan yg ada pada dirinya, setelah dia (si guru) dijemput ke liang lahad nanti. Jadi apa salahnya mewariskan amalan, ilmu atau kepandaiannya itu utk generasi yg seterusnya. Mudah2an tidak hilang begitu saja sesuatu amalan atau ilmu yg bermanfaat itu kemudian hari dlm masyarakat kita. 


Mudah2an sesuatu yg dia ajarkan yg pernah memberi manfaat pada hidupnya akan memberi manfaat pula kpd org lain. InsyaAllah akan mengalir pahalanya hingga ke liang lahad. Berikut adalah keperluan2 yg harus ada pada seseorg anak didik itu sebelum pengijazahan sesuatu amalan yg berat seterusnya proses pengisian dilakukan. Inilah yg dimaksudkan dgn potensi dan kelayakkan tadi. Yang harus dilihat dan dinilai oleh si guru terlebih dahulu. 


a). Mendalami ilmu tauhid atau usul atau Islam, iman dan ihsan agar terhindar dari kesyirikan dan tetap di jalan yg lurus. 


b). Memulakan setiap sesuatu dgn Bismillah agar setiap amalan itu adalah lillahi ta’ala.


c). Menjauhi keluh kesah (mengeluh) agar menjadi seorang yg redha pada ketentuanNya. 


d). Menjauhi amarah kerana amarah adalah tingkat terendah pada ruh manusia (ruh amarah) sedangkan seseorg pengamal harus mensasarkan berada pada tingkat 4 (ruh tenang) atau 5 (ruh redha). 


e). Melakukan suruhan wajib, meninggalkan larangan haram dan merutinkan amal ibadat sunat. Kerana ia merupakan jalan mendekatkan diri kepadaNya. Dialah penantu terijabahnya doa atau amalan kita nantinya. Tiada yg lain selain Dia. 


f). Zikir tetap di hati atau di lidah pada apa jua situasi kita. Dengan itu kita menjadi tenang, mudah menilai dan dapat berfikir dgn baik. Contoh2 zikir yg baik adalah spt kalimah tauhid, selawat jibrail, surah al-ikhlas, ayat 4 dll. 


g). Penyucian hati pada pengamal akan terjadi kerana istiqamah zikir dan kebiasaan yg dilakukan melalui cara2 di atas. Hari menjadi bersih suci secara beransur-ansur. Hati adalah panca indera yg ke enam.


h). Penyucian hati yg berlanjutan akan memungkinkan terjadinya mukasyafah (kasyaf tersingkap), seterusnya terjadi musyahadan (penyaksian ttg rahsia2 alam). Ini terjadi susulan pengamal telah menjadi peka (muhadharah) kerana mata hati telah terbuka. Ia juga dipanggil “mata batin”. 


i). Pengamal yg menjadi “peka” tadi akan dapat merasakan kehadiran “tenaga ruh” pada dirinya. Ia adalah tenaga ke 3 dalaman diri pengamal sendiri, menyusul zahir dan nafas. Dari itu dapat dimajukan (tenaga ruh tadi). 


j). Kepekaan pada pengamal tadi menjadikannya mengetahui setakat mana tingkat ruh pada dirinya. Jadi itu dia sedar bahawa ia boleh ditingkatkan. Jalannya tidak lain adalah dgn mendekatkan diri kpd Allah.


k). Dgn mengetahui setakat mana tingkat ruhnya itu, pengamal dapat membuat pilihan. Terletak ditangannya sendiri sama ada kekal begitu atau meningkatkannya. Jika jalan pilihan adalah meningkatkannya, maka dia harus lebih lagi mendekatkan diri kepada Allah. Arah tujuan adalah pada tingkat 4 (ruh tenang) sekurang2nya atau tingkat 5 (ruh redha) sebaik2nya, malah lebih baik lagi jika lebih dpd itu. 


Begitulah ringkasan ttg keperluan2 yg harus dicapai oleh pengamal agar amalan atau ilmu2 yg sukar menjadi mudah. Itu jugalah yg dimaksudkan dgn potensi dan kelayakan seseorg anak didik itu tadi. 


(ii). FASA SEMASA PENGISIAN. Bacaan amalan Doa Kebal Api ini berbunyi begini “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, QULNA YANARUKUNII BARDAU WASALAMAN ‘ALA IBRAHIM, SALAMMUN QAULAM MIRRABIIRAHIM, HASBUNALLAHU WANI’MAL WAKIIL” (1. Kami berfirman, “Hai api, menjadi dinginlah dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim (QS Al-Anbiya:69). 2. “Salam” sebagai ucapan selamat dpd Tuhan yg Maha Panyayang (QS Yassin:58). 3. Cukuplah Allah sbg penolong kami dan Allah adalah sebaik2 pelindung (QS Al-Imran:173). 


Itulah bacaan yg digunakan agar seseorg pangamal tidak binasa jika terkena atau tersebtuh api dgn izin Allah. Pengisian amalan ini (Doa Kebal Api) harus dilakukan selama 40 hari (atau malam) berturut-turut. Lakukanlah dgn tenang, yakin dan sabar. 


Perkara2 yg harus dilakukan adalah:


a). Bada solat fardhu, bacakan Al-Fatihah (1x), Al-Ikhlas (3x) dan Doa Kebal Api (33x). 


b). Lakukan solat tahajjud setiap malam dan bada solat bacakan spt berikut: Al-Fatihah (1x), Al-Ikhlas (3x), Istighfar (200x), Bismillah (200x), Kalimah Tauhid (200x) dan Doa Kebal Api (1000x)


Setelah 40 hari selesai maka tamatlah tempoh pengisian.  


(iii). FASA SETALAH PENGISIAN (PENGGUNAAN). Sekiranya amalan ini diijazahkan secara berdepan (bertalaqi) sama ada secara persendirian atau pun melalui perguruan atau gelanggang2 persilatan, biasanya si guru akan menguji anak didiknya (setelah pengisian tamat). Mereka akan didoakan oleh si guru dan diminta untuk mengujinya (biasanya di gelanggang2 tertutup). Terpulang kpd masing2 guru sbg penantunya kerana mereka berhak meminta begitu. Dan anak anak didik yg diijazahkan itu pula berhak menolak atau mengundur diri sekiranya kurang keyakinan pada diri sendiri atau amalannya. 


Ujian2 begini biasa dilihat pada sekitara tahun2 80an hingga 90an. Setelah itu, banyak sekali perguruan silat yg diharamkan (di Tanah Melayu terutamanya) dgn alasan melakukan perkara2 yg syirik. Kononnya begitu. Namun yg lebih jelas adalah terdapat penglibatan unsur politik sehingga terjadi perkara spt itu. Ini adalah satu kerugian kepada anak bangsa sendiri. Contoh2 ujian yg dilakukan adalah spt berjalan di atas bara api, memijak mijak bara api, bermain bola api, melepasi relung api, menggengam bara atau seumpamanya. Terpulang si guru sesebuah gelanggang utk memutuskan jenis2 ujian pada anak2 didik yg telah khatam pengisian tadi. 


Setelah pengisian amalan ini dikhatamkan oleh seseorang pengamal, maka bolehlah ia amalkan pada bila2 masa yg dirasakan perlu (mengikut kesesuaian keadaan masing2) seperti utk merawat keecuran, memagar diri dari bahaya api, memagar rumah dari kebakaran atau seumpamanya. Caranya adalah dgn meniatkan tujuan kita mengamalkannya sambil membacakan bacaan tadi sebanyak 7 kali. InsyaAllah akan menjadi dgn izin Allah. 



No comments:

Post a Comment