Sunday, January 1, 2012

DOA BAYI ASYIK MENANGIS. 3 PUNCANYA 3 PENYELESAIANNYA


Bayi kecil tidak pendai berkata2. Mereka hanya mampu mengekspresi perasaan mereka pelbagai melalui satu cara saja iaitu tangisan. Ibu bapa seringkali runsing apb bayi mereka menangis terutamanya yg baru pertama kali menimang cahaya mata. 

Namun yg sudah berpengalaman juga tidak terkecuali kerana setiap bayi adalah berbeza keadaannya. Siapa yg tidak runsing jika bayi mereka menangis tanpa henti. Bayi menangis adalah sbg tanda komunikasi namun hanya ibu bapa yg tahu betapa tertekannya mendengar tangisan anak yg tak henti2. Ada kalanya situasi boleh menjadi tegang hingga menyebabkan ibu bapa menjadi marah dan hilang kawalan. Ibu yg berpengalaman biasanya akan mengerti gaya tangisan bayi yg lapar. 

Ia boleh dikenal pasti dgn gara menghisap atau merenggangkan badannya. Punca menangis yg tidak dapat dikenal pasti akan membuat situasi menjadi bertambah sukar. Mari kita lihat apakah punca2 bayi menangis spt itu. Punca bayi menangis adalah spt berikut (disertakan siapa yg harus menanganinya). 

(1). Psikologi, emosi dan tingkah laku umum atau khusus bayi, harus ditangani oleh ibubapa atau penjaga di rumah. 

(2). Kesihatan, perubatan dan penyakit, harus ditangani oleh doktor atau pakar kanak2 atau bayi (pakar paediatrik) yg bertauliah di klinik2 atau hospital. 

(3). Spiritual, ghaib atau gangguan makhluk halus haruslah ditangani oleh perawat, ahli syifa, ustaz, org yg warak, ahli spiritual, bomoh (tabib, bidan, dukun yg tidak mensyirikkan Allah) dan seumpamanya. Mereka2 ini haruslah seorang yg makbul amalan atau doanya dan sebaiknya dapat melihat (mempunyai mata batin yg peka). Itulah 3 punca utama bayi menangis dan siapa yg harus menanganinya. 

Mari kita lihat satu2nya. 

(1). PUNCA BAYI MENANGIS 1: PSIKOLOGI, EMOSI DAN TINGKAH LAKU UMUM ATAU KHUSUS SESEORANG BAYI. Bayi menangis disbbkan oleh punca pertama ini (gangguan pada psikologi, emosi dan tingkah laku bayi) haruslah ditangani oleh ibubapa, penjaga atau org2 tua yg berpengalaman di dlm rumah tersebut. Contoh2 keadaan ini adalah spt berikut:

(a). LAPAR. Sama juga mcm org dewasa, jika lapar mestilah mahukan makanan. Org dewasa dpt mencari makanan atau pergi ke kedai utk mengenyangkan perut. Bayi bukanlah pandai berjalan dan membayar duit kpd pemilik kedai makan. Jadi mereka akan menangis. Selagi masalah lapar yg mengganggu psikologi, emosi dan tingkah laku mereka itu tidak selesai, selagi itulah mereka akan menangis. Sila peka kpd keadan yg biasa ini terutamanya pada ibubapa yg muda atau baru anak seorang. 

(b). KEMBUNG PERUT. Kembung berlaku disbbkan beberapa perkara. Antaranya ialah pemakanan ibu yg menyusukan bayi. Makanan dan minuman spt ais, minuman bergas, buah tembikai, buah mangga, durian dan beberapa jenis sayur tidak digalakkan utk diambil oleh ibu yg menyusu kerana menyebabkan perut bayi kembung. Kerapkan menyapu tubuh bayi dgn minyak bayi supaya bayi berasa selesa di bahagian perut, tapak kaki, betis, belakang badan, ubun2 serta dada. Pemakaian stokin dan barut juga mungkin dapat membantu.

(c). LAMPIN BASAH. Bayi yg tidak selesa kerana lampin penuh juga akan menangus sbg cara utk memaklumkan kpd si ibu supaya menukar lampinnya. Periksa juga ruam lampin jika ada. Bayi berkemungkinan juga kegatalan di punggung kerana ruam lampin. Seeloknya lampin bayi kerap ditukar utk mengelakkan ruam lampin dan sapukan krim ruam lampin atau ubat yg berkaita setiap kali menukar lampin. 

(d). MENGANTUK DAN LETIH. Seperti juga org dewasa, bayi akan menjadi tidak keruan sekiranya mengantuk. Sesetengah bayi tidak mudah utk tidur walaupun selepas menyusu kerana perlu didodoi terlebih dahulu. Sesetengah ibu menganggp bayi yg letih perlu ditidurkan. Benar, namun tidak semestinya. Kadangkala mereka cuma mahukan keadaan yg tenang. Jika dlm perjalanan jauh, kerapkan berhenti di hentian rehat atau di kawasan yg sesuai. Semasa di dlm kereta juga, dukung bayi sekali sekala utk melihat sekeliling dari dlm kereta kerana kemungkinan bayi penat asyik berbaring atau duduk saja.

(e). SUHU TERLALU PANAS ATAU SEJUK. Keadaan suhu adalah satu lagi sbb bayi menangis. Oleh kerana tidak pandai mengadu, bayi akan menangis jika merasa terlalu sejuk atau panas. Perhatikan cuaca dan suhu di tempat anda berada. Sekiranya keadaan agak sejuk, pakaikan pakaian yg sedikit tebal kpd bayi beserta topi, sarung tangan dan sarung kaki. Pakaikan pakaian nipis atau yg tidak panas spt singlet dan baju berlubang2 pada ketika keadaan suhu yg panas. Jika berlaku di rumah, pasang kipas atau penghawa dingin pada suhu yg sederhana agar bayi selesa. 

(f). REAKSI TERHADAP PERSEKITARAN BARU. Antara sbb bayi menangis adalah apabila mereka tidak selesa atau takut dgn keadaan baru. Mungkin beberapa minggu pertama mereka akan menangis dan perlu mengambil masa utk berasa sesuai dgn pengasuh baru. Meskipun ada bayi yg teruja, tapi ada pula yg rasa rimas apb dikelilingi ramai org. Sama juga spt org dewasa, tidak semua org suka menjadi artis yg dikelilingi oleh ramai peminat. Ada yg lebih suka ketenangan dan bersendirian. 

(g). BOSAN. Mereka ingin bermain dan bosan apb ditinggalkan bersendirian. Cuba bawa mereka bermain sebentar dan ajarkan mereka menggunakan permainan supaya bayi berupaya bermain sendiri kelak. 

(h). PERLU DISENDAWAKAN. Bayi yg menyusu botol terutamanya mudah tertelan angin dan berasa tidak selesa apb selesai menyusu. Oleh itu biasakan menyendawa kan si kecil dgn kerap sebelum atau selepas makan atau menyusu. 

(i). ANDA TERTEKAN. Kadangkala kita tak perasan nada kita bercakap dgn bayi semasa mereka menangis. Bayi sebenarnya sgt senditif dan dpt mengenal pasti kemarahan anda walaupun tidak memahami perkataan yg diucapkan. Oleh itu banyakkan bertenang dan cuba bergilir2 dgn suami atua penjaga utk memastikan emosi anda dlm keadaan yg terkawal apb cuba menenangkan bayi. 

(j). SEMBELIT. Bayi mudah terkena sembelit walaupun ada yg manyusu badan. Ini kerana sistem pencernaan mereka sgt sensitif dan kadangkala tidak dapat bertindak balas dgn baik terhadap makanan tertentu. Cuba tuamkan perut, urut dgn minyak aroma terapi atau mengusap perlahan utk membantu melegakannya. 

(k). NAK TUMBUH GIGI. Fasa tumbuh gigi adalah fasa yg menyakitkan apb gigi pertama menembusi gusinya. Kadangkala berasa tidak selesa dan gatal2, ini menyebabkan bayi menangis. Jadi cuba berikan mereka menghisap sesuatu yg sejuk spt buah2an atau “teether”.

Begitulah beberapa contoh yg biasa dialami oleh bayi2 sekiranya mereka menangis berpunca dpd psikologi, emosi atau tingkah laku bayi itu sendiri yg khusus atau umum. Ibu bapa, penjaga atau org tua yg ada di rumah itulah yg harus menangani nya dan memenuhi keperluan bayi2 tadi. Setia bayi berbeza sifat, kerenah dan perangainya masing2, sama spt kita. Ibu bapa perlu mempelajari cara mengenal pasti sbb bayi yg menangis dan menyelesaikannya. 

Pengalaman menghadapi tangisan bayi akan mengajar ibu utk lebih sabar dan berdikari. Lama kelamaan perasaan panik akan dapat diatasi. Perlu diingat bahawa bayi masih kecil dan tidak pandai mengadu. Oleh itu kita sbg org dewasa perlu sentiasa bertenang dan cuba belajar utk memahami keperluan mereka. 

(2). PUNCA BAYI MENANGIS 2: KESIHATAN, PERUBATAN DAN PENYAKIT YG DIALAMI. Punca menangis ini haruslah ditangani oleh doktor atau pakar paediatrik yg bertauliah. Contoh2 keadaan spt berikut:

(a). DEMAM. Suhu badan biasa bagi manusia (termasuk bayi) adalah sekitar 36-37 darjah Celsius. Suhu badan ini dipengaruhi oleh aktiviti yg kita lakukan spt bersenam, tidur atau makan. Suhu badan paling tinggi pada pukul 6 petang dan paling rendah pada pukul 3 pagi. Menurut pakar, demam terjadi apb termostat di dlm badan meningkatkan suhu. Termostat atau hypothalamus adalah sebahagian dpd organ otak manusia. Ia bertugas utk menstabilkan suhu badan. Akan tetapi, apb anak (bayi) terkena jangkitan atau jatuh sakit, hypothalamus akan meningkatkan suhu badan utk melawan jangkitan. Jadi jika suhu badan bayi meningkat, itu tandanya sistem immune badan mereka sedang melawan jangkitan atau penyakit. 

Harus diingatkan bahawa demam bukanlah penyakit. Ia adalah cara utk melawan jangkitan. Namun jika berterusan dan bertambah tinggi suhunya (dpd bacaan normal tadi) segeralah berjumpa doktor kerana ia merisikokan terjadinya sawan demam panas (febrile fit) yg komplikasinya boleh menyebabkan kerosakan sel2 otak jika berlaku berkali2. Akhirnya bayi atau kanak2 tersebut boleh mejadi kurang pintar dlm pelajaran, kecacatan kekal pada anggota2 tertentu (terpulang bahagian sel otak mana yg terjejas oleh demam tinggi tadi) dan malah kematian jika tidak dirawat atau dibawa kpd pihak hospital. Jangan ambil ringan masalah demam ini pada bayi. 

Ibu bapa yg tidak memahami cenderung menyalahkan anak2 apb menjadi tidak pintar atau sukar menerima pelajaran. Sedangkan anak tersebut pada zaman bayinya pernah mengalami febrile fit. Itu sebenarnya tanggungjawab ibu bapa atau penjaganya, jgn sampai ia terjadi. Jangkitan merupakan sbb utama knp bayi mengalami demam, namun ada sbb2 lain juga spt selsema berpanjangan, jangkitan bakteria, demam slps diberi vaksin dll. 

Selesema pd bayi boleh disbbkan oleh ahli dlm rumah kerap merokok berdekatan, sedangkan hidung dan paru2 bayi tersebut belum cukup matang utk menangani iritasi yg terjadi akibat asap atau pencemaran spt itu. Sbb lain selesema adalah perubahan cuaca, tumbuh gigi, kurang zat makanan, kurang makan, kurang air (dehydration) dll. Selain demam banyak lagi punca bayi menangis berkait kesihatan, namun cuma demam yg diceritakan di sini. Contoh kesihatan lain ialah demam kuning, pneumonia, cirit birit dll. 

(3). PUNCA BAYI MENANGIS 3: SPIRITUAL, GHAIB ATAU GANGGUAN MAKHLUK HALUS. Gangguan ke tiga ini haruslah ditangani oleh org yg mengetahui bidang yg khusus spt ini juga. Mereka adalah para perawat, ahli2 syifa, ustaz2, org yg warak, ahli spiritual, bomoh (tabib, bidan, dukun yg tidak mensyirikkan Allah) dan seumpamanya. Mereka2 di atas haruslah seorg yg makbul amalan atau doanya dan sebaiknya “dpt melihat” (mempunyai mata batin yg peka). Ini adalah contoh ciri2 bayi yg menangis kerana gangguan makhluk ghaib. 

(a). Bayi menangis tanpa keluar air mata dan hanya mengeluarkan bunyi manakala bunyi tangisannya juga berlainan dpd biasa. 

(b). Dlm keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai oleh air mata yg banyak dan boleh menyebabkan ibu bapa panik. Banyi yg mengalami gangguan kadang2 berhenti menangis sebentar kemudian menangis semula. 

(c). Mata yg terpejam ketika berhenti menangis akan bergerak2 pada kelopak mata seolah2 kedua2 matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di kiri dan kanan. 

(d). Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yg mendayu2 dan berpanjangan, mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi umpama dlm keadaan tidak sedarkan diri (tidur). 

(e). Dahi bayi kadang2 berkerut seolah2 sedang memerhati ke atas sedangkan matanya terpejam kerana tidur. Mereka seolah memerhati sesuatu dlm keadaan tidur itu. 

(f). Sering terjadi mereka menangis dan menjerit dlm keadaan ketakutan dan menggigil seolah2 disergah oleh sesuatu yg menakutkan. Bayi ini setelah puas menangis akan tidur sebentar. Lalu menangis lagi dlm keadaan teresak2. Tarikan nafas pun tersekat2. 

(g). Ketika menangis mata bayi akan tertumpu pada satu tempat sahaja. Contohnya melihat terus pada siling rumah di bahagian atas kepalanya saja. Kadang2 mereka asyik memaling muka ke situ (siling tersebut). 

(h). Bayi menangis selalunya di waktu2 tertentu sahaja terutamanya tempoh menghampiri maghrib sehingga ke subuh. 

(i). Tangisan berterusan begitu tidak harus dibiarkan. bayi menjadi lemah semangat dan berkemungkinan mengalami trauma atau sakit, demam, hilang selera, mudah dehidrasi kerana tangisan yg ditambah dgn hilang selera menyusu atau makan tadi. 

Tangani gangguan tersebut dgn cara di bawah:

(1). Amalan ini digalakkan utk dimulai bada solat asar atau maghrib. Sebelum melakukan solat tersebut (sama ada asar atau maghrib) sediakan segelas air putih dan di sisi tikar solat kita. Kemudian teruskan bersolat asar atau maghrib tadi. 

(2). Bada solat bacakanlah ayat2 dan doa berikut ke dlm air putih segelas tadi iaitu Al-Fatihah (1x), Al-Ikhlas (3x), Al-Falaq (1x), An-Nas (1x), Ayatul Kursi (3x) dan Rukyah Jibrail 3x spt berikut: “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, BISMILLAHI ARQIK, MIN KULLI SYAI-IN YU’ZIK, MIN SYARRI KULLI NAFSIN AU ‘AIN, AU HAASIDILLAHU YASYFIK, BISMILLAHI ARQIK (Dgn nama Allah yg merukyahmu dari segala sesuatu yg menyakitimu dan dari kejahatan segala makhluk atau kejahatan mata yg dengki. Allahlah yg menyembuhkanmu. Dgn nama Allah aku merukyahmu)”. Ini adalah salah satu dpd Rukyah Jibrail. Ia diambil dari sebuah hadis. Setiap kali bacaan surah2, ayat dan rukyah tadi, silalah tiup sehabis nafas ke dlm air putih tadi. Selepas itu letakkan air itu ke tepi dahulu. 

(3). Hampiri bayi itu dan bacakan kesemua surah2, ayat dan rukyah tadi sekali lagi mengikut bilangannya yg sama. Setiap kali bacaan surah2, ayat dan rukyah tadi, tiupkan dgn lembut ke ubun2, seterusnya ke seluruh badan bayi itu tadi. Lakukan sehingga selesai. 

(4). Kemudian, angkat bayi itu dan azankan dgn suara sederhana pada telinga kanannya dan iqamatkan pada telinga kirinya. Lakukan sehingga selesai. 

(5). Halakan muka dan dada bayi itu ke arah bawah (arah lantai) dan halangi melihat ke atas dan bacakan Ayat Kursi 7x. Setiap bacaan, tiupkan ke kepala atau ubun2nya. Ia juga boleh dilakukan dgn meletakkan bayi itu dlm keadaan terlungkup asalkan tidak melihat ke atas siling atau dinding atas. Kemudian barulah baringkan bayi itu semula.

(6). Selepas itu, ambilkan sedikit2 air segelas yg telah dirukyahkan tadi dan sapukan ke seluruh muka, kepala (ubun2) dan tubuh (termasuk tangan kaki) yg terdedah. Lakukan sehingga selesai.

No comments:

Post a Comment