Ianya sebuah amalan berkaitan dgn amalan atau ilmu penarikan Benda-Benda Bertuah (BBT). Ilmu ini dibahagikan kpd 3 fasa iaitu Pertama fasa sebelum penarikan, kedua fasa semasa penarikan dan ketiga fasa setelah penarikan.
(A). FASA SEBELUM PENARIKAN.
Apakah BBT yg dimaksudkan itu? Ada pelbagai jenis BBT. Benda2 yg misteri yg kita tidak tahu asal usulnya, baik kecil atau besar. Pernah dimilikki oleh seseorang atau sesebuah keluarga atau keturunan namun mereka mungkin telah meninggal tetapi benda tersebut masih ada di sekitar. Masih di alam nyata atau mungkin di alam ghaib. Contoh BBT begini adalah spt banyak jenis batu2an sama ada batu2 permata, batu2 akik, mustika, geliga, gemala, buntat atau lain2, dpd sumber haiwan, tumbuhan atau sumber2 semulajadi (alami).
Contohnya delima, zamrud, nilam, intan, batu2 akik, geliga ular, lipan, ikan, mustika serai, pandan, buntat kelapa atau sebagainya. Perhiasan org2 dahulukala juga termasuk BBT spt batu2 cincin, cincin, loket, gelang2 lama, anting2, mahkota dan lain2. Baik apa pun jenis bahan pembuatannya sama ada logam spt perak, emas, tembaga, suasa atau dpd kayu2 keras spt belian, teras, dpd batu2an yg dijadikan manik, diukir atau lain2.
Senjata2 lama juga termasuk BBT spt keris, mata lembing, pedang, pisau, kerambit, rujis, tekpi, parang atau lain2. Bekas2 pengubatan lama spt keris kecil, pisau lipat, pisau kecil berwafak, mimyak2 wangian, loket azimat, ketul2 logam tertentu, batu bertulis dll. Duit2 atau syiling2 logam lama baik apa jenis bahan logamnya dan seumpamanya. Bukan sahaja benda2 yg agak kecil dan sederhana saiznya spt tadi, benda2 yg agak besar saiznya yg merupakan tinggalan lama juga termasuk BBT spt tempayan, tajau, piring, cangkir, cawan lama, tepak sirih, congkak, ukiran kayu keras, ukiran batu, teko dan banyak lagi. Ringkasnya, BBT ini merupakan benda2 misteri yg punyai sejarah2 tersendiri berkaitan dgnnya.
BBT tadi boleh berada pada satu diantara dua alam, sama ada alam kita yg zahir (alam mulk) atau alam ghaib (alam jabarut). BBT yg berada pada setiap alam itu tadi mempunyai 2 jenisnya sama ada memilikki atau tidak “tenaga tinggal” (TT) di dalamnya. TT yg dimaksudkan adalah sesuatu tenaga yg ada di dlm benda tersebut, sama ada disimpan secara sengaja atau tidak oleh pemilik terdahulu.
Contohnya satu batu cincin itu pernah didoakan oleh pemiliknya dahulu utk tujuan pelbagai sama ada pengasihan, penunduk, penjagaan diri dll. Boleh saja kemungkinan telah dibacakan dan dilakukan ritual pada benda2 tadi. Mungkin telah disimpankan khadam atau pendamping didlmnya melalui bacaaan2 tadi sama ada bersifat putih atau hitam. Itu yg dimaksudkan dgn TT tadi. Setiap dua jenis itu pula mempunyai 2 kemungkinan sama ada dimilikki seseorg atau tidak. Ringkasnya jenis2 BBT ini begini:
1). Di alam nyata, tiada TT dan tiada pemiliknya.
2). Di alam nyata, tiada TT dan Ada pemiliknya.
3). Di alam nyata, ada TT dan Tiada pemiliknya.
4). Di alam nyata, ada TT dan Ada pemiliknya.
5). Di alam ghaib, tiada TT dan tiada pemiliknya.
6). Di alam ghaib, tiada TT dan Ada pemiliknya.
7). Di alam ghaib, Ada TT dan tiada pemiliknya.
8). Di alam ghaib, Ada TT dan Ada pemiliknya.
Dari turutan di atas, semakin besar angka itu maka semakin besar pula risiko yg bakal ditanggung oleh ahli2 spiritual yg melakukan penarikan BBT ini. Apalagi jika benda yg ditarik itu berada pada angka 8 (di alam ghaib, ada TT dan ada pemiliknya). Pemilik itu pasti bukan dari kalangan manusia. Mudah2an tidak terkena pada BBT yg berada pada angka 8 dlm melakukan penarikan tadi.
Berikut adalah 4 jenis keilmuan yg harus terlebih dahulu dikuasai oleh seseorang ahli spiritual sekiranya ingin bergiat melakukan penarikan BBT begitu. Empat keilmuan itu adalah Ilmu Terawangan, Ilmu Meraga Sukma, Kota Badan dan Ilmu Batin Pahlawan. Sebaik2nya setiap ahli spiritual yg melibatkan diri dgn tugas penarikan BBT begitu haruslah melengkapi dirinya dgn 4 keilmuan ini. Ianya adalah sbg persediaan diri sendiri apalagi jika benda yg ditarik itu berada pada angka 8. Berikut pula adalah tujuan khusus keilmuan2 yg disebutkan tadi (secara ringkas):
(1). Ilmu Terawangan. Tujuannya adalah utk melihat kedudukan BBT tersebut sama ada secara nyata atau ghaib. Ia boleh jadi dinampakkan secara terus digambarkan difikiran, dirasakan melalui hati, ditunjukkan melalui mimpi, ditandai oleh alamat2 tertentu, diberitahu secara nyata atau ghaib dll. Ringkasnya ilmu ini adalah utk mencari dan memastikan kedudukan BBT tadi.
(2). Ilmu Meraga Sukma. Tujuannya adalah supaya mampu menghadirkan ruh diri sendiri ke alam ghaib sama ada berbentuk jasad nyata atau lain2, terpulang kemahiran kita. Jika Ilmu Terawangan lebih cenderung pada kebolehan melihat, Ilmu Meraga Sukma pula lebih cenderung pada pengembaraan secara batiniah.
Kedua2nya juga merupakan kemahiran pada ruh manusia. Boleh dimajukan setiap satunya. Ilmu meraga sukma ini penting jika BBT yg ingin ditarik itu berada di alam ghaib. Tidak kelihatan di alam nyata. Kerana itu harus memilikki kemahiran utk menjelajah alam tersebut utk mengetahui lebih lagi keadaan benda tersebut. Jika BBT itu dimilikki oleh sosok tertentu di alam ghaib tersebut, dgn kemahiran inilah rundingan boleh dilakukan nanti.
(3). Kota Badan. Tujuannya adalah utk penjagaan diri sendiri atau org2 yg bersama kita. Jika BBT tersebut berada di alam nyata, haiwan2 liar dan berbisa spt ular, kala jengking dll boleh menganggu kerja. Jika berada di alam ghaib, sosok pemilik BBT itu boleh membawa mudharat. Itulah pentingnya amalan2 Kota Badan begini. Doa2 atau ayat2 yg kita bacakan insyaAllah boleh menjadi pelindung dgn izin Allah. Terhindar dari sebarang kemudaratan.
(4). Ilmu Batin Pahlawan. Tujuannya adalah utk menangani tentangan atau serangan sosok2 yg menjadi marah kerana kita ingin memilikki benda kepunyaannya. Syukur jika tidak berlaku serangan, mudah2an dapat dirundingkan sahaja. Kemahiran Meraga Sukma digunakan dlm rundingan tersebut. Tidak nyata pada penglihatan org. Kita berada di alam ghaib.
Tidak hairan jika seseorg ahli hikmah yg sgt berpengelaman dlm penarikan BBT selama puluhan tahun tidak berjaya melakukan penarikan. Mungkin benda tersebut sebenarnya ada namun mempunyai pemiliknya sendiri di alam ghaib tempat ia berada. Mungkin dia terlebih dahulu mengalah setelah mengetahui benda itu telah pun ada pemiliknya. Lebih baik pulang selamat dpd merebut hal milik org.
Sebelum melakukan pengisian terhadap keilmuan2 yg disebutkan di atas, seseorang ahli hikmah yg ingin menguasai kemahiran penarikan BBT harus membuat persediaan pada dirinya. Ia bertujuan agar amalan2 yg sukar mudah menjadi. Berikut disenaraikan keperluan2 yang harus dicapai oleh ahli2 hikmah yg terlibat.
(1). Mendalami ilmu tauhid atau usul atau Islam iman dan ihsan agar terhindar dari kesyirikan dan tetap di jalan yg lurus.
(2). Memulakan setiap sesuatu dgn Bismillah agar setiap amalan itu adalah Lillaahi Taa’la.
(3). Menjauhi keluh kesah (mengeluh) agar menjadi seorang yg redha pada ketentuanNya.
(4). Menjauhi amarah kerana amarah adalah tingkat terendah pada ruh manusia (ruh amarah) sedangkan seseorang pengamal harus mensasarkan berada pada tingkat 4 (Ruh Tenang) atau tingkat 5 (Ruh Redha).
(5). Melakukan suruhan wajib, meninggalkan larangan haram dan merutinkan amal ibadat sunat kerana ia merupakan jalan ke arah mendekatkan diri kepadaNya. Dialah penentu terijabahnya doa atau amalan kita nanti. Tiada yg lain selain Dia.
(6). Zikir tetap di hati atau di lidah pada apa jua situasi kita. Dgn itu kita menjadi tenang, mudah menilai dan dapat berfikir dgn baik.
(7). Penyucian hati pada pengamal akan terjadi kerana istiqamah zikir dan kebiasaan yg dilakukan melalui cara2 di atas. Hati menjadi bersih suci secara beransur2. Hati adalah panca indera ke enam.
(8). Penyucian hati yg berlanjutan akan memungkinkan terjadinya mukasyafah (kasyaf tersingkap) seterusnya terjadi musyahadah (penyaksian ttg rahsia2 alam). Ini terjadi susulan pengamal telah menjadi peka (muhadharah) kerana mata hati telah terbuka. Ia juga dipanggil mata batin.
(9). Pengamal yg menjadi peka tadi akan merasakan kehadiran tenaga roh pada dirinya. Ia adalah tenaga ketiga dalaman diri pengamal sendiri, menyusul zahir dan nafas. Dari itu dapat dimajukan tenaga roh tadi.
(10). Kepekaan pada pengamal tadi menjadikannya mengetahui setakat ana tingkat roh pada dirinya. Jadi itu, dia sedar bahawa ia boleh ditingkatkan. Jalannya tidak lain adalah dgn mendekatkan diri kpd penciptanya (Allah).
(11). Dgn mengetahui setakat mana tingkat rohnya itu, pengamal dapat membuat pilihan. Terletak di tangannya sendiri sama ada kekal begitu atau meningkatkannya. Jika jalan pilihan adalah meningkatkannya bermakna dia harus lebih lagi mendekat kan diri kepada penciptanya (Allah). Arah tujuan adalah pada tingkat 4 (roh tenang) sekurang2nya atau tingkat 5 (roh redha) sebaik2nya. Malah lebih baik lagi jika lebih dpd itu.
(12). Roh menjadi 7 tingkat nafsu nafsi apb ditiupkan ke dlm jasad manusia.
Begitulah ringkasan ttg keperluan2 yg harus dicapai oleh pengamal agar amalan atau ilmu2 yg sukar mudah menjadi. Walaupun begitu, pertolongan Allah (maunah atau masrullah) boleh dtg dlm pelbagai keadaan pada bila2 masa sahaja. Terpulang Allah menentukan segala2nya. Maknanya cuma Allah sbg penentu doa atau permohonan seseorang hambaNya. Bila dan di mana Dia mengijabahkannya walaupun pengamal itu mungkin tidak mampu mencapai keperluan2 tadi. Ia boleh terjadi dgn izin Allah. Apalagi jika pengamalnya seorang yg yakin sepenuh hati pada amalannya itu. Pokok pangkalnya adalah dgn izin Allah.
(B). FASA SEMASA PENARIKAN. Berikut adalah perkara2 yg harus dilakukan semasa membuat penarikan:
(1). Mengamalkan sesuatu bacaan utk tujuan perlindungan diri (Kota Badan) agar terhindar dari sebarang kemudaratan.
(2). Mengamalkan Ilmu Terawangan atau Ilmu Meraga Sukma spt penjelasan sebelumnya (pada Fasa Sebelum Penarikan). Ilmu Terawangan bertujuan utk melihat iaitu berfungsi sbg amalan utk mencari lokasi keberadaan BBT tersebut. Boleh dilakukan sama ada BBT itu berada di alam nyata atau ghaib. Seseorang pengamal ilmu hikmah yg telah mahir dgn Ilmu Terawangan dpt melihat keberadaannya namun jika Ilmu Terawangan tidak memadai, Ilmu Meraga Sukma pula memainkan peranannya. Iaitu utk menjelajah dgn lebih lagi.
(3). Setelah keberasaan BBT itu diketahui melalui amalan Terawangan atau Meraga Sukma tadi, barulah melakukan proses penarikan (mendapatkan BBT tersebut).
Jadi ringkasnya turutan proses semasa penarikan adalah begini:
i). Mencari Keberadaan BBT tersebut.
ii). Menarik BBT.
iii). Mewujudkan BBT (Sekiranya Perlu).
Penerangan setiap satu secara ringkasnya:
(1). Mencari Keberadaan BBT. BBT mempunyai 8 jenisnya (diterangkan sebelum ini) dan kesemuanya boleh jadi berada pada satu antara dua alam (nyata atau ghaib). Mencari keberadaannya dilakukan dgn amalan Terawangan atau Meraga Sukma (diterangkan sebelumnya). Boleh dilakukan di tempat2 yg berpotensi tersebut (spt kawasan2 menyeramkan di rumah2 lama, makam2 lama, gua, tepian sungai atau laut dsb. Atau boleh juga dilakukan dari jarak jauh (di rumah shj). Setelah BBT dipastikan barulah melakukan proses seterusnya.
(2). MENARIK BBT. Bacaan utk membuat penarikan adalah spt berikut (Doa Waliyullah Asif bin Barkhiya), “BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM, YAA HAIYU YAA QAIYUM, YAA ILAAHANAA WA ILAAHA KULLI SYAI-IN, ILAAHAU WAAHIDA, LAAILAAHA ILLA ANTA, YA ZAL JALAALI WAL IKRAM (Wahai Tuhan yang Maha Hidup, wahai Tuhan yang Maha Berdiri sendiri, wahai Tuhan kami, Tuhan segala setiap sesuatu, Tuhan yang Esa, tiada Tuhan melainkanMu. Wahai Tuhan yang memilikki segala keagungan dan kemuliaan)”.
Bacaan ini bertujuan utk melakukan “penarikan” terhadap BBT tadi. Caranya dgn membacakannya berulang kali sambil menghalakan telapak tangan kanan kita ke persekitaran tempat yg dipercayai ada BBT tersebut. Lakukan berulang kali sehingga akan terasa sesuatu tenaga yg asing di telapak tangan kita itu (sama ada getaran, kehangatan, panas atau sejuk, sesuatu aliran arus spt elektrik atau lain2).
Pokok pangkalnya adalah kita merasakan sesuatu yg terasa asing di telapak tangan kita itu. Itulah “tenaga” yg dtgnya dpd BBT itu tadi yg ingin kita tarik. Teruskan membacanya berulang kali sehinggalah terasa tenaga itu semakin kuat. Di mana paling kuat terasa tenaga itu di situlah BBT itu berada. BBT tersebut boleh berada satu di antara dua alam, iaitu nyata atau ghaib.
(a). Jika berada di alam nyata. Jika berada di alam nyata, kita boleh menggalinya atau mengambilnya sendiri menggunakan tangan berlapik secara terus atau boleh meminta bantuan org lain (pembantu2). Di alam mana keberadaannya, boleh dipastikan melalui kebolehan Terawangan tadi. Pastikan kita atau pembantu2 yg mengambilnya memegang dlm keadaan tangan berlapik kerana dikhuatiri ada tenaga di dlmnya. Malah boleh saja berupa khadam atau pendampingnya. Seseorang yg mengambil secara terus tanpa melapik tangannya atau melapik benda tersebut boleh mengalami kerasukan jika tiada amalan Kota Badan atua doa keselamtan diri. Hanya berhati2.
(b). Jika berada di alam ghaib. Jika BBT itu berada di alam ghaib, keadaan sama juga berlaku semasa penarikan dilakukan. Teruskan membecanya berulang kali sehingga lah terasa tenaga itu semakin kuat. Di mana paling kuat terasa tenaga itu, di situlah benda bertuah itu berada. Di alam mana keberadaannya boleh dipastikan melalui kebolehan Terawangan tadi.
Setelah pasti dilokasi itulah tenaga itu (sama ada getaran, kehangatan panas atua sejuk, seakan arus atau lain2), tangkap atau genggamlah ia walaupun belum lagi kelihatan. Setelah mengenggamnya, hairannya tenaga seperti tadi masih lagi ada di dlm genggaman kita. Malah tetap di situ walaupun tangan kita digerakkan ke sana ke mari.
Itu tandanya kita berjaya mendapatkannya. Itu jika kita (org yg menariknya) telah mahir melakukannya. Jika bagi pemula, tenaga tadi terasa hilang tiba2. Jgn khuatri kerana kita telah menggenggam atau menangkapnya. Tenaga terasa hilang begitu kerana fokus kepekaan hati dan fikiran (mata hati) kita telah terganggu seketika. Tidak mengapa, teruskan ke langkah selanjutnya.
(c). Mewujudkan BBT (sekiranya perlu). Dlm sebahagian keadaan, kita tidak perlu melafazkan bacaan bertujuan utk mewujudkan BBT tadi. Sebab itu dituliskan pada tajuk “sekiranya perlu”. Bacaan utk mewujudkan BBT itu perlu dilafazkan sekiranya ia diambil dari alam ghaib sahaja (tidak dari alam nyata). Ini adalah lanjutan dpd senario tadi (sebelumnya) di mana BBT yg telah berada di dlm genggaman tangan kita cukup terasa tenaganya namun belum lagi menampakan wujudnya.
Bacaan agar BBT tadi menampakkan wujudnya adalah spt berikut, “BISMILLAHHIRRAHMANNIR RAHIM, SIRRULLAH, ZAATULLAH, SHIFATULLAH, WUJUDULLAH, AF’ALULLAH, LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH, SALAMUN QAULAM MIRRABIRRAHIM, WAM TAAZUL YAUMA AIYUHAL MUJRIMUUN, LAA HAULAWALAA QUWWATA ILLABILLAHIL ‘ALIYIL AZIM, INNAMAA AMRUHUU IZAA ARADA SYAI AN AI YAQUULALAHU KUN FAYAKUN, ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR!”
Maknanya (Rahsia Allah, Zat Allah, Sifat Allah, Wujud Allah, karya ciptaan Allah (dpd wirid sufi atau kalimah2 taiyibah), Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah (dpd 2 Kalimah Syahadah), “Salam” sbg ucapan selamat dpd Tuhan Yang Maha Penyayang (QS Yassin:58), Dan (dikatakan kpd org2 kafir): “Berpisahlah kamu (dpd org2 mukmin) pada hari ini, hai org2 yg berbuat jahat” (QS Yassin:59), Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dgn izinMu ya Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung (dpd Kalimah Hauqolah), Sesungguhnya apb Dia mengkehendakkan sesuatu, cukup Dia berkata “Jadilah” maka terjadilah ia (QS Yassin:82), Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! (dpd Kalimah Takbir).
Nampaknya bacaan agar BBT menampakkan wujudnya tadi merupakan gabungan dpd 7 bacaan yg berbeza. Dpd wirid2 sufi (kalimah2 taiyibah dlm amalan tarekat), dpd Kalimah Syahadah, dpd Kalimah Hauqolah, dpd 3 ayat2 berbeza di dlm Surah Yassin dan diakhiri oleh Kalimah Takbir. Jelas tiada unsur kesyirikan padanya. Kesemuanya biasa diamalkan di dlm zikir. Tentu menjadikan seseorg hambaNya menjadi lebih dekat lagi kpd penciptanya (Allah).
Lanjutan dpd senario asal di mana benda mistik tadi telah berada di dlm genggaman, namun belum menampakkan wujudnya. Bacakan semua bacaan tadi sebanyak 1 kali dan pada bacaan terakhir (di Kalimah Takbir yg ke tiga), tepokkan telapak tangan kanan itu (yg mengenggam) ke atas tanah, InsyaAllah akan menjadi wujud dan nampak BBT itu dgn izin Allah. Begiu cara asalnya utk menwujudkan BBT. Namun ia bolehlah disesuaika penggunaannya mengikut keadaan masing2. Boleh juga ditiupkan ke dlm genggaman tangan kita, boleh juga ditepukkan tangan kita ke pokok atau batu atau dinding yg dipercayai keberadaan BBT itu. Boleh juga melalui medium air atau sebagainya.
Amalan penarikan BBT ini sebenarnya agar sukar lebih2 lagi bagi yg kurang berpengalaman tentangnya. Mungkin pengamal dapat merasakan tenaga yg ada pada benda tersebut, semakin kuat dan kuat ketika mendekat. Apb ditangkap atau digenggam, tenaganya menghilang. Mungkin juga setelah digenggam, tenaganya masih lagi kuat di dlm genggaman kita namun apb ingin diwujudkan tidak berhasil. Pelbagai keadaan boleh berlaku yg memungkinkan urusan penarikan BBT tersebut gagal. Dari itu seharusnya dilakukan “pengisian” terlebih dahulu sebelum mengamalkan kedua-dua bacaan tadi (bacaan utk membuat penarikan dan bacaan utk menampakkan wujud BBT itu).
Cara Pengisian Ilmu Penarikan BBT. Cara pengisian kedua2 bacaan tadi adalah spt ini:
(1). Pengisian ini dilakukan selama 40 hari berturut2.
(2). Berpuasa dpd memakan benda2 bernyawa spt ikan, daging, ayam, telur dll termasuk susu dan hasil2 dpdnya. Harus dilakukan selama 40 hari 40 mlm juga disepanjang tempoh pengisisan ini.
(3). Melakukan puasa sunat (spt puasa Ramadhan) selama tempoh pengisian iaitu 40 hari berturut2. Rujuaklah kalendar terlebih dahulu sebelum melakukannya agar tidak terkena pada hari2 yg haram berpuasa.
(4). Setiap bada solat fardhu, bacakan Surah Al-Fatihah 1x, Surah Al-Ikhlas 3x, Bacaan Penarikan (doa Waliyullah Asif bin Barkhiya) 21x, Bacaan mewujudkan BBT tadi 21x.
(5). Lakukan solat tahajjud setiap malam dan bada solat tahajjud bacakan Surah Al-Fatihah 1x, Surah Al-Ikhlas 3x, Bacaan Penarikan (doa Waliyullah Asif bin Barkhiya) 1000x, Bacaan mewujudkan BBT tadi 1000x.
Setelah semuanya selesai maka tamatlah tempoh pengisian Ilmu Penarikan BBT ini. Jadi bolehlah diamalkan pada bila2 masa yg dirasakan sesuai.
Seperti yg dinyatakan awal tadi terdapat 8 jenis BBT. Empat jenis ada pemiliknya dan empat jenis tiada pemiliknya, sama ada dari alam nyata atau ghaib. Jika dimilikki oleh seseorang atau sesuatu, biasanya empunyanya itu adalah sosok yg mendiami kawasan tersebut contohnya gua, rumah kosong, gunung, bukit, tempat2 angker, sumur2 terbiar dll dan biasakan dari jenis jin atau bunian sama ada Islam ataupun kafir.
Masalah akan timbul jika pemiliknya tidak mengizinkan kepunyaannya diambil sebegitu. Seseorang pengamal yg berpengalaman boleh “berunding” dgn sajian2 tertentu sbg imbalan agar pemiliknya itu mahu melepaskan BBT tadi. Contoh2 sajian adalah spt telur ayam kampung, ayam kampung panggang, kopi pahit, kopi manis, bunga 7 jenis dsb. Itu sebenarnya utk melancarkan proses “rundingan”. Syukur jika berhasil.
Kemahiran yg diperlukan utk rundingan ini adalah Kota Badan dan Ilmu Meraga Sukma. Kota Badan utk perlindungan diri dan Meraga Sukma pula agar pengamal tahu dgn siapa dia berunding itu. Nampak pada pengamal sendiri walaupun tidak nampak bagi yg lain, kerana mereka berunding di alam ghaib. Org akan cuma melihat pengamal duduk bersila terkumat-kamit berzikir dan membacakan sesuatu. Sosok yg merupakan empunya kpd BBT tadi jugak boleh jadi beranjak dari alam ghaib yg asal ke alam nyata. Mereka boleh melakukannya. Jika berlaku begitu, pengamal akan segera tahu melalui kemahiran Ilmu Terawangan yg telah dikuasai terlebih awal sebelumnya. Rundingan akan menjadi lebih mudah jika begitu.
Berbagai kemungkinan boleh berlaku semasa rundingan ini. Kelayakan pengamai sbg pemilik baru boleh diuji oleh pemilik asal tadi. Pemilik asal itu tadi belum tentu berseorangan, sama juga spt kita. Memandangkan kemungkinan2 itu, jadi disarankan agar memahirkan juga empat keilmuan spt sebelumnya dinyatakan (Terawangan, Meraga Sukma, Kota Badan dan Batin Pahlawan). Ia tiada lain adlaah utk persiapan diri sendiri dlm menghadapi sebarang kemungkinan.
(C). FASA SETELAH PENARIKAN. Ini adalah tempoh setelah BBT itu berjaya ditarik dan secara umumnya telah menjadi milik kita (org yg menariknya). Terpulang kpd kita sama ada ingin menyimpannya sendiri atau memaharkannya kpd org lain.
Siapa org terakhir yg menjadi pemiliknya, sama ada kita sendiri (org yg menariknya) atau org yg memaharkannya dan boleh memanfaatkannya dianggap mempunyai jodoh dgn BBT tadi. Setiap BBT yg berjaya ditarik haruslah didoakan agar tidak menjadi masalah kpd org2 yg menyimpannya. Bacaan agar BBT tadi tidak mendatangkan mudharat apb disimpan atau dimaharkan adalah spt ini, Surah Al-Fatihah 1x, Surah Al-Ikhlas 3x, Surah Al-Falaq 1x, Surah An-Nas 1x, Ayatul Kursi 1x dan Bacaan Doa Embun 7x.
Doa Embun adalah spt berikut “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, QULNA YANARUKUNII BARDAU WASALAMAN ALA IBRAHIM, SALAMUN ‘ALA NUUHIN FIL ‘ALAMIIN, SALAMUN QAULAM MIRRABIRRAHIM, SALAMUN HIYA HATTA MATH LA’IL FAJR”. Maknanya: (Kami berfirman “Hai api, menjadi dinginlah dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim (QS Al-Anbiya:69), Kesejahteraan dilimpahkan ke atas Nuh di sekelian alam (QS As-Shoffar:79), “Salam” sbg ucapan selamat dpd Tuhan yg Maha Penyayang (QS Yassin:58), Keselamatan dari kejahatan dan begitulah sehingga terbitnya fajr (QS Al-Qadr:5).
Cara mengamalkannya adalah dgn membersihkan terlebih dahulu BBT yg didapati itu dan sebelum menyimpan, membalut atau memakainya, bacakan dahulu spt tadi. InsyaAllah tidak akan menjadi mudarat dgn izin Allah.
No comments:
Post a Comment