Sunday, January 1, 2012

PENUNDUK SEJAGAT: PUSAKA NABI SULAIMAN

Ilmu penunduk adalah ilmu yg jika diamalkan oleh org2 yg berpengalaman atau org2 yg menepati kualiti tertentu maka ia boleh digunakan utk tujuan meningkatkan wibawa, dihormati dan disegani, menyerlahkan kepimpinan, dimuliakan atau seumpamanya. Org2 yg memandang atau mendengar suaranya boleh menjadi lemah hatinya, menurut kata2nya, tidak melawan dan lain2. 

Maknanya “penunduk” yg dimaksudkan adalah lebih luas takrifnya. Bukan saja boleh menundukkan seseorang atau makhluk2 tertentu, malah juga utk tujuan wibawa, kehormatan, dituruti, melemahkan atau lain2 spt yg dijelaskan tadi. Penunduk sejagat maksudnya adalah ilmu atau amalan ini bukan hanya khusus ditujukan kpd manusia shj malah juga kpd makhluk2 selain manusia spt jin, syaitan, haiwan, tumbuhan, juga perkara atau benda2 tertentu spt senjata, api, racun atau seumpamanya. Itulah yg dimaksudkan dgn perkataan “sejagat”. Ringkasnya ia adalah sebuah amalan penunduk utk tujuan yg berbagai dan serbaguna. Bukan hanya manusia, malah juga selain manusia spt dijelaskan tadi. 


Bacaan amalan ini berbunyi begini, “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, INNAHU MIN SULAIMAN WA INNAHU BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, 7 PETALA LANGIT 7 PETALA BUMI, YANG TAJAM JADI TUMPUL, YANG BISA JADI PENAWAR, YANG KERAS JADI LEMBUT, YANG GAGAH JADI PENAKUT, YANG PANAS JADI SEJUK, YANG BERAT JADI RINGAN, YANG BERNYAWA TUNDUK PATUH MENDENGAR SERUANKU, BERKAT PUSAKA NABI SULAIMAN, BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH”.


Ianya merupakan sejenis doa jampi. Cara melakukan amalan ini adalah seperti berikut. 


1). Sebagai penunduk manusia. Dibacakan 1 atau 3 kali sewaktu keluar rumah semasa ingin menghadapi pembesar2 atau org2 yg berpengaruh, semasa ingin bertemu kekasih hati atau isteri yg marah2, semasa ingin berucap atau lain2. Boleh dibacakan pada air utk diminum atau dibacakan pada minyak wangi utk digunakan atau lain2. 


2). Sbg doa perlindungan diri. Dibacakan 1 atau 3 kali sewaktu ingin berhadapan dgn musuh, sewaktu pergi ke hutan utk berburu, sewaktu ke laut menangkap ikan, sewaktu berhadapan dgn haiwan buas atau berbisa, sewaktu turun ke sungai, sewaktu berhadapan dgn anjing buas atau seumpamanya. 


3). Menjadikan senjata tak berfungsi. Dibacakan 1 atau 3 kali dan hembuskan ke arah musuh yg bersenjata. 


4). Semasa menghadapi kebakaran. Dibacakan 1 atau 3 kali dan ditiupkan ke arah tubuh badan.


5). Semasa mengangkat beban yg berat. Dibacakan 1 atau 3 kali sebelum melakukan kerja berat. 


6). Sebagai penawar racun atau santau. Dibacakan 1 atau 3 kali sebelum minum atau makan.


7). Dan lain lain mengikut kesesuaian. 


Ringkasnya amalan ini sebenarnya sebaguna dan ia boleh digunakan utk berbagai keadaan (dgn izin Allah). 



No comments:

Post a Comment