Mata jadi terang, tajam dan bersinar. Ayatnya ialah ayat 22 Surah Qaf
“BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, FAKASYAFNA ‘ANKA GHITHAA-AKA FABASHARUKAL YAUMA HADID, YAA BASHIR, YAA BASHIR YAA BASHIR”
(Maka Kami hapuskan halangan (kelalaian) yg menyelubungi mu itu, lalu pandanganmu menjadi tajam… wahai Allah yang Maha Melihat, wahai Allah yang Maha Melihat, wahai Allah yang Maha Melihat).
“BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM, FAKASYAFNA ‘ANKA GHITHAA-AKA FABASHARUKAL YAUMA HADID, YAA BASHIR, YAA BASHIR YAA BASHIR”
(Maka Kami hapuskan halangan (kelalaian) yg menyelubungi mu itu, lalu pandanganmu menjadi tajam… wahai Allah yang Maha Melihat, wahai Allah yang Maha Melihat, wahai Allah yang Maha Melihat).
Bacaan ayat tadi terbahagi kpd dua bahagian iaitu pertama bacaan dari ayat 22 Surah Qaf dan kedua bacaan tawassul melalui keberkatan satu dpd 99 Asma’ul Husna yg khusus iaitu “Yaa Bashir” (Yang Maha Melihat). Terdapat 5 cara utk mengamalkan bacaan tadi. Ikhtiarkan melakukan mana2 dpdnya atau gabungan cara2 tersebut.
Lima cara adalah spt berikut. Cara pertama bada solat fardhu. Caranya, temukan (rapatkan) kedua2 ibu jari kita, bacakan keseluruhan bacaan tadi 1 kali dan tiupkan ke kuku ibu2 jari tangan tersebut, lalu usapkan ke kelopak mata yg tertutup dari dlm ke luar (arah hidung ke arah pipi), lakukan 3x bacaan dan 3 kali usapan.
Cara kedua setiap kali mencuci muka, caranya semasa mencuci muka (bila2 masa terutamanya setelah bangun pagi) urut2kan kelopak2 mata yg ditutup itu perlahan2 di atas kelopak2 mata dan disekitarnya juga sambil membacakan bacaan tadi 3x. Lakukanlah selalu.
Cara ketiga setiap kali mendengar laungan azan. Caranya setelah laungan azan pada lafaz “ASYHADU AN-LA ILAAHA ILLALAH” jawablah ia dgn lafaz yg sama kemudian bacakan bacaan amalan ini satu kali, tiupkan ke kuku ibu2 jari tangan yg dirapatkan (spt cara 1) kemudian usapkan ke kelopak mata yg tertutup dari dalam ke luar, lakukan satu kali saja setiap kali azan tadi “ASYHADU AN-LA ILAAHA ILLALAH”. Jadi setiap kali azan harus dilakukan dua kali kerana dua kali kalimat itu dilaungkan.
Cara keempat, setiap kali melihat dedaun atau rimbunan pokok yg menghijau, bacakan bacaan tadi satu kali dan usap2 atau urut2kan kelopak mata kita yg tertutup. Usap2kan di atas dan disekitar kelopak mata. Lakukan sebanyak 3x bacaan dan 3x usapan. Boleh dilakukan lebih dari itu.
Cara kelima, ikhtiarkan mencari lobak merah dan cuci bersih. Setiap kali ingin memakannya, bacakan dulu bacaan sebanyak 3x kemudian barulah dimakan sama ada mentah atau bercampur.
Kesan2 amalan ini di antaranya spt berikut.
Pertama, jika mata kita asalnya rabun, ia akan beransur2 menjadi terang, jelas dan tajam. Masalah rabun mata akan menghilang perlahan2.
Kedua jika kita memakai cermin mata, dgn berkat amalan ini, mata kita akan beransur2 menjadi terang dan jelas, akhirnya ada kemungkinan kita tidaklah perlu memakai cermin mata lagi nanti. Mudah2an makbul doa dan amalan kita ini.
Ketiga mata akan menjadi jernih, bersih, bersinar dan bercahaya di mata masyarakat yg memandang. Cantik dan berseri2 cahaya mata kita dipandangan org2 sekeliling.
Keempat pengamalnya tidak mudah dihinggapi penyakit2 berkaitan dgn mata spt mata merah, rabun, mata berpinar, kabur dsb. Seakan2 mata kita terlindung dari sebarang kemudharatan atau penyakit dgn izinNya berkat amalan ini.
No comments:
Post a Comment