Monday, January 2, 2012

KOTA BADAN: DOA BESI KHARSANI


Amalan ini berbunyi begini “BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM, HAI BESI KHARSANI, BESI MELILIT 7 ANGGOTA AKU, TULANG MENJADI BESI, URATKU MENJADI BATU, TEGUH TEGAH SEKALIAN BADANKU, AH! BESI DATANG BESI KU NANTI, TIMAH DATANG TIMAH KU NANTI, KAYU DATANG KAYU KU NANTI, HAI! SERI KEBAL, BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH”. 

Ini adalah sebuah amalan berasaskan jampi melayu lama. Cara mengamalkannya: 

(1). Amalkanlah setiap kali selepas mandi selama 40 hari berturut2. Caranya begini, selepas selesai mandi dlm keadaan tubuh badan masih basah sebelum dikeringkan dgn tuala, ambilkan air liur di anak tekak atau di lelangit belakang menggunakan ibu jari kanan sambil berniat di dlm hati “AKU TAHAN KULIT AKU AGAR KEBAL DAN TIDAK DIMAKAN OLEH PELURU ATAU SENJATA”, setelah itu calitkan air liur tadi ke telapak tangan kiri kemudian temukan kedua2 telapak tangan dan gosok sedikit. Dalam keadaan duduk mencangkung, genggam kedua2 ibu jari kaki iaitu ibu jari kaki kanan digenggam oleh tangan kanan dan ibu jari kaki kiri digenggam oleh tangan kiri. Berniatlah di dalam hati “KULIT AKU MENJADI BESI YG TEBAL DAN BATU YG PEJAL”. Kemudian bermula dari kedua2 ibu jari kaki tadi, sapukan kedua-dua telapak tangan anda ke serata tubuh sambil berniat di dlm hati juga “KULIT AKU MENJADI BESI YG TEBAL DAN BATU YG PEJAL”. 

Sapukan ke atas bermula dari ibu jari kaki sehinggalah ke seluruh tubuh iaitu buku lali, lutut, peha, punggung depan dan belakang, perut, pinggang, dada depan dan belakang. Ke bahu kanan, ke lengan atas kanan, ke siku kanan, ke lengan bawah sebelah kanan dan tangan kanan menggunakan telapak tangan kiri. Lanjutkan ke bahu kiri, ke lengan atas kiri, ke siku kiri, ke lengan bawah sebelah kiri dan ke tangan kiri menggunakan telapak tangan kanan. Temukan kedua2 telapak tangan dan lanjutkan menyapu ke seluruh leher, ke telinga kemudian ke kepala dari belakang dan diakhiri dgn ke muka spt org selesai membaca doa. Setelah menyapu muka ke bawah spt org selesai membaca doa tadi, lanjutkan dgn menadah tangan dan bacakan di dalam hati Kaiimah Syahadah (LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH) utk mengunci amalan itu ke dlm tubuh badan kita. Lakukan perkara tadi setiap kali selepas mandi selama 40 hati berturut2. 

(2). Bada solat fardhu, selepas wirid dan doa, tambahkan lagi dgn membaca doa Besi Kharsani sebanyak 3 kali (tanpa melakukan sapuan ke tubuh badan). Lakukan selama 40 hari berturut2 juga. 

(3). Pada jam 12 tghmlm atau sebaik2nya jam 2 pagi, lakukan solat hajat 2 rakaat dan bermohonlah agar amalan itu menjadi makbul. Kemudian bacakan lagi Doa Besi Kharsani 33x. Lakukan selama 40 hari berturut2. Khatam. Ini adalah amalan ilmu batin lama berasaskan jampi berupa doa berkias bahasa Melayu lama. Ia adalah amalan jenis berpenjaga terdiri dpd pewaris2 asal amalan ini yg merupakan pahlawan2 melayu dahulukala yg tergolong dlm golongan rijaul ghaib. Di sepanjang tempoh beramal, besar kemungkinan pengamal2 baru akan didatangi. Ini utk menguji sama ada pengamalnya yg baru itu adalah org yg selayaknya utk menerima amalan ini atau sebaliknya. Ia boleh wujud dlm berbagai bentuk dan rupa sama ada dlm sedar ataupun melalui mimpi. Jangan taut, teruskan beramal sehingga khatam. 

Amalan ini juga ada pantang larangnya. 

(1). Jgn melakukan amalan ini serentak dgn amalan lain yg berat juga. Selesaikan satu demi satu. 

(2). Jgn melakukan pengisian di rumah yg ada anak kecil di bawah 2 tahun. 

(3). Jgn berzina dan minum arak kerana akan mengotorkan jasad dan roh kita disbbkan amalan suci ini.


No comments:

Post a Comment