Jampi Panah Makrifat. Menurut pangalaman, dlm banyak2 amalan melayu lama spt ini, amalan2 ilmu pengasih dan ilmu pemanis adalah paling cepat kesannya berbanding dgn amalan2 lain spt ilmu batin pahlawan, ilmu penunduk, ilmu kedukunan, kota badan, pandangan tembus mata dll.
Ini adalah kerana sebelum berlakunya amalan tersebut oleh org2 yg mengamalkannya, telah pun ada ikatan semangat antara org itu dan org yg dikehendakki. Sama ada individu ataupun masyarakat tertentu. Ikatan semangat ataupun roh yg sedia ada itulah yg menjadikan amalan tersebut menjadi kuat dan cepat hasilnya.
Bacaannya berbunyi begini
“BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM,
HAI PANAH MAKRIFAT,
PANAH AKU MATAHARI DAN BULAN LAGI BERGOYANG BERGONCANG,
KONON BERNAMA LAGI HATI SI… (sebutkan namanya bin/binti) TIDAK LEMAH RINDU RINDANG,
GILA BERAHI KASIH SAYANG KEPADA AKU, HAI PANAH MAKRIFAT,
BUKAN AKU PUNYA PANAH,
PANAH ISYAALLAHU WA TAALA,
PANAHKU RANGAS PATAH LAGI BERHENTI,
KONON BERNAMA LAGI HATI SI… (sebutkan namanya bin/binti),
PANAHKU JANTUNG HATI SI… (sebut namanya bin/binti) LAGI MELAYANG,
PANAHKU RIMAU BERANAK MUDA BINATANG GARANG,
TANAH SEBERANG LAGI TUNDUK,
TAKLUK RINDU RINDANG GILA BERAHI KASIH SAYANG KEPADA AKU,
KONON BERNAMA HATI SI… (sebutkan namanya bin/binti) RINDU RINDANG GILA BERAHI KASIH SAYANG KEPADA AKU,
BUKAN AKU PUNYA PANAH,
PANAH ISYAALLAHU WA TAALA,
HAI PANAH MAKRIFAT BERKAT AKU MEMAKAI PANAH MAKRIFAT,
BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH”.
Cara menggunakannya, amalkan semasa ingin tidur, bacakan 3x jampi itu tadi dan tiupkan dalam genggaman tangan kanan sehabis nafas, maknanya 1 bacaan 1 kali tiup, jgn lupa niatkan amalan ini ditujukan utk si dia agar menjadi sayang dan kerinduan terhadap kita jauh nun di sana, terbawa-bawa pula ke dlm mimpi. Setelah habis 3x bacaan tadi, tepuklah sekuat2nya bantal tidur atau bantal peluk sebanyak 3x, bayangkan umpama sedang menepuk jantung hati si dia yg jauh di sana kemudian teruslah tidur, jangan ingat apa2 lagi. Hasilnya akan terlihat perubahan terhadap dia dia akan suka mendekati kita, suka berborak, suka menegur, selalu senyum kpd kita dll.
ada amalan satu mlm atau setiap hari kerana ingin ...
ReplyDeleteamalkan sampai berhasil baru stop...
Deletehhh
ReplyDeleteAmalan panah makrifat untuk kalahkan musuh ada ke
ReplyDelete