Ilmu ini agak pelik bunyinya. Whatsapp terkait satu aplikai chatting masakini sedang amalam ilmu2 pengasih rata2 dari amalan org2 tua dahulukala. Bagaimana ia boleh berhubung sebegitu? Sesuatu yg moden berkenaan kecanggihan teknologi masakini namum menjadi sejenis dari amalan pengasihan (amalan dulu2).
Pada zaman dahulukala, warkah atau surat memain peranan dlm kita menyampaikan sesuatu ucapan, mesej atau perkataan kpd seseorang yg kita kenal. Kali ini ianya terkait sedeorang yg kita anggap sbg kekasih. Zaman berubah, penggunaan surat semakin kurang di ambilalih oleh apps2 yg lebih pantas utk tujuan persuratan tadi. Asal ilmu ini merupakan amalan pengasih melalui medium surat namun berkembang sehingga boleh menggunakan whatsapp juga. Maknanya masih boleh menggunakan surat, whatsapp (atau lain2 apps). Bacaan doanya begini
“BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM, PUCUK KAPOR BERDIRI KAPOR, PINANG DUDUK NASAR BERDIRI NASAR, DUDUK MELINGGANG LALU MENANGIS, AKU JUA DI MATA-MATA … (sebut nama bin/binti), AKU JUA DI HATI-HATI… (sebut nama bin/binti) BERKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH”.
Ianya adalah bacaan doa berkias bahasa melayu lama (jampi). Dimulai dgn keberkatan Bismillah diakhiri dgn 2 Kalimah Syahadah. Doanya diucap secara berkias punyai maksud tersirat disebaliknya yg disampaikan. Ada 2 cara mengamalkannya iaitu melalui surat dan juga whatsapp.
(A). MELALUI SURAT.
(1). Pilih masa2 yg sesuai dan tenang sebaiknya bersendirian tanpa gangguan utk menulis surat tersebut. Dgn ketenangan itu akan tenang juga kata2 yg tertulis. Setelah selesai menulis, masukkan ke dlm sampulnya.
(2). Setelah itu bacakan doa tadi sebanyak 3x padanya dan setiap kali bacaan tiupkan sehabis nafas padanya (pada surat) dgn niat agar terbuka luas pintu hatinya utk menerima kehadiran kita dlm hidupnya.
(3). Kemudian kirimkan surat tersebut.
(B). MELALUI WHATSAPP. Terdapat 3 langkah utk mengamalkan ilmu pengasih melalui medium whatsapp iaitu
(1). Ikatan Semangat iaitu hubungan rasa hati perasaan antara 2 invidu yg berbeza.
(2). Memberi tanda spt perkataan atau ucapan yg menyentuh perasaan melalui whatsapp. Sebelum dihantar bacakan jampi tadi sebanyak 7x dahulu dgn niat agar tersentuh hatinya menyerap sehingga ke lubuk hati yg paling dalam. InsyaAllah tidak akan sia sia.
(3). Zikir Bayangan ialah satu istilah merujuk pada satu dpd jenis2 ilmu pengasihan. Zikir bermaksud mengucapkan, bayangan bermaksud memakrifatkan (membayangkan). Dlm soal ini kita akan menggunakan khasiat sepotong ayat Al-Quran sbg zikirnya dan akan disebutkan di lidah atau hati berulang2. Wajah atau hal kekasih akan dibayangkan nanti. Inilah ayatnya “BISMILLAHHIR RAHMANNIRRAHIM QUL IN KUNTUM TUHIBBUNALLAHA FATTABI UNI YUHBIB KUMULLAH” (Katakanlah, jika kamu mengasihi Allah hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihani kamu) QS Al-Imran:31. Cara amalannya ialah zikirkan ayat ini di lidah atau di hati semasa berbaring sebelum tidur malam sambil membayangkna wajahnya semasa menyebut “Fattabi’uni” atau disepanjangnya sehinggalah tertidur.
No comments:
Post a Comment