Tuesday, January 3, 2012

AMALAN PELARIS PERNIAGAAN AMPUH DAN MUSTAJAB


Terdapat 4 bacaan pada amalan ini spt berikut: 

(1). SELAWAT JIBRAIL (SALLALLAHU ‘ALA MUHAMMAD - Semoga Allah memberikan rahmatNya kpd Muhammad), 

(2). Surah Al-Ikhlas. 

(3). Ayat 1000 Dinar (QS At-Talaq:2-3). 

(4). Empat dpd 99 dpd nama2 Allah (Asmaul Husna) iaitu “YAA KHAFI, YAA GHANI, YAA FATTAH, YAA RAZZAQ” (Allah yg Maha Mencukup kan, Allah yg Maha Kaya, Allah Yg Maha Pembuka Pintu Rahmat, Allah Yang Maha Pemberi Razeki).  

Cara amalannya ialah: 

(1). Selepas solat fardhu bacakan Al-Ikhlas (7x), 1000 Dinar (7x), Selawat Jibrail (200x) dan empat asma Allah (200x). 

(2). Selawat Jibrail dizikirkan berulang2 sebanyak yg termampu sepanjang masa.  

(3). Surah Al-Ikhlas semasa keluar rumah ingin berniaga, bacakan dulu surah ini 3x dan apb sampai ke kedia baca lagi 1x. Mulakan langkah dgn kaki kanan ketika keluar rumah dan ketika masuk ke tempat niaga. 

(4). Carilah poster ayat 1000 Dinar, gantungkan di salah satu dinding kedai. 

(5) Empat Asma Allah dibaca di dlm kedai sebelum memulakan perniagaan. Bayangkan atau tentukan kedudukan 4 penjuru kedai tersebut, bacakan “Yaa Khafi” 7x dgn 1x nafas dan tiupkan ke arah 1 penjuru hadapan (sebelah kanan), bacakan “Yaa Ghani” 7x dgn 1x nafas dan tiupkan ke arah 1 penjuru hadapan (sebelah kiri), bacakan “Yaa Fattah” 7x dgn 1x nafas dan tiupkan ke arah 1 penjuru belakang (sebelah kiri), bacakan “Yaa Razzaq” 7x dgn 1x nafas dan tiupkan ke arah 1 penjuru belakang (sebelah kanan). 

Asal usul Selawat Jibrail. Kisah Nabi Adam as dan Siti Hawa semasa di syurga. Diciptakan Hawa oleh Allah swt telah menwujudkan perasaan kasih sayang Adam terhadapnya. Perasaan tersebut semakin menebal sehingga suatu ketika Adam ingin menghampiri dan menyentuhnya namun tujuan Adam dilarang oleh Allah seblm Adam memberi mahar kpd Hawa. 

Adam tertanya2, apakah mahar (mas kahwin) yg dimaksud an itu. Ternyata ia berupa bacaan selawat yg ringkas. Diperintahkan Jibrail as utk mengajarkan kpd Nabi Adam as. Kerana itulah dinamakan Selawat Jibrail, satu selawat dpd Allah swt sendiri. Dijelaskan oleh Al-Imam Assy’rany. 

Rasulullah saw bersabda “Barangsiapa yg mem baca selawat ini maka dia telah membuka 70 pintu rahmat utk dirinya dan Allah akan menumbuhkan rasa cinta kasih (mahabbah) kpdnya di hati manusia hingga mereka tidak akan marah kpdnya kecuali org yg menyimpan kemunafikan di dlm hati nya” (Kitab Adhal As-Shalawat ‘ala Sayyid As-Sadat karya Syeikh Yusuf Ibn Ismail An-Nabawi). 

Kisah ayat 1000 Dinar. Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yg bermimpi ddatangi Nabi Khidir as. Pedagang itu kemudian diperintahkan utk ber sedekah wang 1000 dinar. Setelah 3 kali bermimpi yg sama, pedagang itu mula ber fikir bahawa mimpi itu benar lalu melakukannya. Setelah itu sekali lagi bermimpi Nabi Khidir as lalu Baginda mengajarkan ayat 1000 Dinar ini utk diamalkan. Beliau pun mengamal kan sehingga pada suatu hari ketika ingin berdagang dgn menaikki kapal, di perjalanan berlaku taufan dan beliau bertawakkal kpd Allah dan hanya membaca ayat 1000 Dinar. Kapal itu pecah dan semua penumpang mati kecuali beliau. 

Apb angin telah reda, beliau telah terdampar di pantai bersama barang dagangannya yg tidak rosak sedikitpun. Beliau bersyukur dan insaf akan kebesaran ayat2 yg diamal kannya itu lalu pedagang itu. Beliau terus tinggal dan berdagang di negeri tersebut sehingga diangkat menjadi raja kpd negeri tersebut (rezeki yg tidak disangka2).

No comments:

Post a Comment