"APA YANG TERSIMPAN DALAM KEGHAIBAN RAHSIA HATI BERBEKAS NYATA PADA ZAHIRNYA."
Allah s.w.t mengurniakan kpd hati hamba2Nya yang bahagia dengan Nur Zikir, Nur Kalbu, Nur Akal, Nur Iman dan Nur Makrifat. Kurniaan Allah s.w.t yg demikian itu merupakan rahsia2 yg tidak diketahui oleh makhluk. Setiap hamba yg dibawa ke Hadrat-Nya mempunyai rahsia sendiri dan tidak diketahui oleh hamba2 yg lain, walaupun mereka berada pada tingkatan yg sama. Seorang guru pun tidak tahu rahsia muridnya dgn Tuhannya. Apa yg Allah s.w.t kurniakan kpd seorang hamba pilihan-Nya tidak serupa dgn yg dikurniakan kepada hamba pilihan yg lain. Kurniaan Allah s.w.t kpd seorang nabi berbeza dpd kurniaan terhadap nabi-nabi yg lain. Kurniaan Allah s.w.t yg tersimpan dlm keghaiban rahsia hati itu menjadi penggerak kpd pembentukan diri seseorang, hingga dia dapat dikenal dan dibezakan dpd org lain.
Kurniaan Rahsia Allah s.w.t kpd Isa a.s menyebabkan beliau a.s dikenali sebagai Roh Allah. Kurniaan Rahsia Allah s.w.t kepada Musa a.s menyebabkan beliau a.s dikenali sebagai Kalim Allah. Kurniaan Rahsia Allah s.w.t kepada Ibrahim a.s menyebabkan beliau a.s dikenali sebagai Khalil Allah. Kurniaan Rahsia Allah kepada Muhammad s.a.w menyebabkan baginda s.a.w dikenali sebagai Habibullah. Aulia Allah s.w.t juga menerima kurniaan Rahsia Allah s.w.t dan masing2 memiliki keperibadian yang tersendiri Nur Ilahi yang menyinari hati seseorang akan mengubah suasana hati itu dan sekaligus perwatakan dan perawakan orang itu.
Perubahan pada perwatakan dapat dilihat pada tingkah-laku dan perbuatan. Sinaran Nur Zikir akan melahirkan seorang yang gemar berzikir, mengingati Allah s.w.t semasa duduk, berdiri, ketika sendirian dan juga ketika berada dlm perkumpulan. Lidahnya sentiasa basah dgn sebutan nama2 Allah s.w.t. Sinaran Nur Kalbu akan membuat seseorang berlapang dada, tidak cemas menghadapi ujian dan gemar mendekati Allah s.w.t.

Sinaran Nur Akal akan melahirkan sikap suka bertafakur sehingga terbukalah kpdnya rahsia2 ketuhanan yang menjadi penggerak kepada perjalanan alam maya ini. Muncullah dari lidahnya Kalam Hikmat yang mempesonakan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Sinaran Nur Iman mengwujudkan keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada perkara ghaib yang dialaminya sekalipun fikiran tidak dapat menerimanya. Kepercayaan dan keyakinannya tidak bergoncang lantaran mendapat bantahan dan sindiran.
Sinaran Nur Makrifat menerangi mata hati untuk mengenal Allah s.w.t, melihat-Nya pada semua kejadian. Tidak kabur pandangan mata hatinya lantaran kekeruhan2 yang berlaku di dalam dunia ini. Tidak terbalik pandangan mata hatinya lantaran mendapat kemuliaan dan kekeramatan. Nur Ilahi bukan sahaja mengubah perwatakan tetapi juga mengubah perawakan. Bukan rupa-bentuk muka yang berubah tetapi cahaya pada wajahnya yang berubah, menyebabkan siapa sahaja yang melihatnya akan berasa senang. Misalnya, cahaya Nur Ilahi yang gilang gemilang menyinari wajah Yusuf a.s telah mempesonakan wanita2 Mesir sehingga mereka tidak sedar menghiris jari sendiri dan tidak merasai sakitnya akibat terpukau memandang keindahan wajah Yusuf a.s.
Ketajaman Sinar Nur Ilahi Habibullah s.a.w. menghiris hati-hati seluruh makhlukNya Begitulah kuatnya kesan sinaran Nur Ilahi yg tersembunyi secara ghaib di dalam hati rohani hamba2 Allah s.w.t yang dipilih untuk memperolehinya. Anugerah Allah s.w.t, iaitu nur-nur, kepada hati hamba2Nya yang beriman menjadi daya dan upaya bagi hati untuk berpegang kuat kpd tauhid, mencintai segala yg bersesuaian dengan Islam dan membencii segala bentuk kekufuran. Daya dan upaya nur yg pada hati ternyata melalui perbuatan dan juga wajah org berkenaan.

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan org2 yg bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap org2 kafir yg (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). “Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dgn mengharap kan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yg menunjukkan mereka (sebagai org2 yang salih) terdapat pada muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yg ikhlas).” (Ayat 29 : Surah al-Fat-h)
Tanda nyata pada sifat pengikut2 Nabi Muhammad s.a.w adalah mereka tidak bertolak-ansur pada perkara yang merosakkan akidah. Iman tidak boleh ditukar-ganti dengan harta, pangkat atau kemuliaan. Iman adalah cahaya dan kekufuran pula adalah kegelapan. Cahaya dan gelap tidak boleh bersepakat. Mereka yang sangat keras menentang kekufuran itu sangat berlemah-lembut apabila bersama-sama dengan orang yang beriman. Hubungan hati-hati yang beriman adalah kasih sayang dan kerinduan. Orang yang beriman inginkan kebaikan kepada saudaranya yang beriman.
Mereka tidak merosakkan atau menjatuhkan sesama mereka. Kebaikan yang Allah s.w.t kurniakan digunakan untuk meringankan beban saudara-saudaranya yang beriman. Mereka mengutamakan orang yang beriman daripada orang yang tidak nyata imannya atau yang nyata kekufuran dan kemunafikannya. Keselamatan iman adalah apabila ia dipertahankan daripada dicerobohi oleh kekufuran dan kemunafikan. Akal mengenali kekufuran melalui tanda-tanda yang diceritakan oleh ayat-ayat al-Quran. Hati mengenali kekufuran melalui Nur Ilahi yang membuka kekufuran dan kemunafikan itu kepadanya.

Nur kurniaan Allah s.w.t yang menjadi daya dan upaya hati seterusnya mempunyai kekuatan untuk mengawal pancaindera orang yang beriman itu. Setiap anggota digunakan untuk berbakti kepada Allah s.w.t, enggan ia berbuat maksiat. Orang yang beriman tekun berbuat ibadat, mencari kurniaan dan keredaan-Nya. Nur yang dalam Rahsia hati itu juga memancarkan sinarnya sehingga kelihatan pada wajah orang yang berkenaan. Jika perasaan yang bersembunyi dalam hati, seperti marah dan riak, boleh ketara pada wajah, sinaran cahaya nur lebih kuat lagi berbekas pada wajah. “Barangsiapa yang jernih dalam batinnya, akan diperbaiki Allah apa yang nyata pada wajahnya.” ( Ucapan Umar al-Khattab )
Kesucian hati seseorang memancarkan cahaya yg dapat ditangkap oleh cermin hati org lain yg bersih. Apabila cahaya iman berjumpa dengan cermin hati orang yang beriman akan lahirlah rasa persaudaraan muslim yang sejati. Persaudaraan yang begini tidak ada kepentingan diri dan tidak ada perlumbaan untuk menduduki tempat yang lebih tinggi. Mereka saling bantu membantu dalam melakukan pengabdian kepada Allah s.w.t.
Allah s.w.t menentukan bahawa yang tersembunyi dalam hati mengeluarkan tanda pada zahir. Dalam banyak perkara Allah s.w.t menjelaskan tanda2 tersebut melalui wahyu-Nya. Tuhan Yang Maha Pemurah berbuat demikian agar orang yang beriman tidak tertipu oleh kemanisan bahasa kemunafikan dan kekufuran. Mempertahankan iman daripada kemunafikan dan kekufuran adalah satu jihad yang besar. Manusia tidak berdaya berbuat demikian tanpa pertolongan Allah s.w.t. Apabila Allah s.w.t memberi pertolongan dgn menunjukkan tanda2 sesuatu, ambillah manfaat daripadanya.

No comments:
Post a Comment