Saturday, July 30, 2016

KIAMAT DAN RAHSIA ITU KEMBALI KEPADA ALLAH

Makrifat adalah suatu topik yg sangat sukar untuk difahami, banyak org tidak mengerti tetapi beranggapan faham,.. mereka beranggapan ilmu makrifat itu adalah Makrifat (Mengenal). Ilmu tidak sedikitpun menyentuh Makrifat, kerana apa,… kerana ilmu adalah yang berkaitan dgn alam. …alam yang dijadikan Tuhan dan alam bukan Tuhan.

Sedangkan Makrifat adalah yg berhubungan dgn Dzat Allah Yang Mutlak, yaitu Tuhan Semesta Alam. Sungguh jauh perbedaannya, contohnya org yg mempunyai ilmu tentang motor (ia sangat faham tentang motor),..tetapi malangnya dia sendiri tidak ada motor, jadi kalau hendak berpergian ke mana-mana pun terpaksa naik angkot atau bus Beginikah yg dikatakan Makrifat, tentu saja bukan. Makrifat adalah berkaitan dgn pengalaman, hal, rasa,..tetapi bukan yang berkaitan dgn ilmu.

Seseorg yg bermakrifat, yg sungguh2 dlm Makrifatnya kepada Allah, bukan hanya sekadar teori semata, tetapi ia telah benar-benar meresapi Makrifat itu, …. malahan telah menjadi SATU dalam pandangan Tauhid. Maka, jika mereka mati, sesungguhnya mereka tidak mati, tetapi mereka hidup di sisi Allah dan mendapat Rahmat Nya. Allah mengharamkan cacing2 dan ulat-ulat tanah untuk memakan jasadnya yang telah dikuburkan itu, …walaupun telah dikuburkan beratus-ratus tahun, jasadnya masih tetap tidak binasa, malahan masih seperti baru dikebumikan. 

Segar tidak hancur dan tidak mengalami perubahan, kelihatan seperti orang yang mimpi indah dalam tidur. Ada sebahagian yang lain mendapat Rahmat dari Tuhan, dengan apa yang disebut “terbang burung terbang sangkar”, …. jasad dan ruh mereka kembali kepada Tuhan yang dikasihinya. HAI JIWA-JIWA NAN TENANG KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN REDHA DAN MEREDHAI.

No comments:

Post a Comment