Barangsiapa menyembah Allah kerana suatu yang diharapnya dpd amalannya atau kerana menolakkan ia dengan taatnya akan datang siksa daripadanya, maka tiadalah ia berdiri pada haq segala SifatNya kerana bahawasanya hak mutlak Dia atas segala hambaNya itu bahawa menyembah mereka itu akan Zat-Nya. Maka barangsiapa menyembah Allah kerana sesuatu, maka ada ia bagi sesuatu itu dan terdindinglah ia kepada-Nya.
Maka atas hamba itu bahawa memperelok mengerjakan amal ia bagi Allah 'Azzawajalla kerana Zat-Nya juga barang yang atasNya daripada segala keelokan As'ma, Sifat dan Af'al-Nya yang tiada sekutu bagi-Nya dari sekelian segala sesuatu. Jikalau menyalah ia akan demikian itu dan mengerjakan ia atas bahagian nafsunya, maka tiadalah berdiri ia pada Haq Zat-Nya dan adalah yang demikian kejadian menunjuk daripada jahil dan qaflah dan tiada kasihnya tunduk bagi Zat yg wajib disembah dan tiada dapat makrifat. Dan sesungguhnya telah bersalah-salahan segala qosad org yg mengerjakan ibadat dgn sekira-kira maqam duduk mereka itu batil martabatnya dan faham kehambaan mereka itu daripada Allah s.w.t.
Maka barangsiapa menyembah Allah s.w.t kerana mengharap2kan mencari akan pahala dan takut siksaan, maka tiada sah keikhlsan peribadatannya Dikabarkan daripada Imam Al-Razi atas ketiadaan sah ibadat orang yang menyembah Allah kerena takut akan siksa atau kerana mengharap2kan mencari akan pahala. Maka jauhlah antara orang yang menyembah kerana Allah dan antara orang yang menyembah akan Dia kerana bahagiannya. Maka orang yang Muhaqiq itu iaitu orang yang menyembah akan Dia kerana malu dan ta’zim. Dari itu tilik dimana berada makam menyembah engkau. Ikhtiar untuk mendapat yang hak moga ada akan engkau selamat dunia akhirat. Dan ini untuk menjadi nasihat sempadan ukur diri ku juga untuk renungan ikhwani yang dikasihi (Ust Mazlan Alfakir).
No comments:
Post a Comment