Al-Allamah Sidi Thoyyib Bin Kiran di dalam Syarah beliau terhadap bahagian Aqidah dari Nazhom Ibn Asyir telah menerangkan hal ini tatkala membahas kata-kata Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Imam Al-Asy’ari: “Wujud adalah diri Zat tersebut, bukan suatu tambahan keatas Zat tersebut”. Beliau menegaskan bahawa kata-kata Al-Asy'ari ini bukanlah bererti Wujud dan Maujud adalah perkara yang satu (yang sama), ini kerana Wujud adalah makna masdari yang bererti: “Hal keadaan sesuatu yang berlawanan dengan tiada, (atau boleh kita sebut dengan ada), manakala Maujud adalah sesuatu yang bersifat dengan Wujud (atau bersifat dengan ada). Hal ini kerana kaedah bahasa Arab menuntut agar dibezakan antara asal terbitan (Masdar atau Musytaq Minhu) dengan terbitan (Musytaq). Oleh hal yang demikian, terjadilah perbezaan makna antara Wujud dan Maujud”.
Kemudian beliau menyatakan bahawa lafaz Maujud walaupun datang atas Wazan Isim Maf'ul namun ia membawa erti Isim Fa'il. Maka perbezaan makna antara Wujud dan Maujud sepertimana perbezaan makna pada lafaz Qiyam (Masdar yang bererti perlakuan berdiri) dan Qaim (Musytaq yang bererti orang yang bersifat dengan perlakuan berdiri, atau orang yang berdiri), begitu juga pada lafaz Qu'ud (Masdar yang bererti perlakuan duduk) dan Qa'id (Musytaq yang bererti orang yang bersifat dengan perlakuan duduk, atau orang yang duduk). Selain itu, kebenaran kenyataan beliau ini dikuatkan lagi dengan kesahihan Idhofat lafaz Wujud kepada suatu Zat, contohnya: وجود زيد جائز jikalau Wujud adalah diri Zat Si Zaid nescaya terhalang Idhofat ini, kerana Idhofat sesuatu kepada dirinya sendiri adalah ditegah.
Seterusnya beliau menegaskan bahawa kata-kata Al-Asy'ari itu tadi bertujuan menolak pendapat kebanyakan Muktazilah yang berpendapat bahawa perkara yang harus ada, sebelum adanya perkara tersebut, ia adalah suatu Zat yang tidak dapat dikesan, kemudian Allah menjadikan baginya Wujud, maka ia pun ada.
Maka alam ini contohnya, telah ada Zatnya tetapi tidak dapat dikesan, kemudian Allah mencipta Wujud baginya, maka wujudlah alam ini. Hal ini ibarat suatu barang yang tersimpan di dalam bilik yang gelap, tatkala disuluh dengan cahaya maka iapun terzahir. Pendapat golongan Muktazilah ini menegaskan bahawa Allah hanya mencipta Wujud, tidak Zat sesuatu yang Wujud.
Maka alam ini contohnya, telah ada Zatnya tetapi tidak dapat dikesan, kemudian Allah mencipta Wujud baginya, maka wujudlah alam ini. Hal ini ibarat suatu barang yang tersimpan di dalam bilik yang gelap, tatkala disuluh dengan cahaya maka iapun terzahir. Pendapat golongan Muktazilah ini menegaskan bahawa Allah hanya mencipta Wujud, tidak Zat sesuatu yang Wujud.
Dan pendapat ini jugalah yang menuntut Muktazilah agar berpegang bahawa alam ini adalah Qadim, bukan Baharu. Jadi, bagi menolak pendapat sesat ini serta menetapkan bahawa Allahlah yang berkuasa menjadikan Zat dan sifat Wujud bagi semua mumkinat, dan hanya Allahlah Zat yang Qadim, maka beliau berkata: “Wujudnya sesuatu adalah diri Zat tersebut kerana dengan sifat Wujud terbukti ada Zat sesuatu perkara. Syeikh Ibn Kiran juga menyebut bahawa Ahlu Sunnah berpendapat bahawa perkara yg harus ada, sebelum adanya ia, maka ia bukanlah sesuatu (maknanya perkara tersebut memang tidak ada, berbeza dengan pendapat Muktazilah yang mengatakan bahawa ketika itu perkara tersebut adalah zat yg tak dapat dikesan.)
No comments:
Post a Comment