Wednesday, August 17, 2016

WASIAT TERAKHIR SYEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI

ABDUL WAHHAB, putera Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, meminta wasiat ketika ayahandanya itu sakit yang membawa kewafatan beliau. Beliau berkata: “Tetaplah engkau takwa dan taat kpd Allah s.w.t. Jangan engkau takut kpd seorg jua pun dan janganlah engkau mengharapkanya. Serahkanlah semuanya keperluanmu kpd Allah s.w.t dan tuntutlah dpdNya. Janganlah engkau bergantung kepada seorang manusia pun selain dpdNya. Tauhid…! Tauhid…! Tauhid…! Sumber semuanya itu adalah Tauhid…..!"

Tatkala sakit beliau telah semakin parah, beliau berkata: “Apabila kalbu sudah benar bersama-Nya, maka tidak ada yang sepi dari hati dan tidak ada yang keluar daripadanya. Aku adalah inti tanpa kulit”.  Beliau juga berkata kepada putera2 beliau: “Menyingkirlah kamu dari sekitarku, sebab secara zahir aku bersama kamu dan secara batin aku adalah bersama orang lain. Antara aku, kamu dan semua makhluk ada jarak sejauh antara langit dan bumi. Maka janganlah kamu menyamakan aku dengan seseorang dan janganlah kamu menyamakan seseorang dengan aku”. Kemudian beliau berkata lagi: “Selain kamu ada yang hadir di dekatku. Maka berilah mereka tempat duduk, dan bersopan santunlah kamu kepada mereka. Disini ada Rahmat yang Agung. Dan janganlah kamu menyempitkan tempat terhadap mereka”.

Salah seorang murid beliau yang paling rapat dan menjadi pencatat wasiat dan nasihat beliau pernah diberitahu oleh sebahagian putera beliau, bahawa beliau pernah berkata: “Dan semoga kamu mendapat keselamatan, Rahmat Allah dan Berkah-Nya. Semoga Dia mengampuni aku dan kamu. Semoga Dia menerima taubatku dan taubatmu. Dengan nama Allah s.w.t”. Beliau mengatakan hal itu selama sehari semalam. Beliau juga berkata: “Aduhai…! Aku sungguh kasihan kepadamu…! Aku tidak mempedulikan sesuatupun, dan tidak juga terhadap Malaikat Maut. Menyingkirlah engkau…! Sebab kami sudah mempunyai Tuhan yang menguasai kami selain daripada kamu”. Beliau menjerit dengan keras pada hari yang beliau wafat, pada petang harinya. Sebahagian putera beliau menanyakan tentang apa yang beliau lihat. Maka beliau menjawab: “Janganlah ada seorang pun yang bertanya kepadaku tentang sesuatu. Aku adalah ini. Aku bergerak-gerak dalam Ilmu Allah s.w.t ”.

Beliau berkata kepada putera beliau, Abdul Jabar: “Engkau tidur ataukah terbangun..? Matilah kamu dalam diriku, maka kamu akan terbangun”. Salah seorang murid beliau yang bernama ‘Afif mendatangi beliau tatkala sebahagian putera beliau berada disisi beliau, yang bernama Abdul Aziz menulis atas nama beliau. Beliau lalu menyuruh puteranya itu memberikan kepada muridnya tersebut untuk mencatat apa yg akan disampaikannya. Kemudian muridnya itu menulis: “Nescaya Allah akan memberikan kelapangan setelah kesempitan." (Surah Al-Thalaq:7). Hukum dapat berubah, namun ilmu tidak boleh berubah. Hukum dapat disalin, sedangkan ilmu tidak. Ilmu Allah tidak dapat dilawan oleh Hukum-Nya “…

Dua orang putera beliau, Abdul Jabbar dan Musa menyatakan bahawa Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengangkat dan menghulurkan tangan beliau sambil berkata: “Bertaubatlah kamu dan masuklah kamu ke dalam barisan…!”. Beliau juga berkata: “Rahmahlah…! Rahmahlah kamu…!”. Kemudian datanglah al-Haq dan sakaratul maut, lalu beliau berkata: “Aku meminta pertolongan kepada La illaha illallah yang tidak akan mati dan tidak takut kepada kematian. Maha suci Dzat yang Maha Agung dengan Kekuasaan-Nya dan mengalahkan hamba2Nya dengan kematian. La illaha illallah Muhammad Rasullullah”. Putera beliau yang bernama Musa menceritakan, bahawa tatkala beliau menyatakan “ ’Azim ” (Agung) maka lisan beliau tidak mampu lagi berkata secara benar. Beliau selalu mengulang-ulang hingga beliau berkata ‘Azim dan beliau memanjangkannya, sehingga beliau berkata dengan benar.

Kemudian beliau mengucapkan: “Allah! Allah! Allah! Lalu suara beliau samar dan lidah beliau menempel pada langit2 beliau. Kemudian beliau wafat. Semoga Allah s.w.t meredhainya dan meredhakannya, serta semoga Dia mengumpulkan antara beliau dan kita di tempat yg mulia disisi Allah Rabb Yang Maha Kuasa. Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan atas sekalian alam. Rahmat-Nya yang agung semoga tercurah pada pimpinan Para Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad s.a.w. makhluk yg paling utama, Para Keluarga serta Sahabat Baginda, hingga kpd Tabi’in dan Tabi’ al Tabi’in semuanya. Semoga ikhtibar dari wasiat ini dapat kita hayati dgn mata hati, mereka yg dekat dgn Allah, berkatanya mereka mengundam 1001 maksud.

No comments:

Post a Comment