Org yg mengambil Talqin Zikir dari seorg Mursyid, ia mendapatkan Hakikat Idul Fitri (Kembali ke Pencipta). Itulah proses pembelajaran rohani kita baik lahir maupun batin. Proses kembalinya manusia ke Pencipta dikiaskan dan bahasa simbol, sebagaimana awal mula kejadian manusia (iaitu spt bayi dlm kandungan) Hal ini sesuai dgn Firman Allah swt: “Dan sesungguhnya kamu dtg kpd kami sendirian sebagaimana kami ciptakan kamu pada mulanya (awal penciptaan)… (Al-Anaam:94)”. “Kamu akan kembali menemuiNya, sebagaimana ia menciptakan pada mulanya (bayi dlm kandungan) (Al-A'Araf : 29)”.
Kerana itu semua adalah kewajiban bagi setiap makhluk untuk mendapatkan Idul Fitri (Hakikat Talqin Zikir). Kerana itu Mursyid sedang membolak-balikan diri kita. Maka dari itu tinggalkanlah 'anjing' peliharaan kita (Sifat Mazmummah/Hewani ) di pintu Gua Hira' (Qolbu) karena di dalam itu ada Hakikat Mursyid (Sifat Mahmudah) sehingga kita akan terbebas dari Hijab (Khulu Jannah Bighairi Hisab). Dengan dibersihkannya sifat-sifat Egoisme / Akuisme (Sifat Mazmummah) maka muncullah Sifat Mahmudah iaitu hadirnya Guru (lambang dari Sifat Mahmudah), itulah Wasilah seorang Mursyid.
Seseorang yang mendapatkan Talqin Zikir dari seorang Mursyid ia mendapatkan 4 macam hidangan minuman yang penuh dengan barokah:
1. AIR
2. SUSU
3. ANGGUR
4. MADU
Dan juga bersama org2 yang diberi nikmat oleh Allah swt iaitu:
1. Sholihin
2. Syuhada
3. Shiddiqin
4. Nabiyyin
Dan engkau akan diberikan pemahaman Makrifat:
1. Af'al
2. Asma'
3. Sifat
4. Zat
Segeralah raih hidangan yg dibawa oleh seorg Mursyid, hakikatnya adalah dari Allah swt. Jika ada yang belum kita fahami, berarti memang belum hak kita untuk memahaminya.
No comments:
Post a Comment