Wednesday, July 13, 2016

KEDUDUKAN HADIS - SIAPA YANG KENAL DIRINYA, MAKA DIA KENAL TUHANNYA

“Man 'arofa nafsahu, faqad 'arafa rabbah” (Sesiapa yg kenal dirinya, maka dia kenal Tuhannya). Banyak kitab Tasawwuf yang menyandarkan kata-kata ini kepada Rasulullah saw. Antaranya, Imam al-Ghazali (505H) dalam kitab Kimiya' as-Sa'adah. Begitu juga Syeikh Ibn Arabi, menyatakan khabar ini "sahih secara kasyaf" daripada Baginda saw. Kedudukan khabar di atas: Dalam banyak sumber, kata-kata ini juga turut disandarkan kepada beberapa orang individu selain kepada Rasulullah saw. Antaranya:

1) Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Ini disebutkan oleh Abu Bakr Muhammad bin Muhammad bin Abd al-Jalil al-'Umari yang mahsyur dengan al-Watat (w. 573@578 H) dalam kitabnya Matlub Kulli Talib min Kalam Ali bin Ali Talib r.a. Kitab ini masih berbentuk manuskrip, seperti yang dinukil dalam buku Sirah Amir al-Mu'minin Ali bin Abi Talib r.a. oleh Ali Muhammad as-Salabi (2005).

2) Yahya bin Mu'az ar-Razi (w. 258 H). Ramai ulama' hadis seperti al-Hafiz as-Sam'ani, al-Hafiz as-Sakhawi, al-Hafiz as-Suyuti, al-'Allamah al-Haytami dan lain-lain yang menyebut bahawa kata-kata ini adalah masyhur dari beliau.

3) Sahl bin Abdullah at-Tustari (w. 283 H). Al-Hafiz Abu Nu'aim al-Asbahani (w. 430 H) meriwayatkan dalam kitabnya Hilyah al-Awliya' dengan sanad beliau sampai kepadanya.

4) Abu Sa'id Ahmad bin Isa (w.279@286 H). Ini sptmana yg dinukilkan dlm kitab Asna al-Matalib fi Ahadith Mukhtalifah al-Maratib oleh Syeikh Muhammad bin Darwisy al-Hut (no. 1453). Namun, lafaznya spt yg diriwayatkan oleh Abu Abd Ar-Rahman as-Sulami dgn sanadnya dlm Tabaqat as-Sufiyyah sedikit berbeza iaitu, "Dan sesiapa yg tidak kenal apa yg ada dirinya, bagaimana pula dia dapat kenal Tuhannya?"

Apakah khabar ini diterima sebagai sabdaan Rasulullah saw? Mari teliti beberapa pendapat ulama' :

1) Kata Imam az-Zarkasyi (w. 794 H) dalam al-Tazkirah fi al-Ahadith al-Mustahirah, "Menurut an-Nawawil tidak tsabit". Kata Imam Abu a-Muzaffar Ibn As-Sam'ani dalam al-Qawati' fi al-Kalam 'ala al-Tahsin wa at-Taqbih al-'Aqli; ini tidak sabit daripada Nabi SAW, tetapi lafaz yang dihikayatkan oleh Yahya bin Mu'az ar-Razi". Demikian juga pandangan as-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah (no. 1149) dan Ibnu Hajar al-Haytami dalam al-Fatawa al-Hadithiyyah.

2) Menurut Imam As-Suyuti (w.911 H) dalam masalah al-Qawl al-Asybah fi Hadith Man 'Arafa Nafsahu faqad 'Arafa Rabbah, "Hadis ini tidak sahih". An-Nawawi pernah ditanya mengenainya di dalam kitab Fatawanya, maka jawab beliau, ia tidak sabit. Kata Ibnu Taimiyyah; palsu.

3) Kata al-Mulla Ali al-Qari (w. 1014 H) dalam al-Asrar al-Marfu'ah fi al-Akhbar al-Mawdhu'ah (no. 506), "Maknanya adalah sabit".

4) Syeikh Ismail bin Muhammad al-'Ajiluni (w. 1162 H) dalam Kasyf al-Khafa' wa Muzil al-Ilbas (no. 2532) menambah, "Kata Ibn al-Ghars selepas menukilkan daripada Imam an-Nawawi bahawa tidak sabit. Namun, kitab-kitab sufi dipenuhi dengannya. Mereka membawakannya dalam nada hadis, sepertimana Syeikh Muhyiddin Ibn 'Arabi dan lain-lain". Katanya lagi, "Guru kami, Syeikh Hijjazi al-Wa'iz (w. 1035 H),s pensyarah al-Jami' al-Saghir susunan Imam as-Suyuti, menyebutkan kpd kami bahawa Syeikh Muhyiddin Ibn 'Arabi itu tergolong dpd kalangan huffaz". Sesetengah ulama' menyebut bahawa Syeikh Muhyiddin Ibn 'Arabi berkata, "Hadis ini meskipun tidak melalui jalan riwayat, ia sahih di sisi kami melalui jalan kasyaf".

5) Al-Hafiz as-Suyuti mempunyai karya kecil dinamakan al-Qawl al-Asybah fi Hadith Man 'Arafa Nafsahu faqad 'Arafa Rabbah. Kata an-Najm (Najmuddin al-Ghazzi) dalam kitab Itqan ma Yahsun min al-Akhbar al-Da'irah 'ala al-Alsun, "Terdapat dalam kitab Adab al-Din wa al-Dunya oleh al-Mawardi (w. 405 H); daripada 'Aisyah RA bahawa Nabi SAW pernah ditanya : 'Siapakah orang yang paling kenal dengan Tuhannya?' Jawab baginda : Orang yang paling kenal dengan dirnya". Bagaimanapun hadis tersebut dari 'Aisyah Ra yang disebut oleh al-Mawardi itu juga belum ditemukan asalnya.

Rumusan yang wajr diterapkan: Berkenaan khabar ini, Syeikh Ibn 'Ajibah al-Hasani (w. 1224 H) memberikan ulasan yg cukup baik dlm kitabnya al-Futuhat al-Ilahiyyah, katanya; "Peringatan : Telah mahsyur di lidah ramai ahli sufi bahawa 'Sesiapa yang kenal dirinya, maka dia kenal Tuhannya' sebagai hadis. Sedangkan ia bukan begitu. Ia adalah kata-kata daripada Yahya bin Mu'az ar-Razi, berdasarkan apa yang dinaskan oleh al-Hafiz Badr ad-Din az-Zarkasyi dan al-Hafiz as-Suyuti dalam al-Durar al-Muntatharah fi al-Ahadith al-Musytahirah, katanya : Hadis 'Sesiapa yang kenal dirinya, maka dia kenal Tuhannya', menurut Imam an-Nawawi tidak sabit. Dan kata as-Sam'ani : Ia adalah kata-kata Yahya bin Mu'az ar-Razi. Dan setiap seni ilmu itu wajar dirujukkan kepada pakar-pakarnya. Manakala ahli sufi pula, semoga Allah meredhai mereka, kerana sifat bersangka baik merea, sering bersifat longgar terhadap hadis-hadis. Dan demikian sepertimana disebut oleh Syeikh Sayyidi Muslim di dalam kkitab beliau".

Kesimpulannya, para ulama' hadis mengatakan ia bukan hadis Nabi saw. Ramai ulama hadis yang menyatakan bahawa ia adalah kata-kata Yahya bin Mu'az ar-Razi, tetapi kata-kata yang ditemukan sanadnya ialah kata-kata Sahl bin Abdullah al-Tustari. Justeru, kata-kata ini lebih wajar disandarkan kepada ahli-ahli sufi, bukannya Rasulullah saw. Meskipun ramai yang mempertikaikan sanadnya,tokoh2 sufi semuanya menyakini ia disandar kan kepada Rasullullah saw. Ini ini ada untuk umum dan ada yang dirahsiakan kecuali kepada yg sampai. 

Sultan Muhammad Al Fateh diberitakan sebelum berperang dia berkhalwat selama 40 hari dan ianya diisi dengan mengamalkan aurad perang. Adakah amalannya dibibirkan kepada umum, tentunya tidak. Ianya diamalkan secara bersunyi-sunyian. Bagitu juga Sultan Nuruddin Zinki akan berkhalwat selama 40 hari dengan mengamalkan zikir tertentu. Semua amalan yang diwiridkan bersumber daripada Rasullullah. Kerna ianya diterima oleh sedikit orang dan diamalkan secara bersunyi2an maka sanadnya tidak jelas. 

Bagi orang Johor, Kiyai Salleh pasti namanya dikenal, tetapi berapa org yg mengetahui secara pasti aurad perangnya, sama juga dgn Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Ku Paloh dll jika ilmunya dibibirkan pada khalayak ramai nescaya mereka dikatakan sesat kerana ucap dan ibadahnya yakni ilmunya bertentang dgn masyarakat terbanyak. Ilmu berkait dgn pembikinan bom atom tak diajar secara terbuka melainkan mereka yg sudah dipilih. Ilmu makrifatullah yg sebenar tiada di Universiti, tiada dalam kitab melainkan dari mulut guru. Rahsia silat yg sebenar2nya tiada dlm gelanggang melainkan pertemuan 4 mata dgn guru.

No comments:

Post a Comment