Khutbah terakhir yg disampaikan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Khalifah muslimin, yg digelar Khalifah yg ke-5, yang disampaikan di mimbar Masjid al Jami’ al Kabir (al Umawi) di Damsyik. Beliau berkata: “Kamu sekelian tidak diciptakan tanpa faedah dan kamu juga tidak ditinggalkan sia-sia. Dan sesungguh nya kamu sekelian mempunyai tempat kembali, yang merupakan tempat menghukum dan membahagikan hamba2Nya.
Sesungguhnya telah rugi dan putuslah harapan orang yang terkeluar dari rahmat Allah yang mana rahmatnya itu meliputi setiap sesuatu dan telah rugilah orang yang diharamkan syurga yang mana keluasannya seluas langit2 dan bumi. Tidakkah kamu melihat bahawa kamu dilahirkan dari keturunan yang binasa (telah mati), yang mana begitu juga keturunan2 selepasmu semuanya akan mati, begitu juga hingga kamu menjumpai sebaik-baik pewarismu.
Dan pada setiap hari kamu menghantar jenazah ke perkuburan pagi hari kerana Allah, telah matilah jenazah tersebut, telah luputlah ajalnya, lalu kamu meninggalkannya dan mendoakannya pada sebuah rekahan tanah (kubur) tanpa berbantal dan tanpa bertilam. Telah tercabutlah segala sebab-sebab (melakukan kebaikan dan kejahatan), dan telah terpisahlah dia dengan para kekasih, terus mendiami tanah, menghadap hari perhitungan (kiamat), tidak berhajat lagi kepada yang ditinggalkannya (harta-harta dunia) tetapi memerlukan kepada (amalan-amalan soleh) yang dahulunya ditinggalkan.
Maka bertaqwalah kamu kepada Allah sebelum tiba waktu kita mati. Sesungguhnya aku berkata perkataan ini, sedangkan aku mengetahui tiada seorang pun yang mempunyai dosa lebih banyak dariku, tetapi aku memohon ampun kepada Allah dan aku bertaubat padaNya. Kemudian beliau mengambil satu bahagian dari selendangnya lalu menangis hingga tersengguk-sengguk, lalu turun dari mimbar. Selepas itu, beliau tidak lagi kembali naik ke mimbar hinggalah wafat. Moga-moga Allah merahmatinya..”

No comments:
Post a Comment