Wednesday, July 13, 2016

SEGALA SESUATU BERHAJAT KEPADA ALLAH

Berhajat kepada Allah s.w.t adalah sifat sebenar zat diri kamu, sementara sebab musabab (yg mengenai kamu) adalah peringatan kpd sesuatu yg tersembunyi dpd diri kamu tentangnya (sifat keaslian kamu) dan keadaan kamu yg berhajat (kpd Allah s.w.t) itu tidak dapat diangkat oleh sesuatu yg sifatnya mendatang. Sebaik-baik waktu kamu adalah di mana kamu melihat dlmnya ada hajat (kpd Allah s.w.t) dan kamu kembali kepada kehinaan kamu (memperakui penggantungan kamu kepada Allah s.w.t). 

Allah s.w.t menyempurnakan nikmat2 penciptaan dan keberlangsungan kewujudan hamba2 Nya. Wujud makhluk bergantung kepada Wujud Allah s.w.t dan kesinambungan kewujudan makhluk bergantung kpd kurniaan Allah s.w.t. Apa sahaja yg diciptakan oleh Allah s.w.t tidak boleh melepaskan diri dari pergantungan kpd Allah s.w.t. Keadaan berhajat kpd Allah s.w.t ini menjadi sifat asli bagi makhluk. Tidak ada satu pun makhluk yg mampu meneruskan kewujudan dan kehidupannya tanpa sokongan dari Allah s.w.t.

Dalam menjalani kehidupannya seseorang hamba Allah s.w.t didatangi oleh berbagai2 sebab musabab. Secara zahirnya kehidupan hamba Allah s.w.t dipengaruhi oleh hukum sebab musabab. Ada anak sebab ada hubungan ibu dengan bapa. Berlaku kematian disebabkan oleh penyakit. Adanya proses pembesaran sebab ada makanan yang berkhasiat. Sesuatu perkara berlaku sesuai dengan sebab yang menghasilkan akibat. 

Sistem sbb dan akibat ini sangat rapi sehingga manusia dapat menyusun peraturan sbb musabab yang boleh menghasilkan akibat. Kerapian susunan sistem sbb musabab menambahkan lagi pengaruhnya kepada hati manusia. Apabila perhatian hanya tertumpu kepada sistem sebab musabab mereka pun melupai asal kejadian dan sifat asli mereka. Mereka lupa kepada zat mereka iaitu ‘adam yang menerima nikmat kewujudan dan nikmat kesinambungan kewujudan. Mereka tidak dapat melihat bahawa sebab musabab adalah sebahagian dpd nikmat kurniaan Allah s.w.t yg menyambung kehidupan mereka.

Orang yang telah lupa kepada keaslian diri mereka perlu diberi peringatan. Peringatan yang datang kepada mereka juga dalam bentuk sebab musabab. Mereka dibiarkan mengadakan sebab tetapi akibat yang sesuai dengan sebab tersebut ditahan, sebaliknya akibat yang tidak diduga dilepaskan. Mereka dihadapkan dengan keadaan di mana sebab tidak mampu mempengaruhi akibat. Ikhtiar mereka tidak menghasilkan pulangan yang sepatutnya diperolehi. Ini membuat mereka berasa kecewa dengan sebab2. 

Kekecewaan tersebut mengalihkan pandangan mereka kepada sifat keaslian mereka iaitu berhajat kepada Allah s.w.t yang menguasai semua sebab dan akibat. Mereka dapat melihat dengan jelas bahawa berpegang kepada hukum sebab musabab tidak melepaskan pergantungan mereka kepada Allah s.w.t. Sebab musabab adalah perkara yang datang kemudian sedangkan susunan tadbir Allah s.w.t datang lebih dahulu, menemaninya sejak mula hinggalah sampai bila-bila.

Tidak ada kekuatan sebab musabab yg dapat mengubah apa yang telah diatur oleh Allah s.w.t. Peraturan Allah s.w.t sahaja yang menyambung penghidupan mereka, bukan sebab musabab yg datang kemudian. Orang yang melihat kepada hakikat ini hanya mengambil sebab musabab sebagaimana layaknya sebagai manusia tetapi mereka tidak meletakkan keberkesanannya kepada sebab musabab. Kekuasaan Allah s.w.t sahaja yang menentukan keberkesanan sesuatu sebab. 

Oleh sebab itu sifat asli hamba yg berhajat kpd Allah s.w.t tidak dapat diangkat oleh sebab musabab yg datang kemudian daripadanya. Seseorang yang kembali kepada keasliannya mengakui akan keadaan dirinya yg lemah dan berhajat kpd Allah s.w.t. Mereka akan mengisi setiap ruang dan waktu kehidupannya dgn memperteguhkan pergantungannya kepada Allah s.w.t. Zahirnya mengadakan sebab musabab tetapi batinnya berserah kepada Allah s.w.t yg menguasai semua sebab dan menentukan akibat. Dia menghayati nikmat kesinambungan kewujudan sbg hamba Allah s.w.t. Dia menjalani kehidupan yg penuh dgn sebab musabab tanpa mengalih pandangan dpd as-Samad, Tuhan yg dihajati oleh semua makhluk.

No comments:

Post a Comment