Wednesday, July 13, 2016

YANG MEMBUAT MU'AZ MENANGIS

Imam Abdullah bin al Mubarak ra telah meriwayatkan dalam 'Kitab Al Zuhd' dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz r.a: “Wahai Muaz r.a! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yg pernah engkau dengar dpd Rasulullah saw.” Lalu Muaz r.a menangis sehingga aku sangka dia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz r.a berhenti dpd tangisannya kemudian lalu Muaz r.a berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw pernah bersabda kpdku: Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kpd kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia2kannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti. 

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah swt telah menjadikan 7 org malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorg Malaikat dpd mereka utk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorg hamba yg dilakukannya mulai dari pagi sampai ke ptg. Amalan tersebut mempunyai Nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apb Malaikat Hafazhah yg membawa amalan hamba itu sampai ke langit yg pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sgt banyak lalu berkata Malaikat penjaga langit pertama itu bagi Malaikat Hafazhah: “Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah Malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas.”

Kemudian datang pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit kedua itu: “Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain dpd itu dia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran.”

Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yg penuh sinaran dan cahaya dpd pahala sedekah, solat, puasa. Para Malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit yg pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yg ketiga maka berkata Malaikat penjaga langit ketiga itu: “Berhenti kamu di sini dan pukulkan dgn amalan ini akan muka org yg mengerjakannya. Akulah Malaikat Takabur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan org yg takabur dapat melintasiku. 

Org itu sangat suka membesarkan diri di dlm majlis org ramai.” Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba.  Amal itu bersinar2 seperti bersinarnya bintang yg berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, solat, puasa, haji dan umrah. Para Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat maka berkata Malaikat penjaga langit keempat itu: “Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah Malaikat Ujub.  Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan org yg ujud dapat melintasiku. Ia beramal adalah dgn dorongan perasaan ujub terhadap dirinya.”

Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yg kelima seolah-olah amalan itu pengantin yg dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata Malaikat penjaga langit yg kelima: “Berhenti kamu dan pukulkan dgn amal ini akan muka org yg mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkok nya. Akulah Malaikat Hasad, dia sangat hasud kpd org yg belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasud akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dlm ibadah ia juga mencela mereka.  Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan org yg hasud ini melintasi aku.” 

Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya spt bulan purnama dpd solat, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata Malaikat penjaga langit tersebut: “Berhenti kamu dan pukulkan dgn amalan ini akan muka org yg mengerjakannya kerana dia tidak belas kasihan kepada hamba2 Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dgn demikian. Akulah Malaikat Rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan org yg spt ini dpt melintasi aku.”

Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorg hamba. Amalan itu ialah solat, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya spticahaya matahari dan naiklah bersama dgn amalan itu tiga ribu org malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut: “Berhentilah kamu dan pukulkan dgn amalan ini akan muka org yg mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. 

Akulah Malaikat Zikir (zikir di sini bermakna: mencari sebutan, iaitu seorang yg beramal dgn tujuan supaya disebut2 oleh org lain). Aku akan menghalang amalan org yg riak dari sampai kpd Tuhanku. Dia beramal bukan krn mencari keredhaan Allah ttpi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yg tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan org yg riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yg tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan org yg riak.”

Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para Malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. 

Para Malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para Malaikatnya: “Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dgn segala isi hatinya. Dia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya mengkendaki sesuatu yg lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu.”

Lalu para Malaikat tadi berkata: “Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami.” Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya. Mendengar sabda Rasulullah saw ini lalu Muaz r.a menangis seraya berkata: “Engkau adalah Rasulullah saw sedangkan aku adalah Muaz r.a (hamba Allah yang bukan Rasul). 

Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera.” Lalu Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca Al Quran (Golongan Ulama) dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jgn engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka dan jgn engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka. 

Dan jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat.  Dan jangan engkau menyombong diri di dlm majlis nanti org ramai akan takut kpdmu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kpd seseorang sedangkan seorg lagi ada di sisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus dpdmu segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing2 api neraka pada hari kiamat nanti.  Allah telah berfirman: Maksudnya: "Demi yg mencarik akan carikkan." (QS: Al Nazi’at: 2).

“Apakah engkau ketahui wahai Muaz r.a siapakah mereka yang mencarik itu?” Muaz r.a bertanya: “Ya Rasulullah saw, sebenarnya siapa mereka?” Lalu Nabi saw menjawab: “Itulah anjing2 garang di dalam api neraka yg akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang.” Muaz r.a bertanya: “Ya Rasulullah saw siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?” Nabi saw menjawab: “Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah” Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata:  “Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca Al Quranul Karim lebih daripada Muaz r.a kerana beliau faham terhadap hadis yang besar ini”. 

Renungkan baik-baik perkara yg terkandung di dlm hadis ini wahai org yg gemar kpd ilmu pengetahuan. Maka lihatlah pada dirimu dan timbanglah baik-baik, yg mana yg lebih penting dan yang mana lebih baik. Apakah yang lebih baik itu belajar ilmu yang membawa kalian supaya berhati-hati daripada segala perkara yang dapat membinasakan kalian lalu kalian sibuk dgn memperbaiki hatimu dan membangun akhiratmu ataukah yg lebih baik itu kalian bergaul dgn org yg bercakap kosong maka kalian mencari ilmu yg menjadikan kalian org yg takabbur, riak, hasad, ujud sehingga akhirnya kalian binasa bersama dengan org yg binasa. Dan ketahuilah olehmu bahawa tiga perkara ini (HASAD, RIAK dan UJUD) ialah punca kpd segala penyakit hati dan baginya tempat tumbuh yg sama, iaitulah “hubbud dun-ya” (cinta dunia).

No comments:

Post a Comment