Seperti mana kita kenakan pakaian pada zahir anggota badan maka demikianlah batin kita memerlukan pakaian untuknya kerana sesuatu yang dipakaikan pakaian adalah lebih terpelihara dan terlindung. Batin manusialah yg lebih berhak utk mendapat keutamaan serta dititikberatkan pakaiannya. Dan sebaik-baik pakaian ialah taqwa. Firman Allah, ”Dan pakaian taqwa itulah yang paling terbaik". ( Surah al-A'raf:26)
Tukarlah pakaian yg selama ini kamu kenakan kpd pakaian utkmu dari Allah swt yg tidak dapat rosak dan tidak memerlukan gantian. Kerana Allah swt akan mengantikan pakaian taqwamu. Tinggalkan sikap sibuk dengan makhluk dan bersekutu dgn mereka. Tukarlah pakaian syahwat, sombong, ujub, nifakq suka dipuji makhluk, senang disanjung dan cinta kedudukan dimata manusia. Letakkan dirimu dihadapan Allah Azaza wajalla dengan tiada daya, kekuatan dan tidak bersama apa-apa, juga dgn tanpa syirik dgn makhluk.
Pesan Imam Syafi'i ra tentang Baju Baru untuk Lebaran.
ﺣﺴﻦ ﺛﻴﺎﺑﻚ ﻣﺎ ﺍﺳﺘﻄﻌﺖ ﻓﺈﻧﻬﺎ ## ﺯﻳﻦ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ ﺑﻬﺎ ﺗﻌﺰ ﻭﺗﻜﺮﻡ
ﻭﺩﻉ ﺍﻟﺘﻮﺍﺿﻊ ﻓﻲ ﺍﻟﺜﻴﺎﺏ ﺗﺨﺸﻨﺎ ## ﻓﺎﻟﻠﻪ ﻳﻌﻠﻢ ﻣﺎ ﺗﺴﺮ ﻭﺗﻜﺘﻢ
ﻓﺮﺛﺎﺙﺛﻮﺑﻚ ﻻ ﻳﺰﻳﺪﻙ ﺭﻓﻌﺔ ## ﻋﻨﺪ ﺍﻹ ﻟﻪ ﻭ ﺍﻧﺖ ﻋﺒﺪ ﻣﺠﺮﻡ
ﻭﺟﺪﻳﺪ ﺛﻮﺑﻚ ﻻ ﻳﻀﺮﻙ ﺑﻌﺪ ﺍﻥ ## ﺗﺨﺸﻰ ﺍﻹ ﻟﻪ ﻭ ﺗﺘﻘﻲ ﻣﺎ ﻳﺤﺮﻡ
Kenakanlah pakaian yg bagus sesuai dgn kemampuanmu, dgn pakaian itu kamu menjadi gagah dan terhormat. Janganlah kamu tampil dgn pakaian yang kasar dgn alasan tawadhu, kerana Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan dan sembunyikan. Maka bajumu yang kusam itu tak akan menambah darjatmu di sisi Tuhanmu, selagi kamu masih menjadi seorang pendosa. Dan bajumu yang baru tak membahayakan dirimu, selagi dirimu menjadi orang yang ber-taqwa dan menjauhi perkara yang haram.
No comments:
Post a Comment