Saturday, February 8, 2014

DALIL PUASA RAJAB

Majoriti ulama yg berpandangan bahawa puasa Rajab hukumnya sunat sebln penuh, berdalil dgn beberapa bnyk hadis dan atsar. Dalil2 tersebut dpt diklasifikasi menjadi 3:

Pertama, hadis2 yg menjelaskan keutamaan puasa sunat secara mutlak. Dlm konteks ini, al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami berkata dlm al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah (2/53) dan fatwa beliau mengutip dari fatwa al-Imam Izzuddin bin Abdussalam (hal. 119): “Ibnu Hajar, (dan seblmnya Imam Izzuddin bin Abdis Salam ditanya pula), ttg riwayat dari sebhg ahli hadis yg melarang puasa Rajab dan mengagungkan kemuliaannyadan apakah berpuasa satu bln penuh di bln Rajab sah? Beliau berkata dlm jawabannya: “Nazar puasa Rajab hukumnya sah dan wajibdan dpt mendktkan diri kpd Allah dgn melakukan nya. Org yg melarang puasa Rajab adalah org bodoh dgn pengambilan hukum2 syara’. 

Bgmn mungkin puasa Rajab dilarang, sdgkan para ulama yg membuku kan syariat, tidak seorg pun dari mrk yg menyebutkan masuknya bln Rajab dlm bln yg makruh dipuasai. Bahkan berpuasa Rajab termasuk qurbah (ibadah sunat yg dpt mendktkan) kpd Allah, krn apa yg dtg dlm hadis2 sahih yg menganjurkan berpuasa spt sabda Nabi saw: “Allah berfirman, semua amal ibadah anak Adam akan kembali kpdnya kecuali puasa”dan sabda Nabi saw “Sesungguhnya bau mulut org yg berpuasa lebih harum menurut Allah dpd minyak kasturi” dan sabda Nabi saw: “Sesungguhnya puasa yg paling utama adalah puasa saudara ku Daud. Ia berpuasa sehari dan berbuka sehari.” Nabi Daudas berpuasa tanpa dibatasi oleh bln misalnya selain bula Rajab.”

Al-Syaukani berkata dlm Nail al-Authar (4/291): “Telah dtg dalil yg menunjukkan pada disyariatkannya puasa Rajab, secara umum dan khusus. Adapun hadis yg bersifat umum, adalah hadis2 yg dtg menganjurkan puasa pada bln2 haram. Sdgkan Rajab termasuk bln haram berdasarkan ijma’ ulama. Demikian pula hadis2 yg dtg ttg disyariatkannya puasa sunnat secara mutlak.”

Kedua, hadis2 yg menganjurkan puasa bln2 haram, antara lain hadis Mujibah al-Bahiliyah. Imam Abu Daud meriwayatkan dlm al-Sunan (2/322) sbg berikut ini: Dari Mujibah al-Bahiliyah, dari ayah atau pamannya, bahawa ia mendtgi Rasulullah SAW kemudian pergi. Lalu dtg lagi pada tahun berikutnya, sdgkan kondisi fisiknya telah berubah. Ia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah engkau masih mengenalku?” Beliau bertanya: “Kamu siapa?” Ia menjawab: “Aku dari suku Bahili, yg dtg tahun seblmnya.” 

Nabi saw bertanya: “Kondisi fisik mu kok berubah, dulu fisikmu bagus sekali?” Ia menjawab: “Aku tidak makan kecuali mlm hari sejak meninggalkanmu.” Lalu Rasulullah saw bersabda: “Mengapa kamu menyiksa diri?” Lalu baginda bersabda: “Berpuasalah di bln Ramadan dan satu hari dlm setiap bln.” Ia menjawab: “Tambahlah kpdku, krn aku masih mampu.” Beliau menjawab: “Berpuasalah dua hari dlm sebln.” Ia berkata: “Tambahlah, aku masih kuat.” Nabi saw menjawab: “Berpuasalah 3 hari dlm sebln.” Ia berkata: “Tambahlah.” Nabi saw menjawab: “Berpuasalah di bln haram dan tinggalkanlah, berpuasalah di bln haram dan tinggalkanlah, berpuasalah di bln haram dan tinggalkanlah.” (HR Abu Daud dan Ibnu Majah).

Dari hadis tersebut, Imam al-Nawawi berkata dlm al-Majmu’ Syarh alMuhazab (6/439): “Nabi saw menyuruh lelaki tersebut berpuasa sebhg dlm bln2 haram tersebut dan meninggalkan puasa di sebhg yg lain, krn berpuasa bagi lelaki Bahili tersebut memberatkan fisiknya. Adapuan bagi org yg tidak memberatkan, maka berpuasa satu bln penuh di bln2 haram adalah keutamaan.” Ulasan yg sama juga dikemukakan oleh Syaikhul Islam Zakariya al-Anshari dlm Asna al-Mathalib (1/433) dan Ibnu Hajar al-Haitami dlm Fatwanya (2/53).

Ke3, hadis2 yg menjelaskan keutamaan bln Rajab secara khusus. Hadis2 tersebut meskipun darjatnya dha’if, akan ttp masih diamalkan dlm bab fadhail al-a’mal, spt ditegaskan oleh Ibnu Hajar al-Haitami dlm Fatawa-nya (2/53). Di antara hadis yg menjelaskan keutamaan puasa Rajab secara khusus adalah hadis Usamah bin Zaid berikut ini: “Dlm Sunan al-Nasai (4/201): Dari Usamah bin Zaid, berkata: “Wahai Rasulullah, aku tidak melihatmu berpuasa dlm bln2 yg ada spt engkau berpuasa pada bln Sya’ban?” 

Beliau menjawab: “Bln Sya’ban itu bln yg dilupakan oleh manusia antara Rajab dan Ramadan.” Mengomentari hadis tersebut, Imam al-Syaukani berkata dlm kitabnya Nail al-Authar (4/291): “Hadis Usamah di atas, jelasnya menunjukkan disunatkannya puasa Rajab. Krn yg tampak dari hadis tersebut, kaum Muslimin pada masa Nabi saw melalaikan utk mengagungkan bln Sya’ban dgn berpuasa, sbgmn mrk mengagungkan Ramadan dan Rajab dgn berpuasa.”

Keempat, atsar dari ulama salaf yg saleh. Terdpt beberapa riwayat yg menyata kan bahawa beberapa ulama salaf yg saleh menunaikan ibadah puasa Rajab, spt Hasan al-Bashri, Abdullah bin Umar dll. Hal ini boleh dilihat dlm kitab2 hadis spt Mushannaf Ibn Abi Syaibah dll.

Dalil Mazhab Hambali

Sbgmn dimaklumi, mazhab Hanbali berpendpt bahawa mengkhususkan puasa Rajab secara penuh dgn ibadah puasa adalah makruh. Akan ttp kemakruhan puasa Rajab ini boleh hilang dgn dua cara, pertama, meninggalkan sehari atau lebih dlm bln Rajab tanpa puasa. Dan kedua, berpuasa di bln2 di luar Rajab, walaupun bln tersebut tidak berdampingan dgn bln Rajab. Para ulama yg bermazhab Hanbali, memakruhkan berpuasa Rajab secara penuh dan secara khusus, didasarkan pada beberapa hadis, antara lain: Hadis dari Zaid bin Aslam, bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya ttg puasa Rajab, lalu beliau menjawab: “Di mana kalian dari bln Sya’ban?” (Hr Ibnu Abi Syaibah [2/513] dan Abdurrazzaq [4/292]. Ttp hadis ini mursal, alias dha’if). 

Hadis Usamah bin Zaid. Ia selalu berpuasa di bln2 haram. Lalu Rasulullah saw bersabda kpdnya: “Berpuasalah di bln Syawal.” Lalu Usamah meninggalkan puasa di bln2 haramdan hanya berpuasa di bln Syawal smpi meninggal dunia.” (Hr Ibn Majah [1/555], ttp hadis ini dha’if. Hadis ini juga dinilai dha’if oleh Syaikh al-Albani.). Hadis dari Ibnu Abbas, bahawa Nabi saw melarang puasa Rajab. (Hr Ibn Majah [1/554], ttp hadis ini dinilai dha’if oleh Imam Ahmad, Ibnu Taimiyah dlm al-Fatawa al-Kubra [2/479]dan lain2). 

Mazhab Hambali juga berdalil dgn beberapa atsar dari sebhg sahabat, spt atsar bahawa Umar pernah memukul org krn berpuasa Rajab, atsar dari Anas bin Malik dan lain2. Ttpi atsar ini masih dittg dgn atsar2 lain dari para sahabat yg justru melakukan puasa Rajab. Disamping itu, dalil2 para ulama yg menganjurkan puasa Rajab jauh lebih kuat dan lebih sahih sbgmn telah dikemukakan seblmnya. Demikian catatan sederhana ttg hukum puasa Rajab. Wallahul muwaffiq.

No comments:

Post a Comment