Saturday, February 8, 2014

KHUTBAH RASULULLAH DI ARAFAH

Di atas Untanya Al Qaswha. Wahai manusia (Ayyuha n-nas), dgrkanlah kata2ku agar aku terangkan kpdmu. Sesungguhnya aku tidak tahu apakah aku masih akan bertemu dgn kamu di tmpt wuquf ini sesudah tahun ini. Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas kamu darah sesamamu dan harta sesamamu smpi kamu berjumpa dgn Tuhanmu, spt haramnya hari ini dan bln ini. 

Sesungguhnya kamu pasti akan berjumpa dgn Tuhanmu dan Dia pasti akan menanyai kamu ttg segala perbuatanmu. Wahai manusia, seseorg yg mempunyai hutang hendaklah mengembalikan hutang itu kpd org yg telah mempercayainya. Segala jenis riba’ dihapuskan dan kamu boleh memiliki kembali modalmu. 

Jgnlah berbuat zalim dan kamu tidak akan dizalimi. Allah telah memutuskan bahawa tidak boleh ada riba’ lagi dan riba’ yg pertama kuhapuskan adalah riba’ dari Abbas ibn Abdil Muttalib seluruhnya. Semua pertumpahan darah di masa jahiliyah harus ditinggalkan tanpa balas dendam. Hutang darah yg pertama kuhapuskan adalah darah Rabiah ibn Harits ibn AbdilMuttalib yg dibunuh oleh Hudzail. 

Wahai manusia, sesungguhnya syaitan telah putus asa utk terus disembah2 di negerimu ini. Akan ttpi dia akan puas dgn ditaati dlm hal2 selain itu iaitu perbuatan2 yg kamu sebenarnya tahu bahawa itu salah ttpi ttp kamu perbuat. Maka waspadalah terhadap syaitan dlm hal agamamu. Sesungguhnya kamu mempunyai hak atas isteri2mu dan mrk pun mempunyai hak terhadapmu. Ber taqwalah kamu kpd Allah dlm memperlakukan isteri2mu sbb kamu telah meng ambil mrk dgn amanat Allah. 

Wahai manusia, sesungguhnya aku telah me ninggalkan bagi kamu sesuatu, yg jika kamu berpegang teguh kpdnya pasti kamu tidak akan tersesat selama2nya, iaitu sesuatu yg terang dan nyata: Kitab Allah dan Sunat NabiNya. Sesungguhnya org2 beriman itu bersaudara dan tidaklah halal seseorg mengambil milik saudaranya kecuali dia memberikan dgn rela. Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhanmu cuma satu dan sungguh ayah kamu juga satu. Kamu semua berasal dari Adam, sdgkan Adam dari tanah. Sesungguhnya yg paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yg paling taqwa. 

Tiada keutamaan org Arab dari org bukan Arab melainkan lantaran taqwa. Di sela2 khutbah, Rasulullah saw. berulang kali bertanya kpd puluhan ribu umat yg hadir, “Wahai manusia, apakah aku telah menyampaikan?” Jemaah haji serentak menjawab, “Benar, telah engkau smpikan”. Maka Rasulullah saw. menadah tgn beliau ke langit sambil berseru, “Allahumma, isyhad! (Wahai Allah, saksikanlah!)” Kemudian Rasulullah saw. menutup khutbah beliau dgn bersabda, “Hendaklah kamu yg hadir menyampaikan kpd yg tidak hadir. Semoga org yg menyampaikan akan lebih dlm penghayatannya dpd yg sekadar mendgrkan. Berlimpahlah rahmat dan berkat Allah atas kamu sekalian.”

Selesai berkhutbah Rasulullah saw. turun dari unta, lalu memimpin solat zuhur dan asar secara jamak dan qasar. Kemudian beliau menuju Sakhrat, batu karang di kaki bukit Jabal Rahmah. Di sini Rasulullah saw. menerima wahyu Al-Maidah 3: Ayat yg mulia yg bunyinya: Al-yauma akmaltu lakum dinakum wa atmamtu alaykum nimati waradhitu lakumu l-islama dina (Hari ini Aku sempurna kan bagimu agamamu dan Aku lengkapkan utkmu nikmatKu dan Aku redha Islam sbi agamamu). 

Ketika Rasulullah saw. menyampaikan wahyu yg baru beliau terima kpd para sahabat, Abu Bakar Shiddiq menangis tersedu2. Umar ibn Khattab bertanya, “Apakah yg kau tangisi, wahai Abu Bakar? Bukankah kita seharusnya bergembira bahawa agama kita telah sempurna?” Abu Bakar menjawab, “Tidak terpikir olehmu, wahai anak Khattab, wahyu itu merupakan isyarat bahawa Rasulullah saw. mungkin cuma sebentar lagi bersama2 dgn kita”. Semoga Bermanfaat Wallaahu’alam. 

No comments:

Post a Comment